Posts

Mudah Mengajar Anak Cepat Membaca

Tidak dinafikan, susah sebenarnya nak tahu apa teknik ajar anak cepat membaca. Tapi jangan bimbang, di sini kami sediakan tips tentang cara ajar anak membaca. Jom kita buat!

Tip #1 : Mula Seawal Mungkin

Untuk ajar anak membaca dengan cepat, anda perlulah menanam minat membaca dalam diri anak-anak seawal usia bayi. Walaupun tidak dapat membunyikan apa-apa huruf, mereka masih dapat memahami konsep membaca.

Ini dapat membiasakan mereka dengan buku, di samping membina hubungan kita dengannya.

Tip #2 : Bacakan Buku Kepada Mereka

Anak-anak umur 3 tahun ke atas dapat dibantu memahami coretan di atas kertas dan dapat difahami oleh mereka dengan membacakan perkataan-perkataan itu kepadanya.

Bacalah sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tambah masa apabila usia meningkat. Sasarkan sebanyak 3-4 buah buku sehari. Pastikan pilihan buku yang mendapat respon paling menceriakan. Libatkan mereka ketika membaca seperti menyelak muka surat.

Tip #3 : Baca Dengan Kefahaman

Salah satu cara ajar anak membaca dengan cepat adalah melalui jadikan tujuan membaca untuk kefahaman, bukan sekadar membunyikan perkataan.

Tanya soalan agar mereka dapat berinteraksi dengan buku dan membantu kefahamannya. Bagi bayi, tanya apa yang dapat dilihat dalam buku seperti: “Anisa nampak kucing?” sambil menuding gambar kucing.

Apabila meningkat usia, mintalah dia tunjukkan gambar-gambar dalam buku. Pada usia 2 atau 3 tahun, tanya soalan sebelum, semasa dan selepas buku dibaca.

Jika berkaitan dengan perasaan, tanyakan jika dia pernah merasakan perasaan itu. Tanyakan juga tentang gambar-gambar dalam buku seperti; “Eh besarnya rumah ini. Cantik tak Ahmad?

Tip #4 : Pilih Bahan Bacaan

Bahan bacaan amat penting dalam proses membaca. Berikan bahan bacaan yang sedikit mencabar tetapi mampu dibaca oleh anak-anak. Kita juga boleh memilih buku asas tulisan jawi bagi tambahan buku huruf dan buku Iqra’ bagi mengajar mereka mengaji.

Tip #5 : Gunakan Sebanyak Mungkin Deria

Anak-anak lebih mudah dan cepat belajar apabila ke semua derianya digunakan. Apabila menunjukkan minat terhadap huruf, jalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan derianya yang lain.

Libatkan bunyi-bunyian huruf sambil bertepuk tangan atau mengenal dan menggunting huruf-huruf daripada keratan akhbar. Kenalpasti aktiviti yang paling mereka gemari dan gunakannya selalu untuk pelajaran seterusnya.

Tip #7 : Jadilah Contoh Terbaik

Ingat pesanan ini:

“anak-anak yang teruja dengan buku akan luntur minatnya jika tidak melihat contoh di rumah.”

Pastikan kita masih membaca di hadapannya untuk beberapa minit sehari. Bacalah majalah, buku masakan, novel mahupun al-Qur’an.

Tunjukkan membaca adalah sesuatu yang juga dilakukan oleh orang dewasa. Bagi anak lelaki, pastikan bapa menjadi contoh. Kita sering terlupa mereka lebih mudah belajar melalui contoh. Jadi, ambillah bahan bacaan dan bacalah, demi anak-anak!

Tip #8 : Bersabar dan istiqamah

Apa jua kaedah, pastikan ia konsisten serta dilakukan dengan tenang dan ceria. Hindarkan tekanan terhadap anak-anak kerana ia juga akan menyebabkan kita tertekan.

Jika tiada perkembangan ketara, janganlah berputus asa. Teruskan mengajar anak-anak dalam 10 – 15 minit sehari-hari secara konsisten. Ini lebih berkesan daripada sesi 2 – 4 jam sehari kemudian berhenti beberapa hari. Kekalkan fokus kita kerana yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dan berkesan.

Berkesankah Online Tuition Ini?

 

Berkesan ke Online Tutoring ni?

Bersama Cikgu Amir Syazwan 😃

p/s: Untuk Free Trial Online Tuition di seluruh Malaysia whatsapp ‘FreeTrialOnlineTuition’ ke 011-157715761

https://www.facebook.com/tutorprofesionalmalaysia/videos/857984841055079/

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR DISLEKSIA

 

Pendekatan Secara Individu Pelajar disleksia adalah sangat penting bagi guru untuk memulakan dengan bercakap, mendengar dan memberi perhatian kepada murid mereka. Hal ini membolehkan guru lebih mengenali siapa murid mereka dan pada masa yang sama dapat membina kepercayaan dan keyakinan murid disleksia yang sering mempunyai estim kendiri yang rendah. Apabila murid berasa yakin, adalah mudah untuk guru membimbing dan memberi sokongan dalam proses pembelajaran mereka.

Terdapat pelbagai strategi pengajaran kanak-kanak disleksia di dalam bilik darjah. Tidak semua murid disleksia akan bertindak balas terhadap teknik yang sama, penting untuk guru-guru untuk mempelbagaikan teknik mengikut kesesuaian dan tahap kebolehan kanak-kanak tertentu

Disleksia terdapat dalam pelbagai variasi dan berbagai jenis. Sesetengah kanak-kanak disleksia sukar mengingat sesuatu perkara, sebaliknya ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang mempunyai kemampuan matematik yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah. Mereka ini memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru atau ibu bapa untuk membantu kanak-kanak disleksia. Antaranya ialah menggunakan Kaedah Multisensori. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria.

Kaedah pelbagai deria ini juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi:
V – visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K – kinesthetic (pergerakan )
T – tactile (sentuhan)

Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.

Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik. Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

⚤ Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan intervensi untuk menanganinya.

⚤ Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

⚤ Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.

⚤ Sentiasa sabar melayani kerenah mereka yang kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

⚤ Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa di tempat persekolahan anak.

⚤ Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

⚤ Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.

⚤ Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.

⚤ Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri.

⚤ Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian. Contohnya, bagus atau pandai.

Persediaan Awal, Pastikan kecemerlangan PPSR 2019

Pelbagai aspek persediaan perlu diambil kira bagi murid yang kali pertama menduduki peperiksaan besar. Tidak terkecuali calon yang bakal menduduki Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) tahun ini. Bukan sahaja membabitkan aspek prestasi akademik, tetapi juga mengambil kira pelbagai aspek lain seperti tahap kesihatan dan kerohanian.

 

Hari peperiksaan adalah tempoh waktu yang amat penting bagi pelajar-pelajar yang masih bersekolah atau mengikuti pengajian. Saat yang pasti dilalui oleh setiap orang daripada kita semua bukan? Oleh itu, murid – murid perlulah membuat persediaan awal dan sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan tersebut. Berikut adalah jadual peperiksaan :

Di samping pembelajaran ilmiah, terdapat faktor-faktor lain yang membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan tersebut.

Antara faktor tersebut ialah persediaan:
(a) mental
(b) emosi
(c) fizikal

Persediaan Mental
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Para pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan dan perlu dijauhi. Peperiksaan sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan, dan sebagainya. Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan penuh yakin. Selalulah berfikir secara positif dan berpandangan jauh. Katakan dalam diri kamu bahawa dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, kamu akan menggapai sebuah kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan keras kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hayatilah peribahasa ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan, tetapi jambatan menuju kebahagiaan. Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah.

Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam menjawab peperiksaan yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahajalah kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu. Janganlah sesekali membuat cubaan untuk menipu kerana sampai bila – bilapun kita akan berasa takut untuk mengetahui potensi diri kita yang sebenar!

Persediaan Emosi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Persediaan emosi amat penting dalam menghadapi peperiksaan. Gagal dan lulus seseorang pelajar sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi pelajar, sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung. Terdapat juga pelajar cemerlang yang tidak dapat mencapai matlamat kecemerlangan peperiksaan yang diimpikan kerana gangguan emosi. Perkara ini amat merugikan dan perlulah diatasi sebelum keadaaan menjadi semakin parah.

Gangguan emosi boleh berpunca daripada keretakan rumah tangga antara ibu dan bapa, kematian orang tersayang, pergaduhan dan sebagainya. Seandainya pelajar menghadapi masalah emosi, atasilah segera, jangan biarkan berlarutan. Jika kamu tidak dapat menyelesaikannya sendiri, maka carilah orang yang dipercayai dapat membantu seperti kaum keluarga iaitu abang, kakak, adik, ayah atau ibu. Jika di sekolah, pelajar boleh berkongsi sebarang masalah dengan guru kaunseling.

Kesediaan mereka mendengar adalah ubat yang paling mujarab walaupun ia tidak dapat mengubat penyakit emosi sepenuhnya. Biarlah kita dapat menghadapi peperiksaan terbesar ini dengan perasaan yang tenang kerana ianya dapat memudahkan dan menenangkan semasa menjawab soalan – soalan kelak. Jangan diseksa emosi mereka kerana mereka hanyalah insan yang lemah yang memerlukan kasih sayang sepenuhnya dari kita sebagai ahli keluarga.

Persediaan Fizikal
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Persediaan fizikal juga perlu bagi memastikan pelajar mencapai tahap persediaan emosi dan mental bagi menghadapi peperiksaan. Persediaan fizikal adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Pelajar perlu mempunyai tubuh badan yang sihat ketika menghadapi peperiksaan, juga ketika berada di sekolah. Tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu mental dan emosi pelajar, seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar.

Di samping memiliki tubuh badan yang sihat, kita juga hendaklah menjaga pemakanan serta mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting, lebih-lebih lagi ketika peperiksaan semakin hampir. Kurangnya tidur boleh mengganggu kesihatan fizikal, seterusnya mengganggu proses menjalani peperiksaan.

Murid yang berada di Tahun Enam 2018 perlu membuat persediaan awal agar tidak tercicir atau cemas di saat akhir melalui persediaan awal yang dilakukan. Calon PPSR 2019 boleh mengambil inisiatif S.E.D.I.A iaitu :

  • S untuk Sikap,
  • E (Energy/tenaga),
  • D (Doa),
  • I (Ilmu)
  • A (Akhlak).

 

Persediaan awal bukan sahaja untuk meraih keputusan cemerlang tapi dapat membentuk keperibadian positif melalui disiplin diri tidak kira dalam mengulang kaji atau aktiviti sosial harian seseorang calon PPSR 2019. Pembentukan keperibadian yang positif sejak kecil lagi nescaya boleh dibawa hingga ke dewasa kelak jikalau dipraktik dan diamalkan dari awal lagi.

Calon perlu sentiasa bersikap positif seperti jujur pada diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling bagi membentuk sahsiah terpuji seterusnya mengenal pasti kekuatan serta kelemahan diri. Selepas mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, beusahalah memperbaikinya. Bagi calon yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah masing-masing untuk mendapatkan nasihat atau panduan.

 

Hiperleksia – The Smart Kid Disorder?

 

Apa tu?

Hiperleksia adalah sejenis sindrom dikategorikan sebagai keupayaan kanak-kanak yang terlalu awal dipelajari dari usia yang sepatutnya. Maksudnya disini, anak anda mungkin telah mahir membaca seawal usia 3-4 tahun kerana kebiasaannya, kanak-kanak usia 5 tahun baru boleh membaca. Hiperleksia ini tergolong juga dalam kategori autisma-like sindrom. Akan tetapi, tidak semua kanak – kanak yang mampu membaca di usia yang awal itu mempunyai hiperleksia. Ia amat sukar sekali untuk mengenalpasti samada ianya adalah hiperleksia ataupun bertuah.

 

Ciri- Ciri Hiperleksian

Kanak-kanak hiperleksia mempunyai perwatakan yang menarik dan luar biasa dari kanak-kanak biasa. Antaranya adalah:

  • Mereka seringkali dikatakan mempunyai tahap IQ diatas paras sederhana!
  • Mereka juga mempunyai daya membaca melebihi kanak-kanak normal iaitu 1-2 tahun lebih awal mahir dalam kemahiran ini.
  • Mempunyai daya penghilatan dan ingatan yang memberangsangkan.
  • Mudah mengingati apa yang dilihat dan didengar walaupun tidak memberi tumpuan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut langsung tidak memberi kesan langsung terhadap daya memahami.

 

Masalah Yang Akan Dialami Oleh Hiperleksian

Namun begitu, meskipun banyak kelebihan yang terdapat pada kanak-kanak hiperleksia, mereka juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh mereka adalah:

  • Sukar untuk memahami dan menggunakan percakapan.
  • Susah berfikir di luar kotak.
  • Seorang yang belajar melalui visual.
  • Mengalami kesukarang menjawab soalan 5 wh (who, what, where, when, and why)
  • Seringkali mengulangi perkataan dan maksud yang sama tanpa memahami maksudnya.

Kanak-kanak hiperleksia mungkin juga mudah untuk mendapat ketidakbolehan yang lain seperti menguasai bahasa, komunikasi dan tingkah laku, dan juga bukan lisan. Mereka juga mungkin akan terkesan dengan penyakit-penyakit yang jauh lagi kronik seperti kemurungan/tertekan.

 

Langkah-Langkah Bagi Menangani Masalah Ini

Sebagai ibu bapa yang prihatin lagi cakna terhadap anak-anak, kita seharusnya memastikan memberi perhatian yang terbaik buat anak-anak agar masalah-masalah disorder seperti ini dapat diatasi. Antaranya adalah dengan :

  • Menggalakkan anak-anak menguasai dan membelajar bahasa dan juga sosial skill.
  • Memastikan anak-anak memahami bahasa lisan dengan lebih tepat.
  • Menunjukkan contoh yang baik dalam adab percakapan.
  • Menerangkan tentang sesuatu perkara dalam kaedah yang mudah difahami.

‘Kanak-kanak Hiperleksia ini akan terus membaca, membaca dan juga membaca. Kerana itulah, kita harus menggalakkan mereka, menulis dan terus menulis’ Susan Martins Miller.

Modul Funtastic Mengikut Cara Pembelajaran Abad Ke 21?

Bersama Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Shamsazila Binti Saaban.

Beliau ingin berkongsi tentang halatuju pendidikan Malaysia serta review tentang Modul Funtastic STEM.

“Saya amat tertarik dengan Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik kerana buku ini menceritakan dengan ringkas tentang Fizik, sebab buku lain semua tebal dan harus menghafal formula,tetapi modul ini dapat banyak informasi dan video dan juga animasi, ini adalah permulaan dan perubahan untuk fun learning dan kita tidak mahu pelajar stress dalam belajar”

Dr Shamsazila Binti Saaban

“Modul Funtastic Science dan Matematik untuk sekolah rendah, menunjukan modul yang amat menarik ya dan perlu berikan kepada guru sekolah untuk lebih meluas, belum banyak lagi modul yang seperti ini. Kalau kita lihat modul ini banyak mengikut STEM jugak dan mengikut pembelajaran ke abad 21. Modul ini banyak cara pembelajaran dan Fun learning, banyak permainan dan teknik yang mudah untuk di fahami.”  

