Posts

BELAJAR MATEMATIK DENGAN SERONOK

Boleh ke belajar Matematik in a fun way?

Best ke subjek Matematik ni?

Jawapannya ialah Ya!

 

Kita boleh belajar subjek Matematik dengan seronok dan tak cepat bosan.

Nak tahu macam mana?

 

Haa.. berikut merupakan beberapa tips macam mana nak menjadikan subjek Matematik ni lebih seronok

 

#1 Belajar melalui nota bergambar

  • Melalui nota bergambar, anak-anak akan lebih mudah ingat
  • Anak-anak menjadi lebih faham konsep-konsep asas Matematik

 

#2 Belajar melalui video

  • Ramai pelajar sekarang sangat suka melihat video.
  • Sebenarnya belajar Matematik juga boleh melalui video, pilih saja yang sesuai & menarik.
  • Anak-anak boleh fahami konsep & soalan dengan video yang boleh ditonton berulang kali

 

#3 Kuiz interaktif/ kaedah “game”

  • Pendekatan seperti ini lebih sesuai dan dekat dengan jiwa anak-anak kerana mereka akan lebih seronok dengan cara pembelajaran secara fun learning
  • Dengan kuiz interaktif atau “game” ini, anak-anak tidak akan rasa terpaksa dan mula menerbitkan rasa seronok ketika menyelesaikan soalan Matematik

 

Dengan tip di atas, anak-anak akan lebih mudah faham untuk menyelesaikan soalan Matematik dan akan rasa lebih seronok untuk mempelajari subjek ini.

Ia juga dapat membantu anak-anak untuk memahami soalan Matematik dengan lebih jelas terutamanya apabila learning tools yang  digunakan adalah menyeronokkan seperti nota visual, gambar dan juga solusi yang menunjukkan penyelesaian “step by step” dalam bentuk video.

 

Nak anak anda ‘bijak’ & kuasai Matematik?

Di CMN Academy, kami menggunakan pelbagai kaedah dan disesuaikan dengan pelajar untuk memberikan impak lebih berkesan dan menyeluruh dalam membantu pelajar lebih faham dan seronok untuk belajar.

 

Jom kami bantu anak-anak anda!

Kami sediakan Tuisyen & pelbagai Modul untuk bantu mereka.

KLIK DI SINI untuk info lanjut

 

Anak Saya Tak Minat Matematik. Apa Boleh Saya Buat?

Anak-anak anda tak minat matematik?

Tak faham konsep dan asas matematik?

Malas nak buat homework matematik?

Tak pernah lulus subjek matematik?

Zero knowledge subjek matematik?

 

Jika semua persoalan ini ada pada anak anda, InshaAllah kami ada penyelesaiannya.

 

Tinggal beberapa hari lagi cuti persekolahan akan bermula.

Pendaftaran masih dibuka. Tempat adalah terhad.

Minta share info ni kepada rakan-rakan dan saudara mara yang memerlukan ye. 😊

Tiada Lagi Derita Dalam Mempelajari Matematik….

WHAT’S IN THIS BOOK?!

Tajuk RUANG menggunakan tema BIRTHDAY…

Selamat sejahtera tuan dan puan, hari ini menceritakan mengenai “RUANG” menggunakan tema birthday. Apakah itu?? Untuk pengetahuan anda semua kita akan membincangkan tentang 2D & 3D, adakah ia bermaksud 2 demensi atau 3 demensi? ia sebernya ada 2 ukuran untuk 2D iaitu panjang & lebar, untuk 3D pula mempunyai 3 ukuran iaitu panjang, lebar & tinggi.

Seterusnya, kita akan mempelajari tentang “LUAS” untuk setiap soalan 2D & 3D, contohnya untuk soalan 2D dia akan memberi soalan untuk kita mengira lebar dan panjang sahaja, manakala untuk 3D akan mengira tentang isu padu.

Terdapat banyak lagi contoh-contoh mengenai “RUANG”.

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai 2D & 3D boleh tekan video di atas:-

 

 

Mudahnya Subjek Matematik..

 

Selamat sejahtera tuan dan puan, adakah matematik ini susah? panjang ke jalan pengiraan dia? takda teknik yang lebih mudah? kenapa guru semua gunakan konsep yang sama??

Matematik merupakan subjek kira kira yang bermaksud 1 soalan mempunyai 1000 jawapan, maksudnya apa? ia bermaksud untuk satu soalan matematik kita mempunyai 1000 cara untuk selesaikan dan akan mendapat jawapan yang berbeza-beza. Di sini kami ingin memberi tahu bahawa matematik adalah subjek yang mudah untuk mendapat A+ sekiranya pelajar sekolah tahu dan faham formula, cara mengira dan bentuk soalan tersebut.

Video di bawah menunjukan cara mengira dengan meggunakan konsep “Swip-Swap” apakah yang di maksudkan dengan konsep tersebut? ia ada di dalam Modul Funtastic? ia ada dan kami hanya menunjukan sedikit sahaja cara pembelajaran yang ada di dalam Modul Funtastic tersebut.

Untuk mengetahui cara pengiraan “Swip-Swap” sila tekan link dan lihat video di bawah :-

 

 

 

“Discount Is Fun!”

Teknik belajar Matematik cara mudah dan menyeronokkan dalam Topik: Peratus & Perpuluhan. Di dalam topic ini kami juga menerangkan mengenai 4C, apakah itu 4C??

Untuk pengetahuan tuan dan puan 4C bermaksud Communication, Collaboration, Critical & Creativity.

Dalam 4 ini mempunyai maksud yang berbeza dan mempunyai skill yang berbeza untuk mempelajari matematik untuk topik peratus & perpuluhan.

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai 4C boleh lihat video di bawah :-

 

 

 

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai Modul Funtastic….

Modul Funtastic Sains & Matematik yang telah memenangi Anugerah Inovasi dalam Pendidikan

 

Info lanjut di: Modul Sains & Matematik merangsang daya kreativiti pelajar

 

Untuk hubungi kami boleh tekan link di bawah :-

 

 

 

 

Dimanakah Terletaknya Keindahan Matematik?

Semoga sedikit Perkongsian daripada Slide Slide ini dapat membantu anda Menjawab Soalan Soalan yang difikirkan oleh Upin dan Ipin.

Slide ini sebenarnya adalah mukadimah kepada sesi yang akan berlangsung kelak di Bulan Mac 2019.

Bolehkah tiga nombor Integer yang berturutan memberikan hasil jumlah 100. Kenapa?

Bagaimana soalan ini boleh diselesaikan menggunakan Bar Model (sesuai untuk murid sekolah rendah) atau Persamaan Linear (sesuai untuk pelajar sekolah menengah)

Bagaimana Gambarajah Bar Model boleh diolah membentuk persamaan linear?

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada mereka yang mempelajari Matematik atau pun yang minat dengan matematik.

 

 

 

[LIVE] Belajar Matematik Menggunakan Teknik Visual ‘Jubin Algebra’

Teknik Jubin Algebra?

Dengan menggunakan teknik belajar secara fun learning dapat memudahkan pelajar belajar dan faham dengan lebih mudah dan cepat 😃

Melalui teknik ini bersama Tutor Rajinder, beliau menggunakan alat bantu mengajar berbentuk segi empat sama untuk memudahkan pelajar, contohnya garis panjang di segi empat sama ialah positif manakala pendek adalah negatif.

Selain itu, anda juga boleh melihat teknik jubin tersebut melalui platform digital. Dalam video ini juga ada menunjukkan slide tentang  teknik tersebut.

Tutor Rajinder telah menunjukan cara untuk mempelajari menggunakan Teknik Jubin Algebra dengan lebih mudah dan menyeronokkan serta mudah difahami bersama Cikgu Isa.

Jemput tonton video tersebut di bawah :-

 

Ini adalah contoh cara mengajar pelajar menggunakan Teknik Jubin Algebra. Teknik ini merupakan Pembelajaran ‘fun learning’ dan pelajar mudah untuk faham topik seperti integer dengan lebih mudah.

