Posts

Mudah Mengajar Anak Cepat Membaca

Tidak dinafikan, susah sebenarnya nak tahu apa teknik ajar anak cepat membaca. Tapi jangan bimbang, di sini kami sediakan tips tentang cara ajar anak membaca. Jom kita buat!

Tip #1 : Mula Seawal Mungkin

Untuk ajar anak membaca dengan cepat, anda perlulah menanam minat membaca dalam diri anak-anak seawal usia bayi. Walaupun tidak dapat membunyikan apa-apa huruf, mereka masih dapat memahami konsep membaca.

Ini dapat membiasakan mereka dengan buku, di samping membina hubungan kita dengannya.

Tip #2 : Bacakan Buku Kepada Mereka

Anak-anak umur 3 tahun ke atas dapat dibantu memahami coretan di atas kertas dan dapat difahami oleh mereka dengan membacakan perkataan-perkataan itu kepadanya.

Bacalah sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tambah masa apabila usia meningkat. Sasarkan sebanyak 3-4 buah buku sehari. Pastikan pilihan buku yang mendapat respon paling menceriakan. Libatkan mereka ketika membaca seperti menyelak muka surat.

Tip #3 : Baca Dengan Kefahaman

Salah satu cara ajar anak membaca dengan cepat adalah melalui jadikan tujuan membaca untuk kefahaman, bukan sekadar membunyikan perkataan.

Tanya soalan agar mereka dapat berinteraksi dengan buku dan membantu kefahamannya. Bagi bayi, tanya apa yang dapat dilihat dalam buku seperti: “Anisa nampak kucing?” sambil menuding gambar kucing.

Apabila meningkat usia, mintalah dia tunjukkan gambar-gambar dalam buku. Pada usia 2 atau 3 tahun, tanya soalan sebelum, semasa dan selepas buku dibaca.

Jika berkaitan dengan perasaan, tanyakan jika dia pernah merasakan perasaan itu. Tanyakan juga tentang gambar-gambar dalam buku seperti; “Eh besarnya rumah ini. Cantik tak Ahmad?

Tip #4 : Pilih Bahan Bacaan

Bahan bacaan amat penting dalam proses membaca. Berikan bahan bacaan yang sedikit mencabar tetapi mampu dibaca oleh anak-anak. Kita juga boleh memilih buku asas tulisan jawi bagi tambahan buku huruf dan buku Iqra’ bagi mengajar mereka mengaji.

Tip #5 : Gunakan Sebanyak Mungkin Deria

Anak-anak lebih mudah dan cepat belajar apabila ke semua derianya digunakan. Apabila menunjukkan minat terhadap huruf, jalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan derianya yang lain.

Libatkan bunyi-bunyian huruf sambil bertepuk tangan atau mengenal dan menggunting huruf-huruf daripada keratan akhbar. Kenalpasti aktiviti yang paling mereka gemari dan gunakannya selalu untuk pelajaran seterusnya.

Tip #7 : Jadilah Contoh Terbaik

Ingat pesanan ini:

“anak-anak yang teruja dengan buku akan luntur minatnya jika tidak melihat contoh di rumah.”

Pastikan kita masih membaca di hadapannya untuk beberapa minit sehari. Bacalah majalah, buku masakan, novel mahupun al-Qur’an.

Tunjukkan membaca adalah sesuatu yang juga dilakukan oleh orang dewasa. Bagi anak lelaki, pastikan bapa menjadi contoh. Kita sering terlupa mereka lebih mudah belajar melalui contoh. Jadi, ambillah bahan bacaan dan bacalah, demi anak-anak!

Tip #8 : Bersabar dan istiqamah

Apa jua kaedah, pastikan ia konsisten serta dilakukan dengan tenang dan ceria. Hindarkan tekanan terhadap anak-anak kerana ia juga akan menyebabkan kita tertekan.

Jika tiada perkembangan ketara, janganlah berputus asa. Teruskan mengajar anak-anak dalam 10 – 15 minit sehari-hari secara konsisten. Ini lebih berkesan daripada sesi 2 – 4 jam sehari kemudian berhenti beberapa hari. Kekalkan fokus kita kerana yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dan berkesan.

Kelebihan Pembelajaran Secara Home Tuition

Dunia semakin pantas beredar, begitu juga dengan dunia pendidikan. Perubahan yang berlaku ini sedikit sebanyak memperkembangkan dunia tuisyen seiringan bersamanya. Ini menjadikan peranan tuisyen sangat penting dalam membantu arus pendidikan.

Tuisyen boleh didefinisikan secara umum sebagai kelas bimbingan yang biasanya dijalankan di luar dari waktu pembelajaran formal. Cabang dalam dunia tuisyen ini pula banyak sekali seperti kelas tuisyen di sekolah, kelas tuisyen di rumah, kelas tuisyen berbayar, kelas tuisyen komersial, kelas tuisyen percuma dan sebagainya.

Kelas tuisyen di rumah atau lebih popular dipanggil sebagai home tuition bermaksud kelas tuisyen yang dijalankan di rumah, samada di rumah pelajar mahupun di rumah guru. Konsep asasnya adalah melibatkan bimbingan secara persendirian. Perbezaan ketara yang dapat kita perhatikan antara kelas tuisyen dan home tuition adalah dari segi perlaksanaan dan juga bilangan pelajar yang terlibat.

