Posts

Kekangan Waktu Menyebabkan Keputusan Adik Syabil Tidak Memberangsangkan, Namun Apa Yang Terjadi Sebaliknya…

Baru-baru ini, Kami melawat ke rumah Puan Salina di Taman Mutiara, Puchong. Anaknya bernama Muhammad Syabil Azeem juga mesra dipanggil adik Syabil. Sebelum ini, adik Syabil menghadiri kelas tuition di sekolah kebangsaannya pada setiap hari sabtu dan ahad pada waktu pagi dan petang. Pada waktu malam pula, Syabil mengambil kelas mengaji.  Puan Salina tidak mahu menghantarnya ke pusat tuition atau mengambil mana-mana perkhidmatan home tuition buat masa itu kerana tidak tahu memberikan tekanan kepada Syabil.

 

Tetapi, keputusan Puan Salina dan suaminya berubah apabila tiada penambahbaikan dalam keputusan peperiksaan kerana Syabil tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana jadual yang padat disebabkan kelas tuition di sekolahnya. Pada waktu malam pula adik Syabil menghabiskan masanya dengan hanya menyiapkan kerja sekolahnya. Risau dengan keputusan Syabil dan masa peperiksaan UPSR yang semakin hampir, beliau terus mencari home tuition di facebook dan CMN Academy adalah dalam salah satu senarai di cariannya. Puan Salina tergerak hati untuk mengambil perkhidmatan home tuition kami dengan mengambil subjek Matematik. Alhamdulillah Puan Salina dan adik Syabil dijodohkan dengan Cikgu Seriyana yang sangat membantu adik Syabil dalam pembelajarannya. Puan Salina sangat berpuas hati selepas melihat kesungguhan Cikgu Seriyana untuk mengajar adik Syabil. Terdapat banyak kemajuan dalam pembelajaran Syabil selepas diajar oleh Cikgu Seriyana.

 

Pada pemerhatian Cikgu Seriyana, Syabil mempunyai kekangan dalam melakukan latihan kerana jadual waktu yang agak padat. Jadi, ketika sesi home tuition, Cikgu Seriyana sering memberikan soalan-soalan ramalan subjek Matematik. Lama kelamaan adik Syabil semakin mahir dan memahami dengan soalan-soalan yang dilakukan dan boleh menjawab soalan tersebut tanpa bantuan Cikgu Seriyana.  Dari segi soalan penyelesaian pula, Cikgu Seriyana memberikan tips-tips untuk menjawab soalan tersebut. Salah satunya ialah adik Syabil harus memahami dahulu kehendak soalan tersebut dan baru dia dapat menjawab apa yang di mahukan oleh soalan itu.

 

Alhamdulillah selepas menjawab kertas peperiksaan Matematik baru-baru ini, adik Syabil mengatakan bahawa soalan yang diberikan agak senang untuk dijawab. InsyaAllah kami harapkan keputusan peperiksaan tersebut dapat membalas setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh Cikgu Seriyana dan adik Syabil.

Oleh itu, kami mendoakan kejayaan kepada adik Syabil dalam keputusan peperiksaannya. Semoga berjaya adik Syabil!

 

 

 

 

Peningkatan Dalam Keputusan Peperiksaan Adik Addeen Yang Membanggakan

Hai, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kami meneruskan perjalanan kami melawat pelajar-pelajar yang mempunyai peningkatan dalam pembelajaran mereka. Pada kali ini kami melawat ke rumah Puan Nurulaf’idah, ibu kepada adik Addeen di Taman Saujana Impian, Kajang. Addeen akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun hadapan. Jadi sebagai persediaan awal, ibunya mengambil home tuition subjek Matematik dan Sains untuk anaknya.

 

Puan Nurulaf’idah mengetahui berkenaan dengan home tuition ini melalui Facebook, dan telah menggunakan perkhidmatan home tuition kami dari Addeen berada di Darjah 5 hingga berada di Tingkatan 2 iaitu sehingga sekarang. Sebelum ini, Puan Nurulaf’idah pernah menghantar Addeen ke pusat tuition. Tetapi, pusat tuition tersebut menggabungkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Disebabkan pelajar Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PT3, jadi guru lebih memberikan fokus dan penekanan untuk mereka. Di sekolah pula, Addeen tidak terlalu fokus disebabkan oleh gangguan rakan-rakannya.

 

Jadi, Puan Nurulaf’idah lebih suka Addeen belajar di rumah supaya dia lebih fokus tanpa ada apa-apa gangguan yang boleh memberi kesan kepada pembelajarannya. Beliau juga berkata, antara kelebihan pembelajaran secara one to one adalah cikgu dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dan boleh membantu memperbaiki serta mengatasinya dengan cara yang tersendiri.

 

Cikgu Ashil sering melakukan latih tubi yang berterusan dalam subjek Matematik dan Sains kerana kelemahan Addeen ialah dia kurang melakukan latihan. Cikgu juga menyediakan video cara jalan penyelesaian dalam subjek-subjek yang diajar supaya Addeen dapat merujuk kepada video tersebut ketika berada di luar masa home tuition. Jadi ini sangat membantu dalam pembelajaran Addeen.

 

Alhamdulillah… adik Addeen menunjukkan peningkatan dalam subjek Matematik. Dari gagal, adik Addeen berjaya mendapat B dalam peperiksaan pertengahan tahun. Adik Adden juga sudah boleh membuat latihan sendiri tanpa terlalu bergantung semata-mata kepada cikgu.

 

Diucapkan selamat berjaya kepada adik Addeen dalam peperiksaan akan datang terutamanya dalam peperiksaan PT3 yang akan diduduki pada tahun hadapan.