Posts

[TERKINI] Perlukah PPSMI Di Malaysia?

PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang telah hangat diperkatakan sejak dari 2002 dimana mula-mula PPSMI diperkenalkan  sehingga kini .

Benarkah PPSMI akan dilaksanakan semula di Malaysia setelah dimansuhkan pada tahun 2012 ?

PPSMI merupakan inisiatif kerajaan yang menjadi dasar bagi mancapai negara maju… tapi adakah benar ianya sesuai dijalankan pada masa sekarang ?

 

 

Jadi kami telah menjemput panel yang sangat hebat iaitu Sir Rajinder Singh yang merupakan Ex- Engineer dan Education practitioner dan Puan Fauziah Sirat yang merupakan President kepada Women & Girl in Science Initiative  iaitu untuk membincangkan lagi masa depan pendidikan di Malaysia spesisifiknya berkaitan PPSMI yang menjadi topik hangat sekarang ini di kalangan pendidik dan ibu bapa yang inginkan sistem pendidikan yang terbaik untuk generasi Malaysia akan datang.

 

Forum debat mesra berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan mengupas tentang perubahan sistem pendidikan di Malaysia .

 

Adakah pelajar kita akan menjadi lebih hebat dengan membuat perubahan ini dalam sistem pendidikan?

Adakah bahasa itu menjadi satu halangan untuk kita belajar ?

Bahasa inggeris hanya merupakan satu medium untuk menuntut ilmu itu sendiri..Bagaimana dengan anak-anak di pinggir bandar yang tidak mahir untuk bertutur dalam bahasa inggeris ..

Adakah tujuan kita untuk menyampaikan ilmu atau atas dasar kepentingan peribadi ?

Nak tahu dengan lebih lanjut ?

Jom kita tonton  video di bawah bersama dua personaliti yang hebat ini mengupas topik yang sedang hangat diperkatakan dan nyatakan samaada anda #Sokong atau #Bantah perlaksanaan PPSMI di Malaysia.