Pelajar tersebut (Faris 9 tahun) dapat belajar dengan baik dan memberikan maklum balas yang baik dengan Teknik Jubin Algebra.

Boleh klik video di bawah untuk melihat pelajar tersebut belajar bersama Tutor Rajinder 😃

Great Visual Math Technique by Sir Rajinder Singh 👍😀👍

Posted by Mohd Noor Mohd Tahir on Thursday, February 7, 2019

Ingin mendapatkan Modul Pembelajaran secara aktiviti dan ‘hands on’?

Kami juga ingin berikan salah satu topik di dalam Modul Funtastic Matematik secara PERCUMA

Boleh klik link disini:
http://bit.ly/freefuntasticmathmodule

Teknik Yang Memudahkan Matematik [Tuisyen Di Rumah]

Apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan soalan Matematik?

Bolehkah kita menunjukkan jalan kerja sahaja dan kemudiannya mendedahkan pelajar kepada latihan tubi semata mata?

Adalah latihan tubi serta teknik menjawab sudah memadai untuk menyediakan pelajar?

Adakah kita mengajar Pelajar untuk Solve Problem sahaja ataupun kita menyediakan Pelajar dengan Problem Solving Skills?#

Soalan UPSR 2017.

Bagaimanakah Soalan ini boleh diselesaikan tanpa menggunakan Kaedah Algebra bagi Peringkat Murid Sekolah Rendah?

Apakah Kaitannya Neraca yang seimbang dengan persamaan Matematik?

Persamaan Matematik boleh diterangkan dengan mudah apabila Analogi Neraca Yang Seimbang digunakan.

Apakah yang membuatkan sesuatu persamaan itu seimbang?

Bagaimana Persamaan yang seimbang itu boleh dikaitkan dengan menggunakan Neraca?

 

Apakah yang membuatkan sesuatu neraca itu seimbang?

Ada berapa kaedah atau cara untuk membuatkan sesuatu neraca itu seimbang?

Bagaimanakah Neraca yang seimbang itu boleh di wakilkan menggunakan Bar Model?

Apakah perubahan yang boleh diperhatikan terhadap Bar Model tersebut?

Bagaimanakah Bar Model tersebut membantu anda?

Apakah yang tersurat dan tersirat didalam Rajah Bar Model tersebut?

Apakah yang dapat Pelajar rumuskan daripada Rajah ini?

Jumlah jisim lima biji bola tersebut bersamaan dengan berapa?

Bagaimana Jisim setiap biji boleh tersebut dapat di hitung?

Apakah operasi yang terlibat?

Mengapakah Operasi itu yang dipilih?



Bar Model merupakan Kaedah yang terbaik untuk mendedahkan Pelajar terhadap Algebra.

Apakah kaitannya, persamaan atau perbezaan nya antara Bar Model Method dan Algebra Method?

Berikut Merupakan Soalan Dari Singapura untuk pelajar Darjah 2.

Yer, murid murid di usia muda, telah didedahkan soalan seperti ini.

Soalan Murid Darjah 2 dari Singapura.

 



Buku ini boleh didapati daripada Popular BookStore ataupun MPH.

Sumber: Tutor Rajinder Singh

 

SANGAT RUGI jika anak-anak tidak tahu dan tidak hafal lapan basic asas ini terutama jika mereka berada di tahun 4,5 dan 6.

Pagi ini aku akan kongsi dengan kalian 8 nota yang SANGAT PENTING dan patut anak-anak hafal dan ingat.

Masa cuti sekolah masih berbaki lagi. Tolong, tolong dan tolong minta anak-anak hafal dan ingat semua formula ini ya!

Ramai calon walau dah di tahun enam masih tidak hafal dan ingat formula penting ini menyebabkan ramai yang gagal Matematik atau tidak dapat keputusan yang baik.

PERTAMA.

Penukaran unit asas seperti 1kg = 1000g,
1liter = 1000 ml, 1km = 1000m, 1m = 100cm, 1cm = 10mm, 1 alaf = 1000 tahun,
1 abad = 100 tahun, 1 dekad = 10 tahun,
1 tahun = 12 bulan, 1 minggu = 7 hari,
1 hari = 24 jam, 1 jam = 60 minit dan
1 minit = 60 saat.