Selain itu, Modul Funtasic untuk Sains & Matematik pula, Dr Shamsazila Binti Saaban berkata bahawa buku Funtastic untuk pelajar sekolah rendah amat lah digalakan dan disebarkan di setiap sekolah kerana buku tersebut banyak memberi cara yang ringkas dan mudah untuk pelajar sekolah rendah mengenai Matematik dan Sains.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Shamsazila Binti Saaban kerana sudi meluangkan masa memberi feedback mengenai buku Modul Funtastic kami dan mengalakan kami untuk menjual di setiap sekolah kerana buku ini dapat memberi pelajar sekolah belajar dengan fun learning dan mudah untuk difahami.  Kami mendoakan supaya Dr Shamsazila Binti Saaban dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) maju dan dapat mencapai matlamat yang ingin dicapai oleh IPG sebagai peneraju dalam bidang pendidikan guru di Malaysia.

 

Untuk tahu lebih lanjut tentang perkongsian beliau boleh ikuti video di bawah.

 

Untuk info lebih lanjut mengenai Modul Funtastic boleh KLIK ini: Funtastic Sains & Matematik

 

 

5 Tips Yang Meningkatkan Pembelajaran Anak Anda..

5 Tip Bantu Anak Belajar Di Rumah Dengan Berkesan.

Ibu bapa pasti risau jika keputusan anak tidak seperti yang diharapkan, apatah lagi bagi subjek teras. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan besar malahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal Tahun 1 lagi.

Ini penting untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan seterusnya menyebabkan mereka merasa rendah diri dengan rakan-rakan sebaya mereka.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hal ini berlaku sama ada disebabkan oleh faktor dalaman dari anak itu sendiri, kesibukan ibu bapa, faktor dari sekolah dan sebagainya.

Bagi ibu bapa prihatin yang tertanya-tanya apakah tip yang boleh digunakan untuk membantu  anak belajar di rumah secara berkesan supaya keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal, disenaraikan tip seperti di bawah untuk membantu anda samada sebelum, semasa atau selepas.

  • Sediakan Tempat Belajar Yang Selesa

Ibu bapa perlu menyediakan tempat yang spesifik untuk anak-anak belajar. Ambil satu ruang yang bila mana mereka ingin belajar mereka tahu mereka perlu ke ruangan tersebut. Lengkapkan segala keperluan seperti meja dan kerusi yang selesa.

Pastikan juga ruangan yang disediakan mempunyai persekitaran yang selesa dan sesuai contohnya jauh dari gangguan seperti televisyen dan sebagainya.

Sediakan keperluan yang cukup untuk mereka di ruangan tersebut seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya.

Jika anda golongan berkemampuan sediakan gajet yang sesuai yang boleh anak anda gunakan untuk proses pembelajaran.

Ini untuk mengelakkan anak-anak bosan semasa belajar dengan satu kaedah sahaja. Sediakan juga makan dan minum yang sesuai untuk mereka agar oksigen mengalir dengan baik semasa mereka belajar.

  • Sediakan Jadual dan Masa Belajar

Kita perlu tetapkan masa untuk anak kita belajar, sebaiknya adakan perbincangan bersama anak semasa merancang jadual ini, agar anak merasa kebersamaan dalam hal ini.

Ini juga agar mereka tidak merasa jadual dan masa yang disediakan adalah satu paksaan bagi mereka dan sebagai persediaan untuk kita membantu anak-anak lebih bersedia dengan waktu yang dipersetujui bersama.

Sentiasa ingatkan mereka tentangnya dan sebaiknya ditampal di tempat yang mereka boleh nampaknya dengan jelas.

  • Hadkan Masa Belajar

Manusia mempunyai daya fokus yang sangat terhad, apatah lagi jika anak-anak kita yang sudah seharian penat dengan aktiviti harian di sekolah. Otak yang penat tidak dapat menyerap apa-apa maklumat.

Pastikan masa belajar mereka sesuai dengan karakter mereka. setiap anak mempunyai sikap yang berbeza.

