Posts

Adakah mendengar muzik ketika belajar menjadi satu kesalahan?

Seringkali kita mendapati bahawa terdapat segelintir orang lebih suka untuk mendengar muzik ketika belajar. Ramai yang menganggap bahawa ia mampu untuk meningkatkan daya fokus sesesorang dengan lebih mantap. Terdapat juga desas-desus mengatakan bahawa belajar sambil mendengar muzik dapat meningkatkan skill otak dimana ia membenarkan otak kita untuk melakukan apa-apa tugasan dari yang mudah hinggalah yang […]

Bengkel ‘Hands On’ STEM Untuk Sekolah

STEM ialah Pembelajaran yang telah dimulakan di negara maju seperti UK, US & Jepun.

Apa itu STEM?

Jemput tonton video ini 🙂

Ia adalah teknik mendidik pelajar dalam empat disiplin tertentu – SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK.

  

 

Tahukah anda lagi bahawa…

+ Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-2 iaitu menekankan tentang STEM.

+ Menurut Kementerian Pendidikan, Malaysia memerlukan 270,000 pelajar SPM yang mengambil STEM setiap tahun berbanding 90,000 sekarang.

+ Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi subjek STEM dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini.

+ Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM. Dijangkakan, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM.

Apa yang pentingnya STEM ni?

STEM membina dan mengajar kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran hidup, kebijaksanaan, kepintaran, kesabaran, rasa ingin tahu. STEM adalah apa yang membentuk masa depan kerana dunia kita berkembang dan perubahan.

Anda tahu… dengan mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran anak atau pelajar anda, boleh melahirkan seorang inventor atau seorang yang kreatif dan inovatif dalam apa jua kerjaya mereka

Menurut Portal Free Malaysia Today, Malaysia memerlukan 270, 000 Pelajar SPM yang mengambil STEM (Science Technology Engineering Maths) setiap tahun berbanding 90 000 pelajar sekarang ini.

Dalam usaha memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah rendah, mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi diperkenalkan.  Melalui mata pelajaran ini murid akan mempelajari  proses mereka bentuk  melalui penggunaan teknologi yang secara tidak langsung dapat membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.

Manakala di peringkat Menengah Atas pula,  beberapa mata pelajaran Elektif Ikhtisas yang berasaskan STEM iaitu Asas Kelestarian, Sains Sukan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Rekacipta, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer  dan Grafik Komunikasi Teknikal ditawarkan.

Di samping itu mata pelajaran berasaskan Kejuruteraan juga diperkenalkan di Sekolah Menengah Teknik.  Penawaran mata pelajaran elektif berasaskan STEM peringkat menengah atas adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada haluan kerjaya dan seterusnya menanam bakat serta menarik minat kepada kursus berasaskan STEM di peringkat yang lebih tinggi.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.  Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Bagi kurikulum mata pelajaran sains dan matematik pula unsur aplikasi harian dan teknologi dalam kandungan, pentaksiran dan pendekatan telah dimuatkan dalam KSSM dan KSSR.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan kerja projek bagi menarik minat murid serta pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Murid didedahkan dengan perkara/isu konteksual dalam kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan mahu pun global. Dengan demikian murid dapat mencari maklumat dan menggunakan design thinking dan computational thinking dalam menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

Ini merupakan Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 bersama Guru Sains & Matematik di bawah PPD Rompin.

Antara kandungan bengkel termasuk:

  1. Beyond Expectation Mindsetting
  2. Pembelajaran Abad Ke-21
  3. Teknik Pembelajaran ‘Problem-Solving’
  4. Project-based Learning
  5. STEM
  6. Digital Learning

Sebenarnya Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah sesuatu yang baru.
Seorang pendidik atau tutor yang berfikiran jauh dan sudah menempuh alam persekolahan dan pekerjaan pasti pernah bertanya kepada diri sendiri…
 
1.Apakah kita masih ingat kebanyakan daripada apa yang telah dipelajari dalam setiap subjek di sekolah, kolej atau universiti?
 
2. Apakah yang dipelajari itu relevan dengan bidang kerjaya dan realiti kehidupan kini?
 
Disebabkan itu Pembelajaran Abad Ke-21 akan menjadi relevan apabila seseorang pendidik itu berusaha untuk menjawab 2 soalan itu tadi.
 
