Posts

Kekangan Waktu Menyebabkan Keputusan Adik Syabil Tidak Memberangsangkan, Namun Apa Yang Terjadi Sebaliknya…

Baru-baru ini, Kami melawat ke rumah Puan Salina di Taman Mutiara, Puchong. Anaknya bernama Muhammad Syabil Azeem juga mesra dipanggil adik Syabil. Sebelum ini, adik Syabil menghadiri kelas tuition di sekolah kebangsaannya pada setiap hari sabtu dan ahad pada waktu pagi dan petang. Pada waktu malam pula, Syabil mengambil kelas mengaji.  Puan Salina tidak mahu menghantarnya ke pusat tuition atau mengambil mana-mana perkhidmatan home tuition buat masa itu kerana tidak tahu memberikan tekanan kepada Syabil.

 

Tetapi, keputusan Puan Salina dan suaminya berubah apabila tiada penambahbaikan dalam keputusan peperiksaan kerana Syabil tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana jadual yang padat disebabkan kelas tuition di sekolahnya. Pada waktu malam pula adik Syabil menghabiskan masanya dengan hanya menyiapkan kerja sekolahnya. Risau dengan keputusan Syabil dan masa peperiksaan UPSR yang semakin hampir, beliau terus mencari home tuition di facebook dan CMN Academy adalah dalam salah satu senarai di cariannya. Puan Salina tergerak hati untuk mengambil perkhidmatan home tuition kami dengan mengambil subjek Matematik. Alhamdulillah Puan Salina dan adik Syabil dijodohkan dengan Cikgu Seriyana yang sangat membantu adik Syabil dalam pembelajarannya. Puan Salina sangat berpuas hati selepas melihat kesungguhan Cikgu Seriyana untuk mengajar adik Syabil. Terdapat banyak kemajuan dalam pembelajaran Syabil selepas diajar oleh Cikgu Seriyana.

 

Pada pemerhatian Cikgu Seriyana, Syabil mempunyai kekangan dalam melakukan latihan kerana jadual waktu yang agak padat. Jadi, ketika sesi home tuition, Cikgu Seriyana sering memberikan soalan-soalan ramalan subjek Matematik. Lama kelamaan adik Syabil semakin mahir dan memahami dengan soalan-soalan yang dilakukan dan boleh menjawab soalan tersebut tanpa bantuan Cikgu Seriyana.  Dari segi soalan penyelesaian pula, Cikgu Seriyana memberikan tips-tips untuk menjawab soalan tersebut. Salah satunya ialah adik Syabil harus memahami dahulu kehendak soalan tersebut dan baru dia dapat menjawab apa yang di mahukan oleh soalan itu.

 

Alhamdulillah selepas menjawab kertas peperiksaan Matematik baru-baru ini, adik Syabil mengatakan bahawa soalan yang diberikan agak senang untuk dijawab. InsyaAllah kami harapkan keputusan peperiksaan tersebut dapat membalas setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh Cikgu Seriyana dan adik Syabil.

Oleh itu, kami mendoakan kejayaan kepada adik Syabil dalam keputusan peperiksaannya. Semoga berjaya adik Syabil!

 

 

 

 

Pelajar mengalami Dyslexia, Macam mana Cikgu Tarik Minatnya?

Alhamdulillah, kami telah berpeluang melawat seorang pelanggan kami iaitu Puan Nora Ali, bersama anaknya Sharmine Hani di Nusaputra, Puchong. Puan Nora Ali dapat tahu mengenai home tuition ini melalui seorang rakannya yang  juga mengambil perkhidmatan home tuition kami.

 

Anaknya, Sharmine di diagnosed sebagai dyslexics. Jadi anaknya memerlukan seorang tutor yang banyak bersabar untuk mengajar sesuatu perkara berulang-ulang kali kerana fokus Sharmine agak kurang dan ingatannya juga cepat lupa.

Sebelum ini, Puan Nora pernah menghantar Sharmine ke pusat tuisyen untuk meningkatkan kemahirannya dalam membaca tetapi, lama-kelamaan fokusnya semakin berkurangan kerana Sharmine cepat lupa apa yang dipelajari dan terdapat ramai pelajar di pusat tuisyen tersebut menyebabkan guru tidak boleh hanya fokus kepada Sharmine seorang sahaja. Jadi Puan Nora membuat keputusan untuk mengambil home tuition.

 

Alhamdulillah… Puan Nora dijodohkan bersama dengan Cikgu Zaiju untuk mengajar Sharmine subjek Matematik dan Sains Darjah 5. Sebelum kelas bermula, Cikgu Zaiju sering membuat revision untuk membantu Sharmine mengingati apa yang sudah dipelajari di kelas-kelas yang lepas. Cikgu Zaiju sangat passionate dalam mengajar Sharmine, kerana Cikgu Zaiju sering melakukan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat Sharmine untuk belajar.


Selepas beberapa bulan home tuition bersama Cikgu Zaiju, Sharmine mula menunjukkan minatnya dalam pembelajaran. Sharmine sudah mula untuk bertanya jika ada perkara tidak difahami, dan di sekolah terdapat perubahan positif dalam report card Sharmine yang membuatkan Puan Nora berasa lega kerana Sharmine sudah mula catch up dalam pembelajaran.

 

Pada pendapat Puan Nora, kelebihan home tuition kepada beliau ialah masa yang fleksible kerana jika beliau menghantar Sharmine ke pusat tuisyen, masa untuk menghantar dan mengambil sudah terbuang banyak. Dengan home tuition, Puan Nora dapat menjimatkan masa dengan hanya menunggu cikgu datang ke rumah. Selain itu, pembelajaran Sharmine juga dapat ditingkatkan kerana cikgu hanya fokuskan kepada Sharmine seorang sahaja.


Oleh itu, kami mendoakan kejayaannya dan semoga adik Sharmine sentiasa menunjukkan minatnya dalam pembelajaran. Semoga akan ada peningkatan yang berterusan pada masa akan datang.

Selamat berjaya adik Sharmine!