Posts

[UPDATE] 10 Rahsia Penting Kertas 2 Sains UPSR 2019

Hari ini Cikgu Shahrul ingin kongsikan RAHSIA PENTING Kertas 2 Sains UPSR yang sepatutnya sudah TIDAK MENJADI RAHSIA kepada semua calon-calon UPSR 2019.

Namun masih ada murid yang tidak tahu atau terlupa perkara asas ini sebelum menjawab soalan-soalan kertas 2 Sains… Semoga perkongsian ini berguna kepada guru dan murid-murid yang membacanya…

 

1. FAKTA SAINS DARI TAHUN 3 KE TAHUN 6 PERLU DIHAFAL

Mengikut kiraan Cikgu dari kertas 2 Sains UPSR dari Tahun 2016 hingga 2019 terdapat jumlah yang berbeza bagi soalan Fakta bagi setiap tahun. Data soalan Fakta adalah seperti berikut:-

⌘ UPSR 2016 – 26 Markah Soalan Fakta
⌘ UPSR 2017 – 22 Markah Soalan Fakta
⌘ UPSR 2018 – 22 Markah Soalan Fakta

2. PEMBOLEH UBAH TERDIRI DARI 3 IAITU:

 

3. TUJUAN PENYIASATAN INGAT “UMHD” PM dengan PB

✎ U – untuk
✎ M – menyiasat
✎ H – hubungan
✎ D – diantara

✎ PM – Pemboleh ubah diManipulasi
✎ PB – Pemboleh ubah Bergerakbalas

g. CONTOH : Untuk Menyiasat Hubungan Diantara bilangan sel kering dengan kecerahan mentol.

✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.

✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali

✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

 

 

4. PEMERHATIAN MESTI DIMULAKAN DENGAN “PB”

✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.

✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali

✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

 

 

 

5. INFERENS PERLU ADA ‘KERANA’

⚑ JIKA TIDAK ADA PEMERHATIAN DALAM SOALAN PERLU DIMULAKAN DENGAN PEMERHATIAN
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu paling besar berbanding kolam ikan yang lain KERANA ikan dalam kolam pak abu mendapat makanan yang paling banyak

⚑ JIKA PEMERHATIAN TELAH DIBERIKAN DALAM SOALAN TERUS JAWAB ‘KERANA’
CONTOH: KERANA ikan pak abu kurang persaingan untuk mendapatkan makanan dan ruang

⚑ INFERENS BOLEH RUJUK PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI

 

 

 

6. CORAK ATAU POLA PERUBAHAN CUMA ADA 3 JENIS JAWAPAN

⚑ BERTAMBAH (meningkat/menaik) – ditulis apabila nombor atau pola semakin membesar

⚑ BERKURANG (menurun) – ditulis apabila nombor atau pola semakin mengecil

⚑ SAMA (mendatar) – ditulis apabila nombor atau pola tidak berubah

 

 

 

7. MERAMAL ADALAH BERDASARKAN POLA ATAU FAKTA SAINS

 JIKA berdasarkan pola, perlu buat garis nombor
CONTOH : 2, 4, 6, 8, 10, X jadi X adalah 12

 JIKA berdasar fakta, Perlu fikir logik dan berdasarkan fakta
CONTOH : ramalkan apa yang akan berlaku jika Bumi di kedudukan Utarid? Jawapan: Semua hidupan akan mati

 

 

8. HIPOTESIS ATAU HUBUNGAN guna kaedah ‘H’

 Jika PM dan PB mempunyai pola guna Semakin… Semakin

CONTOH : Semakin ▍(POLA) ▍ PM
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
Semakin ▍(POLA) ▍ PB

Semakin Bertambah bilangan mentol
Semakin berkurang kecerahan nyalaan mentol

 

 Jika PM dan PB tidak mempunyai pola guna Jika… Maka

CONTOH : Jika ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)

Jika jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

 

9. KESIMPULAN juga guna kaedah ‘H’

 Jika PM dan PB mempunyai pola guna Apabila… maka

CONTOH : Apabila ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)

Apabila bilangan mentol Bertambah
maka kecerahan nyalaan mentol Berkurang

Apabila jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

 Kesimpulan juga boleh menggunakan inferens sebagai KESIMPULAN UMUM

CONTOH: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

10. Jadual dan Carta Perlu betul kedudukan PM dan PB

 Jadual PM di kiri PB di kanan atau PM di atas PB di bawah

 

 Graf atau carta palang PM di bawah PB diatas

 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua para pembaca dan dapat memberi input yang berguna kepada calon-calon UPSR 2019..

