Posts

[Training of Tutor] Funtastic Sains & Matematik STEM Approach

Manfaat yang anda Akan perolehi dalam Bengkel *Training of Tutor* kali ini?

☑Bagaimana Jadi Tutor Sains & Matematik Yang Menarik & Disukai Pelajar
☑Teknik Pengajaran Gaya ‘Fun-Learning’
☑Mengajar Cara Terkini Mengikut STEM & PAK21

 

Modul ini juga telah digunakan untuk training guru-guru di bawah PPD Rompin dan PPD Kuala Selangor 😃

Maklumbalas Pegawai PPD

Maklum balas Pegawai PPD Kuala Selangor, Tuan Azmil berkata, ” Guru – guru sangat seronok dengan aktiviti yang dikendalikan oleh warga CMN Academy. Apabila guru – guru seronok, mereka pasti akan merasa gembira untuk kongsikannya kepada murid – murid mereka, nescaya murid – murid akan semakin bersemangat untuk belahar. Selain itu, guru – guru perlu sentiasa ada semangat untuk meningkatkan diri kearah yang lebih baik, mengajar lebih kearah fun-learning tetapi tetap ada kaitan dengan pembelajaran”.

Maklum balas daripada Guru Sains SRI Integrasi Al-Amin, Bukit Beruntung, Puan Ema berkata, mereka amat rasa seronok dengan pelbagai ilmu baru yang diperoleh daripada pihak CMN Academy yang membuatkan pelajar seronok untuk dibelajar. Selain itu, mereka bukan sahaja gembira dengan sesi pembelajaran ini, malah terharu kerana ia dapat meningkatkan tahap akademik dan juga paling penting, adab dan akhlak.

Maklum balas Pegawai daripada PPD Rompin, Puan Zarina berkata, guru dapat alami sendiri pengalaman dan belajar mengenai projek based-learning ini dengan lebih baik dan fahami dengan lebih mendalam seterusnya keyakinan meningkat untuk dikongsikan kepada guru – guru yang lain. Di samping itu, beliau teruja dengan coach – coach yang telah melatih guru – guru secara percuma, dan berharap agar guru – guru dapat mencontohi dan mengpraktikkan kepada murid – murid.

Maklum balas daripada Guru SK Putrajaya Precint 8 (2), Puan Mazui pula berkata, murid – murid amat seronok dengan aktiviti kerana mereka lebih suka hands on. Berdasarkan pengalaman tersebut, ia dapat membantu mereka untuk menjawab soalan – soalan peperiksaan kerana mereka sendiri telah merasai eksperimen yang telah dijalankan. Justeru itu, ia dapat membantu murid – murid untuk menerokai benda tersebut dengan pendedahan terhadap sistem pembelajaran abad yang ke-21 iaitu STEM.

Maklum balas Guru PPD Kuala Selangor, Cikgu Suhaila berkata,beliau mendapat banyak idea untuk menggalakkan murid – murid menjalani sesi pembelajaran mengikut sistem pembelajaran abad yang ke-21 melalui STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Selain itu juga, teknik 4C yang diajar oleh Tuan Cik Isa, Coach Mohd Noor dan juga Sir Rajinder sangat menggalakkan bagi tenaga pengajar bagi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan didalam kelas.


Maklum balas Guru PPD Kuala Selangor berkata,”benda yang simple mampu member hasil yang sangat banyak. Selain itu, terdapat banyak cara untuk kira jisim tetapi di sekolah, murid – murid hanya tertumpu kepada cara yang sedia ada yang mana, ia menutup pemikiran murid – murid terhadap banyak lagi cara yang ada”.

 

INFO *Training of Tutor* #TOT2019
.
Tarikh: 28 Mei 2019
Masa: 10:00am – 5:00pm
Tempat: Pejabat Pengurusan CMN Education Group, Reko Sentral Kajang, Selangor.

 

Tempat Amat Terhad!

Hanya ada 5 kekosongan saja lagi!

Anda berminat nak daftar?

Whatsapp ‘TOT_Nama penuh’ ke 013-7153776

TERBARU: Modul Sains & Matematik Untuk Pelajar dan Pendidik Malaysia

Pernah dengar tentang STEM?

STEM ialah Pembelajaran yang telah dimulakan di negara maju seperti UK, US & Jepun.

Ia adalah teknik mendidik pelajar dengan menggabungkan empat disiplin iaitu – SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK.

Tahukah anda lagi bahawa…

+ Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.

+ Menurut Kementerian Pendidikan, Malaysia memerlukan 270,000 pelajar SPM yang mengambil STEM setiap tahun berbanding 90,000 sekarang.

+ Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi subjek STEM dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini.

+ Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM. Dijangkakan, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM.

STEM, PAK-21, Pembelajaran Abad Ke-21, CMN Academy

Physics Project-based Learning

Apa yang pentingnya STEM ni?

STEM membina dan mengajar kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran hidup, kebijaksanaan, kepintaran, kesabaran, rasa ingin tahu. STEM adalah apa yang membentuk masa depan kerana dunia kita berkembang dan perubahan.

Anda tahu… dengan mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran harian anak-anak, boleh melahirkan seorang yang KREATIF, INOVATIF & DINAMIK yang kritis dalam apa jua bidang.

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. PdPc yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM.

Pelaksanaan PdPc STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar.

Pelajar yang mengikuti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Program Inovasi Pendidikan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti serta kemahiran penyampaian PdPc Guru Sains dan Matematik agar lebih berkesan menerusi pendekatan santai dan interaktif dalam konsep pembelajaran sekali gus meningkatkan minat murid terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pembelajaran berasaskan projek merupakan antara ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.

Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Bagi kurikulum mata pelajaran Sains dan Matematik pula unsur aplikasi harian dan teknologi dalam kandungan, pentaksiran dan pendekatan penting untuk dimuatkan dalam KSSM dan KSSR.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan kerja projek bagi menarik minat murid serta pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Pelajar didedahkan dengan perkara/isu konteksual dalam kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan mahu pun global. Dengan demikian murid dapat mencari maklumat dan menggunakan design thinking dan computational thinking dalam menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

Ini merupakan Bengkel “Beyond Expectation Teachers” untuk Guru-guru Sains & Matematik anjuran PPD Rompin.

Kami dijemput untuk berkongsi dengan para pendidik Sains dan Matematik  berkaitan Pembelajaran Abad Ke-21, Problem Solving, STEM, Project Based Learning dan lain-lain.

Boleh tonton Video ini untuk mengetahui apa yang dikongsikan dalam Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’ di PPD Rompin 😃

“Majulah Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan”😃