Berikut merupakan beberapa kelebihan pembelajaran secara home tuition yang boleh kita sebagai ibu bapa pertimbangkan dalam memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik.

  1. Bimbingan Berfokuskan Individu

Proses pembelajaran ini berfokuskan individu yang akan membantu mengukuhkan pemahaman pelajar dengan lebih baik. Ini berbeza jika pembelajaran dilakukan secara umum dan dalam kumpulan bilangan pelajar yang agak ramai.

Biasanya, guru tuisyen akan menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengenalpasti kebolehan dan kelemahan pelajar memandangkan setiap pelajar mempunyai pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini mudah untuk dilakukan kerana bilangan pelajar yang tidak ramai dalam satu masa.

 

  1. Membantu Meningkatkan Keyakinan Dalam Diri Anak-Anak

Apabila anak-anak kita dibimbing mengikut kemampuan diri, ia bukan sahaja dapat membantu mereka memahami apa yang dipelajari malahan juga dapat membantu membina keyakinan dalam diri mereka. Ini berlaku kerana semasa proses pembelajaran berjalan, mereka tidak perlu ada rasa malu pabila tidak menguasai sesuatu topik dan tidak perlu merasa rendah diri seperti mana jika belajar di dalam kelas atau di dalam kumpulan yang ramai.

 

  1. Ibu Bapa Dapat Memantau Anak Dengan Lebih Mudah

      Home tuition dapat membantu meringankan ibu bapa dalam pelbagai aspek. Paling utama ibu bapa dapat memantau dengan lebih dekat bagaimana proses pembelajaran anak mereka berlaku. Hasil yang mereka laburkan dapat mereka nilai sendiri sama ada ia berbaloi atau sebaliknya. Keadaan agak berbeza apabila mereka menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, mereka tidak dapat mengukur sejauhmana pelaburan mereka berbaloi kerana proses tersebut tidak berlaku di depan mata mereka.

 

  1. Menjimatkan Kos

Ibu bapa juga boleh menjimatkan kos pengangkutan mereka. Jika menggunakan khidmat pusat tuisyen, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak setiap masa dan semestinya ini memakan kos yang tinggi, tambahan pula jika pusat tuisyen berkenaan jauh dari tempat kediaman. Jika menggunakan perkhidmatan home tuition, guru yang akan datang ke rumah tanpa perlu memeningkan kepala ibu bapa untuk pergi ke pusat tuisyen.

 

  1. Menjimatkan Masa

Zaman yang kian pantas beredar menyebabkan ibu bapa sering berkejaran dengan masa. Hal ini dapat membantu meringankan ibu bapa kerana tidak perlu meluangkan masa untuk keluar menghantar dan mengambil anak-anak. Selain itu masa yang ditetapkan juga lebih fleksibel dan boleh mengikut keperluan ibu bapa. Hal ini dapat membantu mengurangkan tekanan dari segi masa yang dihadapi oleh ibu bapa. Jika ada hal yang penting, ia dapat diubah suai mengikut kesesuaian ibu bapa hanya melalui perbincangan dengan guru tuisyen berkenaan.

Peranan Ibu Bapa Dalam Menyediakan Mental Dan Emosi Anak-Anak Calon UPSR

Jadual UPSR 2019: Peranan Ibu Bapa Dalam Menyediakan Mental Dan Emosi Anak-Anak Calon UPSR

Hari ini Cikgu tertarik untuk membincangkan tentang Jadual UPSR 2019 yang UNIK… Buat pertama kalinya Peperiksaan UPSR dijalankan pada 2 minggu yang berbeza.. Calon UPSR diberi 4 hari REHAT tanpa Peperiksaan.. Disini Peranan ibu bapa amat diperlukan memandangkan ini adalah Peperiksaan Awam yang Pertama diduduki oleh anak-anak ini…

Sebelum berbincang tentang peranan ibu bapa menyediakan Mental dan Emosi anak-anak… Cikgu ingin senaraikan kesan Positif dan Negatif jadual Unik UPSR 2019 ini dahulu…

 

KESAN POSITIF

1. REHAT YANG CUKUP

Ruang REHAT 4 hari Tanpa Peperiksaan ini sebenarnya dapat membantu Calon-calon UPSR mendapatkan REHAT MINDA yang secukupnya… Murid-murid ini akan dapat berehat dari memikirkan pepriksaan yang selalunya dijalankan berterusan selama 4hari…

Pada tahun ini duduk dalam Dewan Peperiksaan 2 hari rehat 4 Hari kemudian jalankan Peperiksaan seterusnya 2 hari… Rehat yang cukup untuk pelajar berusia 12 tahun…

2. LEBIH MASA

Jika sebelum ini peperiksaan dijalankan serentak dalam seminggu.. Calon UPSR tidak mempunyai masa tambahan untuk membuat Persediaan Akhir yang secukupnya.. Namun dengan Jadual ini Calon dapat tambahan masa dalam menyediakan diri untuk menjawab soalan Matematik Dan Sains..

Peluang ini dapat digunakan sebaiknya bagi Guru-guru dan Calon UPSR untuk berkongsi tips-tips akhir dan membuat latihan untuk menambah keyakinan menjawab soalan Matematik dan Sains…

3. MENAMBAH KEYAKINAN

Motivasi Calon-calon UPSR akan bertambah apabila selepas menjawab 4 Kertas Peperiksaan UPSR mereka diberi rehat 4 hari yang akan membakar semangat mereka untuk menjawab 2 lagi Kertas Peperiksaan dengan lebih baik…

Semangat dan Motivasi yang tinggi ini akan membantu Calon agar lebih Fokus dan berkeyakinan semasa menjawab kertas Peperiksaan UPSR Matematik dan Sains

4. PENGALAMAN BERTAMBAH

Calon-calon UPSR 2019 akan mendapat pengalaman yang bermakna pada Peperiksaan kali ini kerana masa peperiksaan yang panjang akan menyediakan murid kepada persiapan diri dan mental yang lebih tinggi..

Murid dapat pengalaman yang berbeza berbanding Calon-calon UPSR ditahun yang sebelumnya… Jadual Peperiksaan seperti ini biasanya dijalankan pada calon yang lebih berusia…


KESAN NEGATIF

1. GAGAL MENANGGANI STRES

Risiko yang perlu diduga dan dihadapi oleh murid yang berusia 12 tahun ini adalah apabila mereka mula berbincang jawapan sesama mereka dan ada yang mendapati jawapan yang salah telah mereka berikan dalam Peperiksaan Pada hari pertama dan Kedua ..

Murid-murid ini akan mengalami Stres yang luar biasa dan mula berfikir Negatif tentang Keputusan UPSR yang bakal mereka terima… Stres yang tidak dapat ditanggani ini akan mengakibatkan murid hilang fokus dan tidak bersemangat untuk menjawab soalan pada Peperiksaan seterusnya…

2. TERLEBIH YAKIN

Perkara ini amat membimbangkan Guru-guru termasuk Cikgu… Bayangkan Calon ini dapat menjawab semua kertas Peperiksaan Bahasa dengan mudah… Calon ini mula merasakan Peperiksaan ini terlalu mudah baginya… Murid seperti ini mula tidak berminat untuk Mengulangkaji dan terlampau gembira sehingga membayangkan semua soalan akan menjadi sangat mudah..

Keadaan ini boleh berlaku pada murid yang berusia 12 tahun.. Yang Cikgu risaukan selepas terlebih yakin dan sangat gembira menjawab soalan Bahasa murid disajikan Soalan Matematik yang mencabar dan sukar.. Keadaan ini akan memburukkan lagi kesediaan murid menjawab soalan Sains.

3. MASALAH KESIHATAN

Isu ini sememangnya amat membimbangkan Cikgu.. Dalam tempoh Rehat yang diberikan tanpa Peperiksaan, Calon UPSR ini terdedah dengan pelbagai risiko masalah kesihatan.. Calon yang berusia 12 tahun ini mustahil dapat menjawab Kertas Peperiksaan dengan Baik sekiranya mengalami Masalah Kesihatan

Kesihatan murid ini adalah faktor luaran yang penting diambil kira memandangkan tempoh Peperiksaan yang lama menyebabkan murid ini terdedah pada maslah kesihatan…

4. HILANG SEMANGAT

Realiti seperti ini telah Cikgu lihat semasa berlaku Peperiksaan ditunda apabila Kertas Sains UPSR bocor pada tahun 2014.. Calon-calon UPSR pada tahun itu hilang semangat untuk menjawab peperiksaan yang ditunda.. Jarak masa yang berbeza ini ada kesan pada ketahanan mental murid yang berusia 12 tahun…

Apabila murid telah mula berputus asa, segala yang diusahakan oleh guru dan ibu bapa tidak berguna lagi.. Semangat yang luntur ini akan merosakkan potensi sebenar murid tersebut…

~~~

PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang besar terhadap masa depan anak-anak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR amat dinanti nantikan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak membuat persediaan dalam peperiksaan.

Dalam kes Perubahan Jadual UPSR ini ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan segala yang diusahakan oleh anak-anak selama 6 tahun ini tidak menjadi sia-sia.. Ibu bapa perlu menjadi motivator yang dapat membimbing dan menenangkan kegusaran anak-anak yang bakal menghadapi tempoh Peperiksaan yang lebih lama berbanding Calon UPSR sebelum ini..

Semoga perbincangan Cikgu ini dapat membuka mata ibu bapa Calon UPSR 2019 untuk mula merancang sesuatu dalam membantu anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan Awam buat kali Pertama.. Diharapkan Anak-anak Calon UPSR 2019 dapat memberikan keputusan yang Membanggakan Ibu Bapa dan setimpal dengan Usaha mereka selama ini… Insya Allah

sumber: https://www.facebook.com/hometuitioncikgushahrul/

[Kisah Inspirasi] Autisme Bukan Halangan Untuk Pelajar Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan dan puan.

Kisah inspirasi ini menceritakan mengenai klien daripada CMN Academy yang telah lama bersama CMN Academy iaitu sejak 2015.

Beliau bernama Tuan Syaifuddin, yang mengambil perkhidmatan kami sejak 3 tahun yang lalu. Anak beliau mempunyai ‘mild autisme’ dan Tuan Syaifuddin berkata beliau mencari tutor yang sesuai untuk mengajar anaknya dan penyabar untuk mengajar anak beliau.

Alhamdulillah, anak beliau yang bernama Faris yang merupakan ‘mild autisme’ telah mengalami peningkatan dalam pembelajaran dan suka belajar bersama Cikgu Azeli.

Tuan Syaifuddin mencari CMN Academy di facebook dan beliau berkata bahawa untuk mendapatkan tutor yang sesuai adalah susah tetapi di CMN Academy dapat memberikan beliau seorang tutor yang boleh mengajar anak beliau yang memerlukan pendekatan istimewa  walaupun syaifuddin berkali-kali tukar tutor kerana beliau akan bertanya dulu adakah tutor tersebut sanggup tak untuk mengajar anaknya yang mengalami mild autisme. Alhamdulillah Cikgu Azeli dapat mengajar Faris dengan baik sejak 2015.

Anak beliau darjah 4 dan akan menduduki UPSR lagi 2 tahun. Anaknya bercerita tentang cikgu beliau iaitu Cikgu Azeli yang telah bersama CMN semenjak 2013 lagi bahawa beliau seorang yang penyabar dan boleh ajar anak Tuan Syaifuddin dengan baik.

INGIN DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN UPSR SECARA PERCUMA?

Akhir sekali, Tuan Syaifuddin mengucapkan terima kasih kerana dalam keadaan anaknya yang istimewa, agak sukar  untuk mendapat seseorang yang sanggup untuk mengajar anaknya dan ibu bapa di luar sana boleh mencuba Home Tuition Mentoring dari CMN Academy untuk anak-anak mereka.

Kami mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan dan kami percaya adik Faris berjaya juga mampu berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah.

 

Di bawah ialah video Tuan Syaifuddin berkongsi pengalaman beliau sebagai bapa kepada anak istimewa ini bersama Puan Nurwahidah dari CMN Academy.

Hiperleksia – The Smart Kid Disorder?

 

Apa tu?

Hiperleksia adalah sejenis sindrom dikategorikan sebagai keupayaan kanak-kanak yang terlalu awal dipelajari dari usia yang sepatutnya. Maksudnya disini, anak anda mungkin telah mahir membaca seawal usia 3-4 tahun kerana kebiasaannya, kanak-kanak usia 5 tahun baru boleh membaca. Hiperleksia ini tergolong juga dalam kategori autisma-like sindrom. Akan tetapi, tidak semua kanak – kanak yang mampu membaca di usia yang awal itu mempunyai hiperleksia. Ia amat sukar sekali untuk mengenalpasti samada ianya adalah hiperleksia ataupun bertuah.

 

Ciri- Ciri Hiperleksian

Kanak-kanak hiperleksia mempunyai perwatakan yang menarik dan luar biasa dari kanak-kanak biasa. Antaranya adalah:

  • Mereka seringkali dikatakan mempunyai tahap IQ diatas paras sederhana!
  • Mereka juga mempunyai daya membaca melebihi kanak-kanak normal iaitu 1-2 tahun lebih awal mahir dalam kemahiran ini.
  • Mempunyai daya penghilatan dan ingatan yang memberangsangkan.
  • Mudah mengingati apa yang dilihat dan didengar walaupun tidak memberi tumpuan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut langsung tidak memberi kesan langsung terhadap daya memahami.

 

Masalah Yang Akan Dialami Oleh Hiperleksian

Namun begitu, meskipun banyak kelebihan yang terdapat pada kanak-kanak hiperleksia, mereka juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh mereka adalah:

  • Sukar untuk memahami dan menggunakan percakapan.
  • Susah berfikir di luar kotak.
  • Seorang yang belajar melalui visual.
  • Mengalami kesukarang menjawab soalan 5 wh (who, what, where, when, and why)
  • Seringkali mengulangi perkataan dan maksud yang sama tanpa memahami maksudnya.

Kanak-kanak hiperleksia mungkin juga mudah untuk mendapat ketidakbolehan yang lain seperti menguasai bahasa, komunikasi dan tingkah laku, dan juga bukan lisan. Mereka juga mungkin akan terkesan dengan penyakit-penyakit yang jauh lagi kronik seperti kemurungan/tertekan.

 

Langkah-Langkah Bagi Menangani Masalah Ini

Sebagai ibu bapa yang prihatin lagi cakna terhadap anak-anak, kita seharusnya memastikan memberi perhatian yang terbaik buat anak-anak agar masalah-masalah disorder seperti ini dapat diatasi. Antaranya adalah dengan :

  • Menggalakkan anak-anak menguasai dan membelajar bahasa dan juga sosial skill.
  • Memastikan anak-anak memahami bahasa lisan dengan lebih tepat.
  • Menunjukkan contoh yang baik dalam adab percakapan.
  • Menerangkan tentang sesuatu perkara dalam kaedah yang mudah difahami.

‘Kanak-kanak Hiperleksia ini akan terus membaca, membaca dan juga membaca. Kerana itulah, kita harus menggalakkan mereka, menulis dan terus menulis’ Susan Martins Miller.

Disleksia, apa tu?!

Disleksia, cegah sebelum terlambat!

Apa tu?

Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini sering ada masalah untuk menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusha bersungguh-sungguh. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka yang menghidap penyakit ini mungkin mengalami kesukaran dalam:

  • Membaca
  • Menulis
  • Memahami
  • Mengeja
  • Mengira

Ciri-ciri Disleksia

Terdapat banyak ciri-ciri disleksia yang boleh dikesan di peringkat pra-sekolah mahupun alam persekolahan. Di peringkat pra-sekolah, mereka mungkin:

  • Lambat bertutur
  • Kesukaran untuk menyebut sesuatu atau rima
  • Sukar menulis
  • Susah untuk mengenalpasti bentuk atau warna
  • Mengalami masalah untuk mengulang balik cerita yang didengar

Manakala di alam persekolahan pula, kanak-kanak Disleksia mungkin ada masalah dalam:

  • Menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira.
  • Membaca dan mengelak dari membaca di kelas.
  • Semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik)
    • 15 dibaca 51
    • ‘was’ menjadi ‘saw’
    • ‘b’ dengan ‘d’
  • Kurang koordinasi seperti susah ikat tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa
  • Memahami, mengingati atau mengikut arahan.
  • Tersalah letak barang atau hilang barang atau kerja sekolah.

Masalah yang mungkin dialami

Golongan Disleksia mungkin akan mengalami banyak masalah yang tidak dialami oleh golongan yang normal. Antaranya ialah:

  • Digelar lembab, pemalas, dan sebagainya.
  • Rasa rendah diri yang ekstrem.
  • Pembentukan imej diri terjejas
  • Gangguan emosi
  • Masalah tingkah laku
  • Pencapaian akademik menurun

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah mengambil tindakan pantas bagi menangani masalah yang agak serius tetapi sukar dilihat dengan mata kasar. Ibu bapa harus peka dengan simptom-simptom penyakit Disleksia ini. Antaranya ialah dengan:

    • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
    • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
    • Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
      • Terapi pertuturan
      • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
      • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
        • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
        • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
        • Merasa pergerakan bibir
        • Menulis huruf atau perkataan
  • Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau kaset untuk belajar
  • Program pemulihan khusus :
    • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Anak Diculik? Ibu Ini Berhenti Kerja Untuk Fokus Kepada Pembelajaran Anak…

Anak merupakan harta dunia akhirat untuk ibu bapa mereka, dan anak juga merupakan amanah yang Allah bagi. Bila berbicara tentang amanah, semua ibu ingin berikan yang terbaik untuk anak mereka, tetapi tidak semua berjaya kerana menghadapi cabaran yang pelbagai rintangan untuk dihadapi.

Di sini ingin menceritakan seorang ibu yang mengambil perkhidmatan tuition untuk anaknya kerana telah berlaku satu kejadian pada anaknya semasa di sekolah yang menyebabkan ibunya berhati-hati selepas kejadian itu.

Ibu yang berceritakan tentang anaknya berkata bahawa anaknya merupakan pelajar yang cermerlang dan rajin belajar di sekolah mahupun di rumah. Semasa hari persekolahan anaknya pergi dan balik sekolah dengan menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

Selepas tamatnya waktu sekolah anaknya tiada dalam bas kerana pemandu bas berkata dia tidak perasan dia naik bas. Pada waktu itu ibunya berasa cemas dan risau yang teramat sangat kerana anaknya didapati hilang.

Selepas itu, ibunya menelefon anaknya banyak kali dan berulang kali. Ibunya berkata yang anaknya selalu membawa telefon ke sekolah kerana sekiranya apa-apa terjadi ibunya boleh call anaknya.

Keadaan semakin mendebarkan apabila ibunya mendapat tahu bahawa anaknya diculik, ini menyebabkan ibunya sampai rasa nak rebah kerana dapat tahu anaknya diculik. Setelah di telefon banyak kali akhirnya anaknya menjawab panggilan tersebut dan dapat ditemui semula anaknya.

