[Kisah Inspirasi] Autisme Bukan Halangan Untuk Pelajar Berjaya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan dan puan.
Kisah inspirasi ini menceritakan mengenai klien daripada CMN Academy yang telah lama bersama CMN Academy iaitu sejak 2015.
Beliau bernama Tuan Syaifuddin, yang mengambil perkhidmatan kami sejak 3 tahun yang lalu. Anak beliau mempunyai ‘mild autisme’ dan Tuan Syaifuddin berkata beliau mencari tutor yang sesuai untuk mengajar anaknya dan penyabar untuk mengajar anak beliau.
Alhamdulillah, anak beliau yang bernama Faris yang merupakan ‘mild autisme’ telah mengalami peningkatan dalam pembelajaran dan suka belajar bersama Cikgu Azeli.
Tuan Syaifuddin mencari CMN Academy di facebook dan beliau berkata bahawa untuk mendapatkan tutor yang sesuai adalah susah tetapi di CMN Academy dapat memberikan beliau seorang tutor yang boleh mengajar anak beliau yang memerlukan pendekatan istimewa walaupun syaifuddin berkali-kali tukar tutor kerana beliau akan bertanya dulu adakah tutor tersebut sanggup tak untuk mengajar anaknya yang mengalami mild autisme. Alhamdulillah Cikgu Azeli dapat mengajar Faris dengan baik sejak 2015.
Anak beliau darjah 4 dan akan menduduki UPSR lagi 2 tahun. Anaknya bercerita tentang cikgu beliau iaitu Cikgu Azeli yang telah bersama CMN semenjak 2013 lagi bahawa beliau seorang yang penyabar dan boleh ajar anak Tuan Syaifuddin dengan baik.
Akhir sekali, Tuan Syaifuddin mengucapkan terima kasih kerana dalam keadaan anaknya yang istimewa, agak sukar untuk mendapat seseorang yang sanggup untuk mengajar anaknya dan ibu bapa di luar sana boleh mencuba Home Tuition Mentoring dari CMN Academy untuk anak-anak mereka.
Kami mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan dan kami percaya adik Faris berjaya juga mampu berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah.
Di bawah ialah video Tuan Syaifuddin berkongsi pengalaman beliau sebagai bapa kepada anak istimewa ini bersama Puan Nurwahidah dari CMN Academy.