Ini basic asas yang murid sepatutnya hafal dan ingat sejak mereka di tahun empat lagi.

 

KEDUA

Hubungan antara Pecahan, Perpuluhan, Peratus, nombor bulat dan unit-unit asas.

SANGAT banyak soalan peperiksaan yang keluar berkaitan dengan unit asas ini. Ini antara perkara yang paling aku tekanan setiap kali mengajar Matematik.

Rujuk gambar pertama itu. Itulah jadual perkaitan yang sangat PERLU DIHAFAL. Contoh soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan adalah seperti berikut :

“Ibu menggunakan 1/8kg tepung untuk membuat sebiji kek. Berapa jisim tepung dalam gram yang digunakan untuk membuat 12 biji kek?”

Jika murid tidak menghafal 1/8kg itu bersama an 125 gram, langkah pengiraan yang memakan masa terpaksa murid lakukan sedangkan jika yang dah hafal jadual ini, mereka hanya perlu darabkan 125g x 12. Terus dapat jawapan. Kecuaian juga banyak dapat di elakkan.

KETIGA

Asas Bentuk 2D dan Bentuk 3D. Topik ini memerlukan murid ingat bilangan sisi lurus, sisi melengkung, bucu, paksi simetri, sudut cakah, tepi, permukaan melengkung dan permukaan rata.

KEEMPAT

Formula asas untuk perimeter, formula luas segi empat dan segi tiga serta formula mencari isipadu.

Masih ramai murid gagal menghafal formula ringkas ini. Ini menyebabkan mereka gagal mendapat markah sedangkan topik ini antara topik hot dalam peperiksaan dan mudah mendapatkan markah.

 

KELIMA

Nisbah dan kadaran. Jika keluar soalan Nisbah dalam peperiksaan, ia umpama markah percuma buat murid-murid. Pastikan anak-anak faham dan ingat topik bonus ini ya!

KEENAM

Pengurusan Data pula memerlukan murid faham dan ingat formula untuk tentukan Julat, Min, Median dan Mod.

Masih ramai murid keliru formula mencari Julat, min, median dan mod. Topik ini juga biasa keluar dalam peperiksaan.

KETUJUH

Kebolehjadian. Topik ini juga seolah ingin memberi markah percuma kepada murid kerana sangat senang. Namun… Tetap juga ada murid yang salah akibat tidak memahami formula asas ini. Ruginya! :'(

Dalam topik ini, murid hanya perlu ingat dan faham 5 perkara sahaja iaitu :

1) Mustahil
2) Besar Kemungkinan
3) Kecil Kemungkinan
4) Sama Kemungkinan
5) Pasti

KELAPAN

Koordinat. Satu lagi topik mudah yang ramai murid dapat cari markah bagi yang kuasai. Dalam topik ini, paling penting murid faham bacaan koordinat bermula dengan paksi X baru baca paksi Y.

Juga penting dalam menulis jawapan dengan betul. Tanda koma dan kurungan WAJIB tulis. Jika tidak, markah terbang melayan begitu sahaja. Ini contoh yang salah dan betul :

3,5 = ❌
(3 5) = ❌
(3,5) = ✔️

Cukuplah dahulu perkongsian aku kali ini. Banyak lagi perlu di jelaskan secara lebih detail sebenarnya, namun ini antara nota yang kalian perlu ambil berat.

Kongsikan nota penting ini dengan kawan-kawan dan saudara mara yang ada anak di tahun 4,5 dan 6 juga. Biar mereka pun pastikan anak-anak mereka hafal dan ingat setiap formula asas ini.

Kita nak berjaya, jangan seorang-seorang sahaja. Heret bersamalah sanak saudara dan kawan-kawan sekali ya!

Aku juga sering berkongsi Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa di Telegram aku :

t.me/MohdFadliSalleh

 

Untuk Download Ebook Soalan Percubaan UPSR untuk anak anda: