Posts

Pentaksiran Baru Bantu Guru Lahirkan Pelajar Cemerlang

Assalamualikum tuan dan puan

Seperti yang kita tahu bahwa tahun 1 2 dan 3 akan tertumpu kepada perkembangan pembelajaran serta tidak lagi peperiksaan. Tetapi ada pentaksiran alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.

Menteri pendidikan DR maszlee Malik telah menyatakan ibu bapa perlu menggalakkan anak anak untuk gemar atau lebih minat membaca dan sentiasa aktif untuk meneroka ilmu kerana anak anak ini lebih suka berseronok dan rilek dan juga mekanisma pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan sahaja tetapi juga merangkumi semua aspek seperti cara berdisplin, cara berpakaian, cara percakapan.

Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang dan tertumpu kepada perkembangan pelajar tahap 1 2 dam 3.

Ia dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.

Untuk itu,ibu bapa perlu menyokong anak anak untuk lebihkan beraktiviti terutama beriadah, bersenam dan jadikan itu seperti tabiat dan perkara itu membantu untuk memperkembangan anak anak dari segi mental dan emosi.

“yakin sebelum berjaya”

#cmnacademy

#kementerianpendidikanmalaysia

#cmneducationgroup

#pentaksiranpelajaran