 

Ingin dibantu untuk menghadapi Sains UPSR?

 

Video Bengkel Sains Kertas 2 Cikgu Shahrul Secara Online

 

[PERHATIAN KEPADA IBU BAPA & PENDIDIK] RAHSIA CEMERLANG SAINS UPSR KERTAS 2 KINI DIBONGKARKAN!

SAINS adalah salah satu Subjek Teras UPSR.
Kebiasaannya pelajar alami isu dalam nak jawab & cemerlang Kertas 2.

Kenapa?

Sebab Kertas 1 ada pilihan jawapan, tapi Kertas 2… ianya berbentuk subjektif.
Jadi pelajar perlu lebih faham & ingat untuk ‘tackle’ soalan tersebut.

ADAKAH ANDA :

👉 BUNTU TIAP KALI ANAK ANDA TIDAK FAHAM UNTUK MENJAWAB SAINS UPSR KERTAS 2??!

👉 SERING MENDENGAR KELUHAN ANAK ANDA TIDAK FAHAM KEHENDAK SOALAN??

👉 MEMPUNYAI ANAK YANG GAGAL MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM MATA PELAJARAN SAINS UPSR?

👉 TAHU ANAK ANDA MASIH TIDAK FAHAM SKEMA PERMARKAHAN JAWAPAN?

JANGAN BIMBANG… JANGAN GUSAR

KINI…CIKGU SHAHRUL (Pengalaman 15 tahun sebagai Guru Sains KPM) dengan usahasama bersama CMN ACADEMY telah berjaya mengadakan sesi kelas online yang julung-julung kalinya dihasilkan!!

Video yang berdurasi selama 2 jam ini mampu membantu pemahaman anak anda dan memberi gambaran yang lebih jelas betapa anak anda mampu menjawab soalan sains kertas 2 dengan mudah dan dapat memberi info terbaik untuk persediaan Anak anda menghadapi UPSR.. Insya Allah

Bagaimana dengan ANDA??
ingin turut sama memiliki video tersebut??

CARA DAPATKAN VIDEO RECORDING SAINS UPSR KERTAS 2

Follow Step di Bawah :

1) Pergi ke website digylearn.cmnacademy.com

2) Pilih course Bengkel Online Sains UPSR Kertas 2-Cikgu Shahrul

3) Pilih Add To Cart

4) Login jika dah ada account,

5) Jika belum, pilih Register Now dan tekan button Sign Up

6) Pilih View Cart dan tekan Proceed To Checkout

7) Isi Billing Detail.

8 ) Tekan Place Order

9) Tekan http://www.wasap.my/60132230180/DonePlace untuk approve permintaan anda untuk ke Course berkenaan.

10) Dah approved, masuk balik course tersebut dan pilih ruangan ‘Curiculum’

11) Boleh play video dan DONE.

Terima Kasih 🙂

Semoga kejayaan milik anak anda!!

 

Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 3 : Soalan UPSR Sains Kertas 2

Pelbagai masalah timbul semasa menjawab soalan sains terutamanya semasa menjawab Soalan Sains Kertas 2.

Salah satu punca ialah murid lupa apa yang telah dipelajari semasa di Tahun 3.

Alasan yang sama, ” LUPALAH CIKGU, DAH LAMA TAK BELAJAR TAJUK NI”, berikut merupakan Nota dan Latihan Sains dalam Sains Kertas 2 .

Semoga bermanfaat kepada guru dan murid-murid..

Tajuk Sains Tahun ⓷

🐧 Haiwan 🐧
📢 Magnet 📢
🛀 Penyerapan 🛀

🐣 Haiwan 🐣

Ciri-ciri Haiwan Berdasarkan:-

🐑 Litupan Badan– Bersisik, Berbulu, Bulu Pelepah

🐐 Anggota Badan– Tanduk, Cangkerang, Paruh, Belalai,

🐼Tabiat Makan– Herbivor, Karnivor, Omnivor

🐣 Cara Membiak– Bertelur, Melahirkan Anak

🐸 Habitat– Di Darat, Di Air, Di Darat Dan Air

🐯 Kegigian Haiwan

Herbivor (Kacip, Geraham),

Karnivor (Taring),

Omnivor (Kacip, Taring, Geraham)

📍 Magnet 📍

Image result for magnet

 Bentuk Magnet: (BIAR YOU CUBIT BANYAK LAGI SAYANG) Magnet Bar, Magnet U, Magnet Cincin, Magnet Butang, Magnet Ladam, Magnet Silinder

 Kutub Magnet: Dua Kutub, Utara ☞ Selatan, Magnet Sama Kutub ☞ Menolak (USSU, SUUS), Magnet Tidak Sama Kutub ☞ Menarik (SUSU, USUS)

 Bahan Magnet: Bahan Diperbuat Dari Besi, Bahan Yang Dapat Ditarik Oleh Magnet

 Bahan Bukan Magnet: Bahan Tidak Boleh Ditarik Oleh Magnet, Diperbuat dari bahan selain besi.

