Fenomena Tutor Berilmu. Anda Pernah Dengar?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bagaimana kerjaya tutor anda?
Saya nak kongsikan kelebihan menjadi tutor yang berilmu.

Apa kelebihannya?
Kita dapat huraikan dari perkataan TUTOR itu sendiri.
T – TIME
Bila tutor ada ilmu, dia boleh bahagikan dan susun masa dengan baik supaya dapat jaga kredibiliti dan pandangan klien kepadanya. Tutor juga boleh buat keputusan samada nak menjadi tutor secara part-time atau full-time mengikut kesesuaian masa sendiri.
U – UNDERSTAND
Ilmu yang betul boleh buatkan tutor lebih mudah faham tentang jenis pelajarnya, samada cara belajar ataupun cara penerimaan suatu pembelajaran, supaya dapat sesuaikan cara pengajaran dengan pelajar tersebut agar impaknya terasa dan kita tak syok sendiri.
T – TARGET
Dengan ilmu, anda akan tahu bagaimana nak nampak, set dan usaha untuk capai target. Target anda dan target untuk pelajar. Samada dari segi markah, peningkatan prestasi, target kewangan anda, dan kelas yang anda nak mengajar.
O – OBSESSIVE
‘Obses’ dengan kerjaya mengajar atau biasa kita lembutkan sedikit bahasanya dengan perkataan ‘passionate’ akan buatkan kita mengajar sepenuh hati. Dengan ilmu, kita akan tahu bagaimana nak perbaharui, betulkan dan setkan niat yang betul.
R – RARE
Jika anda tutor yang berilmu dan sentiasa menuntut ilmu, anda bukan tutor yang ‘biashe-biashe’. Anda dah di tingkat yang Luar Biasa.
Jadi… jangan berhenti mencari dan aplikasikan ilmu yang dipelajari, supaya anda akan jadi antara Tutor yang Fenomena di Malaysia atau lebih jauh lagi.
Oh ye… terlanjur bercakap tentang Fenomena…
Ingat lagi tak pada buku yang banyak membantu tutor seluruh Malaysia dalam pembinaan kerjaya sebagai tutor dan ada yang gunakan sebagai pembakar semangat?
Tajuknya Fenomena Home Tutor Beyond Expectation.

Anda sudah miliki buku ini?
Belum?
Kalau belum, saya cadangkan anda cepat2 dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL2019), di Booth 3114 (Booth SifufBads).
Sebab, itu adalah stok terakhir!
Kami belum ada rancangan untuk cetakan seterusnya.



Lagipun, khas untuk PBAKL2019 saja kami ada bagi Bonus Istimewa danBaucer Percuma!
Ada juga baucer diskaun untuk hadiri Bengkel ‘Beyond Expectation Tutor’.
Maklumat lanjut untuk Bengkel BET boleh klik DI SINI.
