Posts

[Kisah Inspirasi] Autisme Bukan Halangan Untuk Pelajar Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan dan puan.

Kisah inspirasi ini menceritakan mengenai klien daripada CMN Academy yang telah lama bersama CMN Academy iaitu sejak 2015.

Beliau bernama Tuan Syaifuddin, yang mengambil perkhidmatan kami sejak 3 tahun yang lalu. Anak beliau mempunyai ‘mild autisme’ dan Tuan Syaifuddin berkata beliau mencari tutor yang sesuai untuk mengajar anaknya dan penyabar untuk mengajar anak beliau.

Alhamdulillah, anak beliau yang bernama Faris yang merupakan ‘mild autisme’ telah mengalami peningkatan dalam pembelajaran dan suka belajar bersama Cikgu Azeli.

Tuan Syaifuddin mencari CMN Academy di facebook dan beliau berkata bahawa untuk mendapatkan tutor yang sesuai adalah susah tetapi di CMN Academy dapat memberikan beliau seorang tutor yang boleh mengajar anak beliau yang memerlukan pendekatan istimewa  walaupun syaifuddin berkali-kali tukar tutor kerana beliau akan bertanya dulu adakah tutor tersebut sanggup tak untuk mengajar anaknya yang mengalami mild autisme. Alhamdulillah Cikgu Azeli dapat mengajar Faris dengan baik sejak 2015.

Anak beliau darjah 4 dan akan menduduki UPSR lagi 2 tahun. Anaknya bercerita tentang cikgu beliau iaitu Cikgu Azeli yang telah bersama CMN semenjak 2013 lagi bahawa beliau seorang yang penyabar dan boleh ajar anak Tuan Syaifuddin dengan baik.

INGIN DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN UPSR SECARA PERCUMA?

Akhir sekali, Tuan Syaifuddin mengucapkan terima kasih kerana dalam keadaan anaknya yang istimewa, agak sukar  untuk mendapat seseorang yang sanggup untuk mengajar anaknya dan ibu bapa di luar sana boleh mencuba Home Tuition Mentoring dari CMN Academy untuk anak-anak mereka.

Kami mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan dan kami percaya adik Faris berjaya juga mampu berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah.

 

Di bawah ialah video Tuan Syaifuddin berkongsi pengalaman beliau sebagai bapa kepada anak istimewa ini bersama Puan Nurwahidah dari CMN Academy.

[Tuisyen Di Rumah] Daripada Tidak Tahu Cakap Bahasa Melayu Akhirnya Cemerlang Dalam Peperiksaan

Apa yang dimaksudkan dengan ‘boring kepada bosan’??

Bukan sama je ke maksud?

Betul memang sama maksudnya, kami ingin berkongsi kisah yang diceritakan oleh salah seorang Tutor CMN Academy, Cikgu Isa, mengenai seorang pelajar beliau Home Tuition beliau.

Menurut Cikgu Isa, pelajar tersebut merupakan seorang yang berbangsa India yang kurang pandai untuk bercakap dalam Bahasa Melayu. Beliau bernama Jayrohan yang berumur 9 tahun, Tahun 3 serta mempunyai seorang adik bernama Lathikha yang berumur 7 tahun.

Seperti yang diceritakan oleh Cikgu Isa..

Semasa saya mendapat tahu bahawa saya telah mendapat seorang pelajar untuk mengajar dari pihak pengurusan CMN Academy, saya telah menghubungi Puan Leena Mark iaitu ibu kepada mereka untuk memberitahu dan memperkenalkan diri saya ialah tutor yang akan mengajar anaknya.

Ibunya meminta saya mengajar anaknya Bahasa Melayu kerana dikatakan anaknya semasa di sekolah tidak mempunyai kawan dan setiap kali anaknya pulang ke rumah selepas sekolah anaknya akan menyebut “Mom,  I’m boring at school” dan saya sebagai tutor berasa kasihan dan berazam ingin membantu adik Jayrohan untuk belajar Bahasa Melayu dan menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Pada hari Sabtu saya telah datang ke rumahnya untuk mengajar Bahasa Melayu dengan semangat yang berkobar-kobar :), sebelum saya mulakan kelas saya, saya gunakan Teknik ‘Melting The Ice’ dan dapat tahu bahawa anaknya suka melukis.

Ada apa dengan suka melukis? Sebagai seorang tutor saya akan mengajar anak murid saya dengan perkara yang mereka minat, dengan itu lebih mudah untuk mereka faham dan seronok dengan apa yang kita ingin sampaikan.

Selepas itu, saya membeli kertas lukisan dan menyuruh Jayrohan melukis kenderaan di laut dan mengajarnya secara ringkas kaitannya dengan Bahasa Melayu sebelum saya memasuki topik dalam subjek Bahasa Melayu.

Dalam masa 4 bulan anaknya berasa sangat gembira kerana dapat bercakap Bahasa Melayu walaupun kurang fasih berbahasa lagi. Saya juga tumpang gembira kerana berjaya mendidik seorang pelajar yang sangat rajin dan mempunyai sikap suka belajar.

Selama 8 bulan saya mengajar adik Jayrohan dan banyak peningkatan yang saya lihat daripadanya kerana semangat ingin belajar ada dalam diri adik Jayrohan setiap kali sesi Home Tuition mahupun di luar sesi.

Di samping itu, saya jugak mempunyai masalah untuk membeli buku latihan untuk adik Jayrohan kerana dia mampu menyiapkan buku latihan yang sepatutnya dihabiskan dalam masa setahun tetapi adik Jayrohan mampu menyiapkan dalam masa sebulan sahaja.

Saya terpaksa pergi ke pelbagai kedai buku untuk mencari buku latihan yang tidak pernah dibuat lagi untuknya kerana kebanyakan buku telah digunakan oleh Jayrohan.

Dengan ini dapat kita lihat bagaimana sikap pelajar yang mahu dan ingin belajar, semangatnya sangatlah kuat dan tidak pernah berputus asa untuk belajar.

Semasa di sekolah adik Jayrohan juga rajin belajar tetapi kurang dapat perhatian daripada kawan-kawan kerana tidak boleh untuk bercakap Bahasa Melayu, tetapi selepas adik Jayrohan boleh bercakap Bahasa Melayu ramai kawan-kawannya yang mula berkawan dengannya dan mahu belajar English pula dengan beliau :)

Akhir sekali, sebelum Jayrohan akan menghadapi peperiksaan akhir di sekolah, saya memberi nasihat yang ringkas kepadanya dan memberi tips untuk menjawab kertas Bahasa Melayu.

Selepas peperiksaan, Jayrohan berkata dengan ibunya yang dia dapat menjawab soalan itu dengan mudah dan senang. Saya pula yang terkejut apabila mendengar Jayrohan berkata begitu :)

Semasa hari keputusan peperiksaan diumumkan, saya mendapat tahu bahawa Jayrohan mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat A+ dalam Penulisan dan Pemahaman!

Saya sungguh bangga dengan keputusan Jayrohan dan pihak CMN Academy telah mengusahakan untuk memberikan Penghargaan ‘Special Mention’ kepada Jayrohan serta ibu beliau Puan Leena Mark.

Akhir kata, jangan pernah berputus asa untuk mencuba sesuatu dan selalu berusaha untuk mendapatkan kejayaan tanpa rasa jemu kerana setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Usaha selagi mampu dan insyallah kita akan dapat apa yang kita inginkan dengan mencari ilmu dan orang yang dapat membantu kita mencapai cita-cita dan impian.

Di sini saya ingin mengucapkan Taniah dan Terima Kasih kepada Puan Leena Mark kerana telah menggunakan perkhidmatan kami Home Tuition untuk mengajar anaknya dan mendapat keputusan yang amat berpuas hati. Kami di CMN Academy sentiasa mencuba memberikan yang terbaik kepada klien dan tutor kami.

Video ini merupakan  perkongsian Cikgu Isa bersama Puan Leena Mark dan maklum balas terhadap perkhidmatan Home Tuition Mentoring:

“YAKIN SEBELUM BERJAYA”

 

Untuk Download Ebook Soalan Percubaan UPSR untuk anak anda: