Posts

Masalah Lambat Mengira: SAYA TAK TAHU CONGAK, CIKGU.

HARI ini Cikgu terpanggil untuk berbicara tentang subjek Matematik. Hasil dari pemerhatian kepada 3 orang Murid Tahun 6 yang telah Cikgu ajarkan Matematik dalam minggu ini, Cikgu dapati jelas kelemahan yang utama murid-murid ini gagal untuk mendapat markah yang baik dalam kertas Peperiksaan Matematik adalah kerana lambat mengira atau TIDAK TAHU CONGAK.

Congak ialah satu kaedah pengiraan yang hanya menggunakan otak manusia, tanpa bantuan kalkulator, komputer, atau pen dan kertas. Kita sering mendengar orang berkata, “I just did it in my head,” apabila menceritakan bagaimana proses pengiraan dilakukan. Inilah yang disebut pengiraan mental atau Congak.

Secara praktikalnya, congak bukan sahaja membantu apabila tiada alat pengiraan, tetapi ia juga membantu dalam keadaan pengiraan cepat mesti dilakukan. Apabila sesuatu kaedah dibuat dengan lebih pantas dari kaedah konvensional (seperti yang diajar di sekolah), ia dipanggil kaedah pendek. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan pengiraan, Congak juga dipraktikkan dan ditambah dengan helah-helah untuk menunjukkan kemahiran pengiraan pantas.

Terdapat banyak teknik berbeza untuk melakukan congak, kebanyakannya adalah khusus untuk jenis-jenis masalahnya.

 

MENGAPA MASIH TIDAK TAHU CONGAK?

  1. TIDAK SUKA MENGIRA MENGGUNA OTAK

Sesetengah Murid yang cikgu perhatikan tidak mahu mengira dengan otak… Mereka lebih suka menggunakan jari atau kalkulator… Fungsi Otak disimpan untuk membuat perkara yang lain yang tidak mendatangkan faedah. Tak percaya cuba tanya anak anda 25 – 7 berapa ? Anda akan mula melihat jari-jari bergerak mengira nombor yang dalam beberapa saat Anda dah dapat jawapannya 18..

  1. TIDAK DIBIASAKAN MENCONGAK

Kebanyakan guru tidak mahu anak murid membuat silap semasa menjawab soalan… Ada salah seorang murid yang cikgu ajar memberitahu cikgunya mengajar mengira menggunakan garis-garis kecil untuk menambah dan menolak…

Perkara ini memberi ruang pada anak murid ini tidak menggunakan kemampuannya mengira atau berlatih mengira menggunakan otak.. Langkah mengira menggunakan garis-garis kecil lebih mudah baginya berbanding perlu membuat pengiraan mental atau CONGAK.

  1. TIDAK SERONOK MENGIRA

Zaman Cikgu kecil dahulu bila dapat jawab soalan congak guru dengan cepat adalah satu kebanggaan.. Tapi zaman sekarang perkara itu sudah tidak dibanggakan oleh murid-murid lagi… Mereka lebih berbangga mempunyai Folowwer Instagram yang lebih ramai..

Ibu bapa pula tak ambil kisah dengan perkembangan ini menyebabkan kelemahan ini semakin ketara apabila meningkat usia.. Maka lahirlah generasi yang tidak seronok mengira…

  1. MALAS MENGIRA

Ini penyakit yang paling sukar nak ubati. Ada murid yang cikgu dapati nak mengira pon dia malas.. Kalau boleh dia nak jawapan tu datang sendiri je.. tak perlu mengira..

Keadaan ini menyebabkan masalah lemah Matematik ini tetap tidak dapat diselesaikan walaupon telah memasuki Sek Menengah.. Sebagai murid anda perlu menghadapi masalah ini, anda perlu berubah menjadi yang lebih baik dan selaku Ibu bapa galakan anda amat diperlukan untuk membangkitkan RAJIN MENGIRA dalam diri anak anda.

 

BAGAIMANA UNTUK MENCONGAK?

Contoh seperti gambar di atas, untuk memudahkan anak – anak mencongak 2 nombor, boleh menggunakan kaedah seperti ini.

Manakala untuk mencongak dari segi masa pulak, anak – anak boleh menggunakan teknik diatas bagi memudahkan mereka untuk mencongak dalam mengira masa.

MENGAPA ANAK PERLU CONGAK?

  • Untuk meransang OTAK anak cekap mengira.
  • Kaedah congak antara kaedah terbaik melatih otak dan kecerdasan anak-anak.
  • Masih ramai murid tahap dua (Tahun 4-6) membuka jari untuk mengira 6+8, 18+5 ( hasil tambah yang nilainya lebih dari 10). Terpaksa membuka jari bermaksud mereka kena kira satu-satu. Lambat!
  • Matematik itu berkait rapat dengan ketepatan dan ketangkasan (cepat). Tepat dan cepat!
  • Ramai murid gagal menjawab semua soalan dalam peperiksaan BUKAN KERANA mereka tak dapat jawab, tetapi kerana MEREKA LAMBAT MENGIRA.
  • Jadi, biasakan diri soal anak soalan mudah setiap hari.
  • Tidak perlu suruh mereka tulis dan kira dalam buku pun, cukup hanya dengan mereka jawab spontan sahaja.

Credit : Fb – Personal Home Tuition Cikgu Shahrul | Blog – azimatmate.blogspot.com

MODUL MATEMATIK SUPER

Sedikit perkongsian daripada Master Halim, berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pensyarah di UPSI dan juga merupakan trainer Maths menggunakan modul MATEMATIK SUPER.

Menurut beliau, belajar matematik bukan perkara yang mudah. Beliau juga dahulu tidak suka dengan mata pelajaran matematik, tetapi apabila memasuki universiti beliau merasakan matematik itu amat menyeronokkan untuk dipelajari. Mungkin terdapat sesetengah pelajar sekolah yang tidak suka dengan nombor, atau pelajar yang susah untuk faham formula? dengan matematik super yang di ajar oleh Master Halim boleh memberi peningkatan kepada pelajar sekolah yang lemah dalam subjek matematik.

HUMAN CALCULATOR? HOW TO BE THE HUMAN CALCULATOR..?

Untuk Modul Funtastic Matematik yang dihasilkan oleh CMN Academy amat baik dan disokong oleh Master Halim kerana untuk memberi pelajar sekolah rendah minat dan faham matematik. Sekiranya pelajar sekolah rendah tidak minat dan faham matematik pada zaman sekolah rendah bagai mana pelajar tersebut akan mempelajari matematik di zaman sekolah menegah? yang lebih mencabar dan soalan yang susah? Di sebabkan itu ibu bapa mahupun guru sekolah rendah harus memberi pelajar sekolah rendah faham dan minat dengan pengiraan.

Akhir sekali, untuk matematik bukan sahaja digunakan semasa belajar matematik, tetapi ilmu matematik amat di perlu kan di luar sana, semua kerja di luar sana menggunakan matematik dan pengiraan.

Di bawah video Master Halim bersama Coach Mohd Noor menceritakan “MODUL MATEMATIK SUPER”

Human Calculator? How To Be The Human Calculator..?

Macam mana nak jadi pandai dalam matematik?

Selamat sejahtera tuan dan puan, adakah matematik ini susah? panjang ke jalan pengiraan dia? takda teknik yang lebih mudah? kenapa guru semua gunakan konsep yang sama??

Matematik merupakan subjek kira kira yang bermaksud 1 soalan mempunyai 1000 jawapan, maksudnya apa? ia bermaksud untuk satu soalan matematik kita mempunyai 1000 cara untuk selesaikan dan akan mendapat jawapan yang berbeza-beza. Di sini kami ingin memberi tahu bahawa matematik adalah subjek yang mudah untuk mendapat A+ sekiranya pelajar sekolah tahu dan faham formula, cara mengira dan bentuk soalan tersebut.