Ibu bapa perlu kenal pasti kelebihan dan kekurangan anak masing-masing. Namun pastikan masa yang ditetapkan tidak terlalu lama.

Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.

Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.

Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.

Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.

  • Temani Anak Belajar

Yang terbaik bagi membantu anak-anak adalah menemani mereka dan membantu mereka setakat yang kita mampu semasa mereka belajar. Pastinya semasa kita dipersekolahan dulu ada tip-tip yang boleh kita kongsikan dengan anak-anak.

Ini akan menyebabkan mereka tidak merasakan proses belajar adalah satu perjalanan yang sunyi bagi mereka. Sentiasa beri kata-kata semangat bagi memastikan mereka terus bermotivasi belajar di rumah malahan di sekolah juga. 

Alangkah baiknya juga jika ibu bapa mengetahui bagaimana berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sesuai.

Jika anda menemani anak perempuan pastikan anda duduk berhadapan dengan mereka dan sentiasa memandang mereka. Manakala bagi anak lelaki pula sebaiknya anda duduk bersebelahan.

Ini kerana sifat semulajadi anak lelaki dan perempuan berbeza penerimaannya.

  • Sediakan Penghargaan Selepas Belajar

 

Manusia amat gembira apabila diberi penghargaan. Kata-kata yang baik juga adalah penghargaan. Perasaan gembira yang mereka rasa akan menjadi satu perangsang untuk mereka terus belajar.

Jadikan proses belajar di rumah adalah satu perkara yang menggembirakan bagi anak-anak, bukan satu hal yang dianggap sebagai satu paksaan bagi mereka.

Kebanyakkan dari ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak namun cara yang dipilih menyebabkan anak-anak tertekan dan hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan malahan ia menjadi kenangan pahit yang tidak mahu dikenangi oleh anak-anak.

Jika anda ibu bapa yang bekerja atau kebetulan mempunyai tekanan tertentu pada waktu selepas mereka belajar dan anda tidak mampu mengucapkan kata-kata yang baik pada waktu berkenaan, elakkan dari mengucapkan sesuatu yang mengguris hati anak-anak.

Anda juga boleh memberi ganjaran dengan menghadiahi sesuatu yang mereka sukai dan sebagainya bergantung kepada kemampuan ibu bapa sendiri.

Yakin Sebelum Berjaya 😃

 

5 Jenis Jenis Makanan Yang Dapat Meningkatkan IQ Untuk Si Anak

Setiap makanan mempunyai kebaikan dan manfaat untuk tubuh badan kita, tetapi pernahkah terpikir bahwa ada makanan yang dapat meningkatkan iq atau otak kita. Menurut kajian Sains mengatakan otak memerlukan makanan yang memberi impact kepada otak.

 Contoh 5 makanan yang sudah mendapat kajian untuk meningkatkan IQ untuk si anak :

  1. Telur

Telur adalah makanan yang memiliki kandungan protein yang tinggi dan juga pada kuning telur boleh meningkatkan daya ingatan.

  • Mentega Kacang

Kacang memiliki kandungan vitamin E dan dapat melindungi sel saraf pada otak. Pada masa yang sama vitamin E juga memberi tenaga bagi otak.

  • Tomato

Tomato dapat mencerdaskan otak kerana ada zat yang di mana apa warna merah tomato tersebut.

  • Sayuran hijau

Sayuran hijau mempunyai zat besi dan nutrisi yang penting bagi otak dan dapat meningkatkan daya ingat serta kemampuan belajar.

  • Ikan Salmon

Ikan Salmon memiliki impak positif terhadap perkembangan otak kerana kandungan lemak omega 3 yang tinggi.

Ini adalah contoh makanan yang dapat meningkatkan atau memperkembangkan otak si anak. Semoga informasi ini dapat menjadikan sumber makanan untuk si anak dan juga jadikan dapat meningkatkan prestasi anak di sekolah

“yakin sebelum berjaya”