 Kekuatan Magnet: Bergantung pada Saiz Magnet, Kuat pada Bahagian Kutubnya: Magnet Hilang Kekuatan ☞ Ketuk, Panas, Jatuh

 Kegunaan Magnet: Kompas, Tanda Nama, Peti Sejuk, Pembesar suara, Penutup Beg Tangan

 

💧 Penyerapan 💧

🌊 Serap Air – Bahan Yang Boleh Menyerap Air.
Contoh- Span Tuala, Tisu muka

 Kalis Air – Bahan Yang Tidak Boleh Menyerap Air.
Contoh- Plastik, Kaca, Payung

💦 Keupayaan Menyerap Air – Span ☞ Banyak,
Tisu ☞ Sedikit

 Kegunaan – Serap Air dan Kalis Air–

Image result for tisu lap muka

Tisu ☞ Menyerap Peluh Di Muka,

Related image
Payung ☞ Lindung Diri Dari Hujan

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid mengingat dan Menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR tidak lama lagi.

Sains Kertas 2 UPSR Topik Mikroorganisma

Mengukuh Fakta Soalan Sains Kertas 2 UPSR: MIKROORGANISMA

Setelah diteliti salah satu tajuk yang tidak pernah disoal lagi dalam Soalan Sains Kertas 2 UPSR adalah tajuk MIKROORGANISMA. (Tahun 6) Cikgu akan permudahkan fakta-fakta yang perlu diingat oleh pelajar bagi tajuk MIKROORGANISMA…

 

Anda diizinkan berkongsi nota berikut bersama para pelajar.. Jika ada tersalah mohon maafkan kekhilafan Cikgu yer…

☣ Definisi MIKROORGANISMA

📝 Hidupan Seni Yang Tidak Dapat Dilihat Dengan Mata Kasar.

☤ Jenis-Jenis MIKROORGANISMA ➛ Fani Beli Proton Alza Viva

📝 Fani ➛ Fungi
📝 Beli ➛ Bakteria
📝 Proton ➛ Protozoa
📝 Alza ➛ Alga
📝 Viva ➛ Virus ;

☛ MIKROORGANISMA menjalankan proses hidup

📝 berNAFAS
📝 berGERAK
📝 berTUMBUH

❅ Faktor Pertumbuhan MIKROORGANISMA ➩ S.U.K.A.N

📝 S ➩ Suhu yang sesuai
📝 U ➩ Udara yang cukup
📝 K ➩ Keasidan yang sesuai
📝 A ➩ Air atau kelembapan yang sesuai
📝 N ➩ Nutrien

☃ Keburukan MIKROORGANISMA

📝 Kerosakan makanan
📝 Pereputan gigi
📝 Wabak penyakit
📝 Keracunan makanan

✌ Kegunaan MIKROORGANISMA

📝 Pembuatan makanan
📝 Penghasilan Antibiotik dan Vaksin
📝 Penguraian dan Pereputan bahan Organik
📝 Rawatan sisa Kumbahan
📝 Penghasilan baja Organik

♚ Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit Berjangkit

📝 Mencuci tangan sebelum Makan
📝 Tidak berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain
📝 Kuarantin Pesakit penyakit Berjangkit
📝 Penyediaan Makanan yang Bersih
📝 Memasak air Minuman

♛ Amalan Harian Mencegah Penyakit Berjangkit

📝 Mencuci tangan
📝 Tutup makanan supaya tidak dihingapi lalat
📝 Mandi mengunakan sabun atau antiseptik
📝 Tutup Hidung dan mulut
📝 Elakkan mendekati Pesakit penyakit berjangkit

~~
Cikgu harapkan dengan penerangan fakta-fakta ini dapat membantu murid-murid mengingati tajuk MIKROORGANISMA dengan lebih baik dan tepat… Cikgu juga sediakan beberapa soalan Kertas 2 Sains berdasarkan tajuk Mikroorganisma untuk latihan murid-murid… Semoga bermanfaat…

Untuk info lanjut berkaitan Home Tuition UPSR, boleh whatsapp ‘Home Tuition UPSR ke 0132006840’