Video di bawah menunjukan cara mengira dengan meggunakan konsep “Swip-Swap” apakah yang di maksudkan dengan konsep tersebut? ia ada di dalam Modul Funtastic? ia ada dan kami hanya menunjukan sedikit sahaja cara pembelajaran yang ada di dalam Modul Funtastic tersebut.

PELAJAR DAH TAK MINAT MATEMATIK? KENAPA?

Cikgu Zaijuhasriza, cikgu merupakan seorang yang megajar matematik dengan mudah. Beliau menggunakan pelbagai teknik untuk menjawab soalan dan memberikan tips dengan mudah. Dalam matematik merupakan banyak halangan bagi pelajar kerana mempunyai formula yang susah untuk di fahami.

Cikgu Zaijuhasriza mengajar cara untuk menghafal dan mudah faham dalam sifir dan bahagi. Dalam abad pembelajaran ke 21 menggunakan soalan KBKK ataupun KBAT. yang membuatkan pelajar tidak faham dan keliru.

 

Video di bawah menunjukan cara yang mudah untuk pelajar sekolah rendah UPSR yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi:-

 

 

 

Pelajar Dah Tak Minat Matematik? Kenapa?

 

“Weh macam mana nak dapat jawapan untuk soalan nie? aku lupa lah cara cikgu tu ajar…”

Kata-kata yang sering di sebut oleh pelajar sekolah apabila belajar Matematik, kenapa?

Adalah kerana pelajar sekolah tidak dapat faham cara yang di ajar oleh cikgu tersebut? ataupun pelajaran Matematik ini susah?

Image result for math

Sebenarnya matematik ini sangat mudah untuk faham sekiranya formula dan melakukan latihan.

Hal ini kerana, Matematik ialah subjek yang berkait, sekiranya kita lupa satu topik dia akan memberi kesan kepada kita.

Cikgu sekolah juga mempunyai ciri-ciri tersendiri dan mereka mempuyai formula tersendiri. Pelajar sekolah haruslah memberi tumpuan yang penuh semasa dalam kelas kerana sekiranya terlepas cara pengiraan mahupun formula ia akan membuat pelajar susah untuk faham sesuatu topik.

“Cikgu! saya dapat jawapan lain lah..”
“Cikgu kenapa saya kira tak dapat?”

Kenapa pelajar begitu? cikgu sekolah mahupun cikgu tuisyen perlu mengajar pelajar mereka satu persatu kerana terdapat beberapa subjek matematik yang perlukan pengiraan yang panjang dan memerlukan formula. Cikgu diberikan khusus untuk matematik dan cara mengajar matematik dengan lebih mudah.

Image result for math

8 NOTA EMAS MATEMATIK YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TAHUN 4, 5, 6

“…Saya tak suka Matamatik la cikgu, bosan…”

Apabila berhadapan dengan pelajar seperti ini, kita faham apa yang pelajar rasa.

Jadikan sesi PdPc kita lebih mudah difahami dan MENARIK dan menggunakan kaedah 4C (communication, collaboration, creative, critical)

Kami kongsikan secara santai dalam page facebook CMN Academy.

Dalam live ini, Cikgu Isa telah menerangkan Activity-based learning daripada buku modul FUNTASTIC MATEMATIK.

Betapa mudahnya Matematik sebenarnya apabila kita menggunakan pendekatan menarik untuk membantu dalam pembelajaran seperti mana yang terdapat dalam Buku modul Matematik berasaskan kepada STEM.

Ini sangat membantu untuk mengembangkan minda dari segi pembelajaran yang berbentuk santai dan menarik. Ia menjadikan pelajar seronok untuk memamhami apa yang mereka pelajari.

Mungkin ada pelajar yang mendapati Matematik adalah sesuatu subjek “killer”. Sebenarnya tidak sekiranya kita belajar dalam keadaan yang  seronok dan juga ada bimbingan seperti guru, kawan atau tutor untuk mengajar kita apabila kita tidak faham apa yang sedang dipelajari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anak anak dan pelajar.