Posts

Kenali Peribahasa Bahasa Melayu

Anda semua tentu tahu apa itu peribahasa. Namun, tidak semua peribahasa yang kita pernah dengar sebelum ini dan memahami maksudnya. Jadi, bagi menambah lagi pengetahuan anda, apa kata anda meluangkan sedikit masa membaca peribahasa-peribahasa yang tersenarai di sini. Rugi anda tidak belajar ilmu ini!

 

  • Mudah luka payah sembuhnya: mencari perselisihan sangat mudah, tetapi

sangat sukar untuk mencari perdamaian .

 

  • Buruk muka cermin dibelah: diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang

disalahkan.

 

  • Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah: susahkan orang

biasa kerana ingin menyenangkan orang yang hebat.

 

  • Bagai naga ditelan lidi: orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan

orang biasa.

 

  • Macam ular kekenyangan: orang yang berperut buncit sehingga berjalan

dalam keadaan tidak betul.

 

  • Makan bubur panas-panas: kelakuan yang tergesa-gesa, akhirnya

mengecewakan.

 

  • Sediakan payung sebelum hujan: berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

 

  • Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: terlalu banyak pada sesuatu masa.

 

  • Bagai ikan pulang ke lubuk: orang yang pulang ke tempat asal.

 

  • Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang:

sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

 

  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian: bersusah payah terlebih dahulu untuk

mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

 

  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya: tidak akan tercapai

hasilnya jika enggan berusaha dan bersusah payah.

 

  • Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua: kesilapan yang dilakukan

seseorang menyebabkan orang lain turut menerima akibatnya.

 

  • Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak:

menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

 

  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni: hubungan yang sangat akrab, senang

susah bersama.

 

  • Indah khabar daripada rupa: perkhabaran sesuatu perkara yang

berlebih-lebihan.

 

  • Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing: bersama-sama

menghadapi sesuatu.

 

  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi: dua orang atau dua pihak yang

sama darjat dalam adat.

 

  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya: mendidik anak biarlah sejak mereka

kecil lagi.

 

  • Bara yang digenggam biar sampai jadi arang: melaksanakan sesuatu yang

sukar hendaklah sabar sehingga berjaya.

 

  • Agak-agak bertutur malam hari: mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

 

  • Seperti di atas titian: dalam kebimbangan.

 

  • Seperti memekik di tengah padang luas: seruan yang tidak diendahkan.

 

  • Matahari tengah gerhana: berwajah muram kerana berduka.

 

  • Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting: pemerintahan yang baik

ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.

 

  • Rantai besi dimakan bubuk: cerita yang tak masuk akal.

 

  • Periuk mengumpat belanga: orang yang memburukkan orang lain,

sedangkan dirinya sendiri pun buruk juga.

 

  • Serkap jarang: menuduh tanpa usul periksa.

 

  • Bibir saya bukan diretak panas: kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.

 

  • Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul: rasa susah

melihat kesusahan orang lain, tetapi lebih susah orang yang menderita kesusahan itu.