Jadi apa kaitan STEM dengan Pembelajaran Abad Ke-21?
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Dari segi pelaksanaan di sekolah memang masih terdapat kekurangan kerana para guru juga terbeban dengan pelbagai tugasan serta perubahan kurikulum yang agak mendadak.
Namun, ia sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk jangka masa panjang ia bagus untuk menyediakan seseorang pelajar menghadapi realiti dan kerjaya masa hadapan.
Di samping itu, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM ini. Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM ini.
Justeru itu CMN Academy telah mencipta Modul Funtastic Sains , Matematik yang berasakan kepada Modul STEM dan mengikuti silibus KSSR.

CMN Academy telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya.

Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia.

Selain itu, Modul Funtastic menerima 2 Silver Award di ‘Teachers Innovation Carnival’ (T-NOVATE 2018) di UIA dan EDUINNOVATION 2018 di UKM selain menerima pujian semasa pembentangan bersama PPD & JPN semasa pembentangan di Seminar Antarabangsa Pendidikan (ProSET) di Unisel.

Industri pendidikan masih lagi kurang bahan bantu mengajar yang bercirikan Fun Learning dan mempunyai elemen STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik).

Combo Funtastic Sains & Matematik membawakan cara pendidikan lebih terkini & menyeronokkan, berdasarkan silibus pendidikan terkini.

“Modul Funtastic ini perlu diperluaskan kepada guru-guru sekolah bagi membantu mereka mengaplikasikan STEM Dalam pembelajaran yang mengikut KSSR & KSSM.”

Prof Dato’ Dr Noraini, Chairman National STEM Movement.

 

Modul ini telah dibentangkan di hadapan ahli akademik dan industri di National STEM Seminar anjuran National STEM Movement termasuk menerima 2 Anugerah semasa pertandingan Inovasi di UIA & UKM.

 

Modul Funtastic STEM Sains & Matematik:

Alhamdulillah Coach Mohd Noor, Founder CMN Academy dapat berbincang dengan Dr Yunus, President Association of Science Technology & Innovation serta Pengerusi Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (Bahagian STEM Sekolah).

Setelah dikongsikan tentang Modul Funtastic Sains & Matematik serta program-program lepas, beliau berminat untuk bekerjasama menjalankan Bengkel STEM di sekolah-sekolah 😃

Mohon doakan agar dipermudahkan urusan perkongsian ilmu ini 😃

Ada yang berminat kami jalankan program STEM di tempat anda?

Whatsapp ‘Bengkel STEM’ ke 0194626840 untuk perbincangan lanjut atau untuk mendapatakn contoh Modul Funtastic Sains & Matematik 🙂

 

 

5 Tips Yang Meningkatkan Pembelajaran Anak Anda..

5 Tip Bantu Anak Belajar Di Rumah Dengan Berkesan.

Ibu bapa pasti risau jika keputusan anak tidak seperti yang diharapkan, apatah lagi bagi subjek teras. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan besar malahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal Tahun 1 lagi.

Ini penting untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan seterusnya menyebabkan mereka merasa rendah diri dengan rakan-rakan sebaya mereka.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hal ini berlaku sama ada disebabkan oleh faktor dalaman dari anak itu sendiri, kesibukan ibu bapa, faktor dari sekolah dan sebagainya.

Bagi ibu bapa prihatin yang tertanya-tanya apakah tip yang boleh digunakan untuk membantu  anak belajar di rumah secara berkesan supaya keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal, disenaraikan tip seperti di bawah untuk membantu anda samada sebelum, semasa atau selepas.

  • Sediakan Tempat Belajar Yang Selesa

Ibu bapa perlu menyediakan tempat yang spesifik untuk anak-anak belajar. Ambil satu ruang yang bila mana mereka ingin belajar mereka tahu mereka perlu ke ruangan tersebut. Lengkapkan segala keperluan seperti meja dan kerusi yang selesa.

Pastikan juga ruangan yang disediakan mempunyai persekitaran yang selesa dan sesuai contohnya jauh dari gangguan seperti televisyen dan sebagainya.

Sediakan keperluan yang cukup untuk mereka di ruangan tersebut seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya.

Jika anda golongan berkemampuan sediakan gajet yang sesuai yang boleh anak anda gunakan untuk proses pembelajaran.

Ini untuk mengelakkan anak-anak bosan semasa belajar dengan satu kaedah sahaja. Sediakan juga makan dan minum yang sesuai untuk mereka agar oksigen mengalir dengan baik semasa mereka belajar.

  • Sediakan Jadual dan Masa Belajar

Kita perlu tetapkan masa untuk anak kita belajar, sebaiknya adakan perbincangan bersama anak semasa merancang jadual ini, agar anak merasa kebersamaan dalam hal ini.

Ini juga agar mereka tidak merasa jadual dan masa yang disediakan adalah satu paksaan bagi mereka dan sebagai persediaan untuk kita membantu anak-anak lebih bersedia dengan waktu yang dipersetujui bersama.

Sentiasa ingatkan mereka tentangnya dan sebaiknya ditampal di tempat yang mereka boleh nampaknya dengan jelas.

  • Hadkan Masa Belajar

Manusia mempunyai daya fokus yang sangat terhad, apatah lagi jika anak-anak kita yang sudah seharian penat dengan aktiviti harian di sekolah. Otak yang penat tidak dapat menyerap apa-apa maklumat.

Pastikan masa belajar mereka sesuai dengan karakter mereka. setiap anak mempunyai sikap yang berbeza.

Ibu bapa perlu kenal pasti kelebihan dan kekurangan anak masing-masing. Namun pastikan masa yang ditetapkan tidak terlalu lama.

Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.

Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.

Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.

Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.

  • Temani Anak Belajar

Yang terbaik bagi membantu anak-anak adalah menemani mereka dan membantu mereka setakat yang kita mampu semasa mereka belajar. Pastinya semasa kita dipersekolahan dulu ada tip-tip yang boleh kita kongsikan dengan anak-anak.

Ini akan menyebabkan mereka tidak merasakan proses belajar adalah satu perjalanan yang sunyi bagi mereka. Sentiasa beri kata-kata semangat bagi memastikan mereka terus bermotivasi belajar di rumah malahan di sekolah juga. 

Alangkah baiknya juga jika ibu bapa mengetahui bagaimana berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sesuai.

Jika anda menemani anak perempuan pastikan anda duduk berhadapan dengan mereka dan sentiasa memandang mereka. Manakala bagi anak lelaki pula sebaiknya anda duduk bersebelahan.

Ini kerana sifat semulajadi anak lelaki dan perempuan berbeza penerimaannya.

  • Sediakan Penghargaan Selepas Belajar

 

Manusia amat gembira apabila diberi penghargaan. Kata-kata yang baik juga adalah penghargaan. Perasaan gembira yang mereka rasa akan menjadi satu perangsang untuk mereka terus belajar.

Jadikan proses belajar di rumah adalah satu perkara yang menggembirakan bagi anak-anak, bukan satu hal yang dianggap sebagai satu paksaan bagi mereka.

Kebanyakkan dari ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak namun cara yang dipilih menyebabkan anak-anak tertekan dan hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan malahan ia menjadi kenangan pahit yang tidak mahu dikenangi oleh anak-anak.

Jika anda ibu bapa yang bekerja atau kebetulan mempunyai tekanan tertentu pada waktu selepas mereka belajar dan anda tidak mampu mengucapkan kata-kata yang baik pada waktu berkenaan, elakkan dari mengucapkan sesuatu yang mengguris hati anak-anak.

Anda juga boleh memberi ganjaran dengan menghadiahi sesuatu yang mereka sukai dan sebagainya bergantung kepada kemampuan ibu bapa sendiri.

Yakin Sebelum Berjaya 😃

 

5 Jenis Jenis Makanan Yang Dapat Meningkatkan IQ Untuk Si Anak

Setiap makanan mempunyai kebaikan dan manfaat untuk tubuh badan kita, tetapi pernahkah terpikir bahwa ada makanan yang dapat meningkatkan iq atau otak kita. Menurut kajian Sains mengatakan otak memerlukan makanan yang memberi impact kepada otak.

 Contoh 5 makanan yang sudah mendapat kajian untuk meningkatkan IQ untuk si anak :

  1. Telur

Telur adalah makanan yang memiliki kandungan protein yang tinggi dan juga pada kuning telur boleh meningkatkan daya ingatan.

  • Mentega Kacang

Kacang memiliki kandungan vitamin E dan dapat melindungi sel saraf pada otak. Pada masa yang sama vitamin E juga memberi tenaga bagi otak.

  • Tomato

Tomato dapat mencerdaskan otak kerana ada zat yang di mana apa warna merah tomato tersebut.

  • Sayuran hijau

Sayuran hijau mempunyai zat besi dan nutrisi yang penting bagi otak dan dapat meningkatkan daya ingat serta kemampuan belajar.

  • Ikan Salmon

Ikan Salmon memiliki impak positif terhadap perkembangan otak kerana kandungan lemak omega 3 yang tinggi.

Ini adalah contoh makanan yang dapat meningkatkan atau memperkembangkan otak si anak. Semoga informasi ini dapat menjadikan sumber makanan untuk si anak dan juga jadikan dapat meningkatkan prestasi anak di sekolah

“yakin sebelum berjaya”