Moral dalam cerita ini dapat kita lihat ibunya semakin protective dengan anaknya kerana ibunya menghantar anaknya ke sekolah dan kemana anaknya mahu pergi atas keselamatan anaknya. Ibunya juga memberi kebebasan tetapi tidak sehingga lewat malam. Sekarang, ambil dan hantar anak pergi balik sekolah, tengok wayang pun ibu hantar dan tunggu sehingga wayang habis.

Solusi oleh ibunya, dia mengambil home tuition untuk anaknya supaya anaknya dalam keadaan selamat dan tidak ada apa gangguan. Ibunya berkata yang anaknya mudah untuk belajar kerana dapat bersemuka dengan guru home tuition. Akhir sekali, kita dapat lihat kasih sayang yang di tunjukan oleh ibunya selepas mengetahui anaknya di culik dan membuatkan ibunya makin berhati-hati.

Kita sebagai ibu bapa haruslah mengambil berat tentang anak kita kerana mereka merupakan amanah yang diberi oleh Allah.

 

 

 

Bersama Peneraju Home Tuition Mentoring  Di Makaysia

Ketahui bagaimana Rahsia pelajar biasa menjadi

Tonton video ini

Ia tidak lagi mustahil dengan Sistem Pembelajaran Home Tuition yang berkesan bermula di rumah anda!

 

ANAK KURANG TUMPUAN DALAM KELAS??

ANDA DAN KELUARGA MAHU MENGAJI AL-QURAN BERSAMA??

INGIN PEMBELAJARAN BERFOKUS DI RUMAH ANDA??

Kami membantu anak tuan/puan belajar dengan FOKUS & SERONOK di rumah & mengalami peningkatan dalam akademik mereka.
Kami juga membantu tuan/puan dan keluarga mempelajari Al-Quran dengan suasana lebih seronok.

 

Ramai di kalangan pelajar mempunyai cabaran untuk belajar dalam suasana yang ramai.

Bukan kerana mereka tidak pandai, cuma tiada orang yang dapat bantu dan bimbing mereka untuk belajar dengan teknik & cara yang betul.

Atau mungkin mereka malu untuk bertanya guru semasa dalam kelas terutamanya apabila pelajar ramai.

Dengan pembelajaran secara berfokus ini, tutor kami dapat membantu mengenali potensi anak tuan/puan dan membantu mereka untuk cemerlang dalam akademik di samping mempunyai sahsiah yang terpuji.

Sebahagian dari pelajar kami yang cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM, IGCSE

 
 

ANAK DAPAT A PERCUBAAN UPSR LEPAS TUISYEN DI RUMAH!

“Banyak perubahan anak saya selepas tuisyen dengan tutor dari CMN Academy. Dulu anak agak lemah terutamanya subjek Sains & Matematik… Tapi lepas tuisyen di rumah, markah yang dulunya selalu dapat B & C, dah naik ke A” 

 


Pembelajaran Home Tuition secara fokus di rumah anda

 

Pembelajaran Home Tuition untuk kumpulan kecil

Pembelajaran Home Tuition untuk kumpulan kecil

 


Pembelajaran Quranic Home Based bersama keluarga

 

 

6A PERCUBAAN UPSR!! WOW & TAHNIAH ADIK AISHAH!

Anak kepada Puan Feldatun ini bertukar sekolah semasa tahun 6 dan adik ini amat aktif dengan aktiviti sekolah… tapi boleh dapat 6A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini dari peperiksaan pertengahan tahun dapat 3A.

 

Pembelajaran Al-Quran tanpa mengenal usia

 


Pembelajaran Quranic Home Based dan Fardhu Ain untuk anak-anak

 

Pembelajaran Al-Quran bersama organisasi kerjaaan dan syarikat

 

 

 

 

Siapakah kami?

CMN Academy berdiri teguh bagi membantu ibu bapa & anak-anak untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik & Al-Quran, menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition, Online Tuition & Quranic Home Based dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini.


Kami telah membantu lebih 1120 ibu bapa dan pelajar di seluruh Malaysia dalam pembelajaran secara berfokus dan menyeronokkan menerusi pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini serta lebih 1000 database Tutor di bawah kami.
.
Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.

CMN Education Group telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya.

Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia.

Selain itu, Modul Funtastic menerima 2 Silver Award di ‘Teachers Innovation Carnival’ (T-NOVATE 2018) di UIA dan EDUINNOVATION 2018 di UKM selain menerima pujian semasa pembentangan bersama PPD & JPN semasa pembentangan di Seminar Antarabangsa Pendidikan (ProSET) di Unisel.

Modul Bahasa Arab bersama CMN Al-Qudwah telah mendapat Gold Medal dalam Pertandingan Inovasi Bahasa Arab sempena World Arabic Language Day di UKM.

 

Kami juga telah dijemput untuk berkongsi Teknik Pengajaran & Pembelajaran bersama Guru-guru Sains & Matematik di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin dalam Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’.

Bersama Puan Zarina, Pegawai SISC+ PPD Rompin di mana kami dijemput untuk berkongsi dalam Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 “Beyond Expectation Teachers” bersama Guru-guru Sains & Matematik.

 

Untuk meningkatkan kualiti Tutor, kami sentiasa menganjurkan Bengkel “Home Tutor Beyond Expectation” untuk upgrade kemahiran dan silibus terkini serta mengiktiraf Home Tutor yang berkelayakan.

 

Mengasaskan Tutor Profesional Malaysia yang menhubungkan Tutor-tutor dari seluruh Malaysia melalui Simposium Tutor Profesional Malaysia

 

TESTIMONI KEJAYAAN PELAJAR

 


 

 

(Baca lebih lanjut tentang: Feedback dan testimoni klien Home Tuition & Quranic Mengaji CMN Academy)

 

PEMBELAJARAN LEBIH MENARIK, EFEKTIF, SELESA, SERONOK & BERIMPAK KINI DIBAWA KE RUMAH ANDA MELALUI PRIVATE TUTOR & ONLINE TUTOR KAMI!!

PENDAFTARAN HOME TUITION MENTORING CMN ACADEMY KINI DIBUKA!

>>>Mohon Whatsapp ‘Nama penuh_FreeCMNA_Home Tuition/Quranic Home Based’ ke 011-15775761 <<<

======
SIAPA KAMI?
======

👔 CMN Academy merupakan anak syarikat di bawah CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

👔 Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan & telah bantu ramai ibu bapa & pelajar.

👔 Kami menawarkan 2 pakej iaitu “AMAZING HOME TUITION” & “WONDERFUL HOME QURAN”

👔Cawangan-cawangan kami di seluruh negara:

 

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Bangi

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Seremban

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuala Lumpur

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Gombak

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kajang

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Melaka

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Johor Bahru

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuantan

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Ipoh

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuala Terengganu

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kota Bharu

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kota Kinabalu

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuching

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Sungai Petani

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Georgetown

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Butterworth

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kangar

Mengapa anda perlu pilih Home Tuition Mentoring by CMN Academy?

Mari kami ceritakan…

Apa ISTIMEWANYA Home tuition Mentoring  by CMN Academy?

🔍 Cara pengajaran lebih EFEKTIF

Belajar di rumah sendiri, sama ada seorang atau kumpulan kecil (maksimum 5 pelajar* dalam 1 masa)… lebih fokus & selesa.

🔍 Penerapan modul berteraskan KBAT

KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Lebih banyak aktiviti berbanding cuma tengok buku saja.
Pelajar tak bosan, lebih senang faham & ingat teori dengan sendirinya. Pelajar lebih banyak berfikir dari hanya menghafal.


🔍 Subjek PILIHAN Tuisyen mengikut keperluan

Kami sediakan konsultasi percuma untuk anda pilih subjek yang betul.
Anda boleh pilih subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains…
serta subjek tambahan seperti Matematik Tambahan, Akaun, Fizik, Biologi, Kimia Bahasa Arab…

🔍 Dijamin ada PENINGKATAN dalam pembelajaran**

InsyaAllah, selepas minimum sebulan kelas, ada peningkatan dalam mood study anak anda.
Bila mood dah naik, performance akan turut naik dengan sendirinya!


🔍 Dahulukan apa yang PENTING

Kami tidak nafikan pelajaran mengikut silibus atau “habiskan” silibus itu penting…
Kami tekankan pembelajaran ikut keperluan… maksudnya dahulukan bahagian yang pelajar belum mahir & perlu bimbingan, bukan ikut flow untuk kejar silibus.
Bagi kami, jika asas pelajar itu kuat, soalan pusing macam mana pun, insyaAllah pelajar dapat jawab dengan yakin.

 

+ Aplikasi CARA PEMBELAJARAN MENARIK & SESUAI untuk setiap pelajar.

Private  & Home Tutor kami menerima LATIHAN BERKALA berkaitan PENDEKATAN pembelajaran yang MENARIK & asas Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Kami percaya setiap pelajar mempunyai keistimewaan & tahap tersendiri, serta cara pembelajaran yang berbeza.

🔍 Online Tuition

Anak anda boleh belajar menggunakan laptop, PC dan tablet dari mana-mana sahaja dengan wifi internet. Kami mempunyai software untuk membantu pembelajaran tuisyen melalui online. Online Tutor kami dapat membantu anak anda belajar dengan teknik pembelajaran terkini melalui online.

 

🔍 Penganjur Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM)

Kami juga merupakan Penganjur kepada Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) yang diadakan setiap tahun untuk mengumpulkan tutor-tutor dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia bagi memberikan perkhidmatan dan kualiti pembelajaran yang terbaik kepada klien dan pelajar.


🔍 Anda boleh TAHU setakat mana PENCAPAIAN/pembelajaran semasa anak anda.
Best bukan? Kami sediakan LAPORAN BULANAN di mana prestasi pelajar & tutor dapat dilihat, untuk anda & kami monitor bersama.

🔍 Dibuka untuk semua pelajar SEKOLAH RENDAH & MENENGAH.

🔍 MASA lebih FLEKSIBEL mengikut permintaan anda.

🔍 JIMAT masa, tenaga & minyak kereta anda.

🔍 SELAMAT & SELESA kerana pembelajaran dibawa ke rumah anda.

Jika anda sebagai ibu bapa tidak berpuas hati dengan Tutor pada kelas PERTAMA, kami akan menggantikan dengan Tutor lain atau anda TIDAK PERLU membayar apa-apa!

 

30 Pendaftaran Awal untuk 2019 akan mendapat Workbook KHAS “YAKIN SEBELUM BERJAYA” yang disukai ramai ini :)

 

TEMPAT TERHAD!

BERMINAT?

Ya, saya ingin mengetahui maklumat lanjut sekarang!

 

Mohon Whatsapp ‘Nama penuh_CMNA_Home Tuition Mentoring/Quranic Home Based’ ke 019-462 6840

 

 

P/S: Yuran kami adalah berpatutan dengan servis yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran

 

DOWNLOAD EBOOK SOALAN UPSR, PT3 & SPM PERCUMA UNTUK ANAK ANDA!

(Klik pada gambar UPSR/PT3/SPM)

[Tuisyen Di Rumah] Daripada Tidak Tahu Cakap Bahasa Melayu Akhirnya Cemerlang Dalam Peperiksaan

Apa yang dimaksudkan dengan ‘boring kepada bosan’??

Bukan sama je ke maksud?

Betul memang sama maksudnya, kami ingin berkongsi kisah yang diceritakan oleh salah seorang Tutor CMN Academy, Cikgu Isa, mengenai seorang pelajar beliau Home Tuition beliau.

Menurut Cikgu Isa, pelajar tersebut merupakan seorang yang berbangsa India yang kurang pandai untuk bercakap dalam Bahasa Melayu. Beliau bernama Jayrohan yang berumur 9 tahun, Tahun 3 serta mempunyai seorang adik bernama Lathikha yang berumur 7 tahun.

Seperti yang diceritakan oleh Cikgu Isa..

Semasa saya mendapat tahu bahawa saya telah mendapat seorang pelajar untuk mengajar dari pihak pengurusan CMN Academy, saya telah menghubungi Puan Leena Mark iaitu ibu kepada mereka untuk memberitahu dan memperkenalkan diri saya ialah tutor yang akan mengajar anaknya.

Ibunya meminta saya mengajar anaknya Bahasa Melayu kerana dikatakan anaknya semasa di sekolah tidak mempunyai kawan dan setiap kali anaknya pulang ke rumah selepas sekolah anaknya akan menyebut “Mom,  I’m boring at school” dan saya sebagai tutor berasa kasihan dan berazam ingin membantu adik Jayrohan untuk belajar Bahasa Melayu dan menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Pada hari Sabtu saya telah datang ke rumahnya untuk mengajar Bahasa Melayu dengan semangat yang berkobar-kobar :), sebelum saya mulakan kelas saya, saya gunakan Teknik ‘Melting The Ice’ dan dapat tahu bahawa anaknya suka melukis.

Ada apa dengan suka melukis? Sebagai seorang tutor saya akan mengajar anak murid saya dengan perkara yang mereka minat, dengan itu lebih mudah untuk mereka faham dan seronok dengan apa yang kita ingin sampaikan.

Selepas itu, saya membeli kertas lukisan dan menyuruh Jayrohan melukis kenderaan di laut dan mengajarnya secara ringkas kaitannya dengan Bahasa Melayu sebelum saya memasuki topik dalam subjek Bahasa Melayu.

Dalam masa 4 bulan anaknya berasa sangat gembira kerana dapat bercakap Bahasa Melayu walaupun kurang fasih berbahasa lagi. Saya juga tumpang gembira kerana berjaya mendidik seorang pelajar yang sangat rajin dan mempunyai sikap suka belajar.

Selama 8 bulan saya mengajar adik Jayrohan dan banyak peningkatan yang saya lihat daripadanya kerana semangat ingin belajar ada dalam diri adik Jayrohan setiap kali sesi Home Tuition mahupun di luar sesi.

Di samping itu, saya jugak mempunyai masalah untuk membeli buku latihan untuk adik Jayrohan kerana dia mampu menyiapkan buku latihan yang sepatutnya dihabiskan dalam masa setahun tetapi adik Jayrohan mampu menyiapkan dalam masa sebulan sahaja.

Saya terpaksa pergi ke pelbagai kedai buku untuk mencari buku latihan yang tidak pernah dibuat lagi untuknya kerana kebanyakan buku telah digunakan oleh Jayrohan.

Dengan ini dapat kita lihat bagaimana sikap pelajar yang mahu dan ingin belajar, semangatnya sangatlah kuat dan tidak pernah berputus asa untuk belajar.

Semasa di sekolah adik Jayrohan juga rajin belajar tetapi kurang dapat perhatian daripada kawan-kawan kerana tidak boleh untuk bercakap Bahasa Melayu, tetapi selepas adik Jayrohan boleh bercakap Bahasa Melayu ramai kawan-kawannya yang mula berkawan dengannya dan mahu belajar English pula dengan beliau :)

Akhir sekali, sebelum Jayrohan akan menghadapi peperiksaan akhir di sekolah, saya memberi nasihat yang ringkas kepadanya dan memberi tips untuk menjawab kertas Bahasa Melayu.

Selepas peperiksaan, Jayrohan berkata dengan ibunya yang dia dapat menjawab soalan itu dengan mudah dan senang. Saya pula yang terkejut apabila mendengar Jayrohan berkata begitu :)

Semasa hari keputusan peperiksaan diumumkan, saya mendapat tahu bahawa Jayrohan mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat A+ dalam Penulisan dan Pemahaman!

Saya sungguh bangga dengan keputusan Jayrohan dan pihak CMN Academy telah mengusahakan untuk memberikan Penghargaan ‘Special Mention’ kepada Jayrohan serta ibu beliau Puan Leena Mark.

Akhir kata, jangan pernah berputus asa untuk mencuba sesuatu dan selalu berusaha untuk mendapatkan kejayaan tanpa rasa jemu kerana setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Usaha selagi mampu dan insyallah kita akan dapat apa yang kita inginkan dengan mencari ilmu dan orang yang dapat membantu kita mencapai cita-cita dan impian.

Di sini saya ingin mengucapkan Taniah dan Terima Kasih kepada Puan Leena Mark kerana telah menggunakan perkhidmatan kami Home Tuition untuk mengajar anaknya dan mendapat keputusan yang amat berpuas hati. Kami di CMN Academy sentiasa mencuba memberikan yang terbaik kepada klien dan tutor kami.

Video ini merupakan  perkongsian Cikgu Isa bersama Puan Leena Mark dan maklum balas terhadap perkhidmatan Home Tuition Mentoring:

“YAKIN SEBELUM BERJAYA”

 

Untuk Download Ebook Soalan Percubaan UPSR untuk anak anda: