Sedikit perkongsian daripada Master Halim, berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pensyarah di UPSI dan juga merupakan trainer Maths menggunakan modul MATEMATIK SUPER.
Menurut beliau, belajar matematik bukan perkara yang mudah. Beliau juga dahulu tidak suka dengan mata pelajaran matematik, tetapi apabila memasuki universiti beliau merasakan matematik itu amat menyeronokkan untuk dipelajari. Mungkin terdapat sesetengah pelajar sekolah yang tidak suka dengan nombor, atau pelajar yang susah untuk faham formula? dengan matematik super yang di ajar oleh Master Halim boleh memberi peningkatan kepada pelajar sekolah yang lemah dalam subjek matematik.
Untuk Modul Funtastic Matematik yang dihasilkan oleh CMN Academy amat baik dan disokong oleh Master Halim kerana untuk memberi pelajar sekolah rendah minat dan faham matematik. Sekiranya pelajar sekolah rendah tidak minat dan faham matematik pada zaman sekolah rendah bagai mana pelajar tersebut akan mempelajari matematik di zaman sekolah menegah? yang lebih mencabar dan soalan yang susah? Di sebabkan itu ibu bapa mahupun guru sekolah rendah harus memberi pelajar sekolah rendah faham dan minat dengan pengiraan.
Akhir sekali, untuk matematik bukan sahaja digunakan semasa belajar matematik, tetapi ilmu matematik amat di perlu kan di luar sana, semua kerja di luar sana menggunakan matematik dan pengiraan.
Di bawah video Master Halim bersama Coach Mohd Noor menceritakan “MODUL MATEMATIK SUPER”
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/03/guru-_180720200202-810.jpg556830cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-04-19 04:41:022019-05-02 08:42:25MODUL MATEMATIK SUPER
Selamat sejahtera tuan dan puan, adakah matematik ini susah? panjang ke jalan pengiraan dia? takda teknik yang lebih mudah? kenapa guru semua gunakan konsep yang sama??
Matematik merupakan subjek kira kira yang bermaksud 1 soalan mempunyai 1000 jawapan, maksudnya apa? ia bermaksud untuk satu soalan matematik kita mempunyai 1000 cara untuk selesaikan dan akan mendapat jawapan yang berbeza-beza. Di sini kami ingin memberi tahu bahawa matematik adalah subjek yang mudah untuk mendapat A+ sekiranya pelajar sekolah tahu dan faham formula, cara mengira dan bentuk soalan tersebut.
Video di bawah menunjukan cara mengira dengan meggunakan konsep “Swip-Swap” apakah yang di maksudkan dengan konsep tersebut? ia ada di dalam Modul Funtastic? ia ada dan kami hanya menunjukan sedikit sahaja cara pembelajaran yang ada di dalam Modul Funtastic tersebut.
Cikgu Zaijuhasriza, cikgu merupakan seorang yang megajar matematik dengan mudah. Beliau menggunakan pelbagai teknik untuk menjawab soalan dan memberikan tips dengan mudah. Dalam matematik merupakan banyak halangan bagi pelajar kerana mempunyai formula yang susah untuk di fahami.
Cikgu Zaijuhasriza mengajar cara untuk menghafal dan mudah faham dalam sifir dan bahagi. Dalam abad pembelajaran ke 21 menggunakan soalan KBKK ataupun KBAT. yang membuatkan pelajar tidak faham dan keliru.
Video di bawah menunjukan cara yang mudah untuk pelajar sekolah rendah UPSR yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi:-
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/51718717_10156413896748533_4267666246188662784_o.jpg5811032cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-04-11 06:32:292019-04-11 06:32:29Human Calculator? How To Be The Human Calculator..?
SANGAT RUGI jika anak-anak tidak tahu dan tidak hafal lapan basic asas ini terutama jika mereka berada di tahun 4,5 dan 6.
Pagi ini aku akan kongsi dengan kalian 8 nota yang SANGAT PENTING dan patut anak-anak hafal dan ingat.
Masa cuti sekolah masih berbaki lagi. Tolong, tolong dan tolong minta anak-anak hafal dan ingat semua formula ini ya!
Ramai calon walau dah di tahun enam masih tidak hafal dan ingat formula penting ini menyebabkan ramai yang gagal Matematik atau tidak dapat keputusan yang baik.
PERTAMA.
Penukaran unit asas seperti 1kg = 1000g, 1liter = 1000 ml, 1km = 1000m, 1m = 100cm, 1cm = 10mm, 1 alaf = 1000 tahun, 1 abad = 100 tahun, 1 dekad = 10 tahun, 1 tahun = 12 bulan, 1 minggu = 7 hari, 1 hari = 24 jam, 1 jam = 60 minit dan 1 minit = 60 saat.
Ini basic asas yang murid sepatutnya hafal dan ingat sejak mereka di tahun empat lagi.
KEDUA
Hubungan antara Pecahan, Perpuluhan, Peratus, nombor bulat dan unit-unit asas.
SANGAT banyak soalan peperiksaan yang keluar berkaitan dengan unit asas ini. Ini antara perkara yang paling aku tekanan setiap kali mengajar Matematik.
Rujuk gambar pertama itu. Itulah jadual perkaitan yang sangat PERLU DIHAFAL. Contoh soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan adalah seperti berikut :
“Ibu menggunakan 1/8kg tepung untuk membuat sebiji kek. Berapa jisim tepung dalam gram yang digunakan untuk membuat 12 biji kek?”
Jika murid tidak menghafal 1/8kg itu bersama an 125 gram, langkah pengiraan yang memakan masa terpaksa murid lakukan sedangkan jika yang dah hafal jadual ini, mereka hanya perlu darabkan 125g x 12. Terus dapat jawapan. Kecuaian juga banyak dapat di elakkan.
KETIGA
Asas Bentuk 2D dan Bentuk 3D. Topik ini memerlukan murid ingat bilangan sisi lurus, sisi melengkung, bucu, paksi simetri, sudut cakah, tepi, permukaan melengkung dan permukaan rata.
KEEMPAT
Formula asas untuk perimeter, formula luas segi empat dan segi tiga serta formula mencari isipadu.
Masih ramai murid gagal menghafal formula ringkas ini. Ini menyebabkan mereka gagal mendapat markah sedangkan topik ini antara topik hot dalam peperiksaan dan mudah mendapatkan markah.
KELIMA
Nisbah dan kadaran. Jika keluar soalan Nisbah dalam peperiksaan, ia umpama markah percuma buat murid-murid. Pastikan anak-anak faham dan ingat topik bonus ini ya!
KEENAM
Pengurusan Data pula memerlukan murid faham dan ingat formula untuk tentukan Julat, Min, Median dan Mod.
Masih ramai murid keliru formula mencari Julat, min, median dan mod. Topik ini juga biasa keluar dalam peperiksaan.
KETUJUH
Kebolehjadian. Topik ini juga seolah ingin memberi markah percuma kepada murid kerana sangat senang. Namun… Tetap juga ada murid yang salah akibat tidak memahami formula asas ini. Ruginya! :'(
Dalam topik ini, murid hanya perlu ingat dan faham 5 perkara sahaja iaitu :
1) Mustahil 2) Besar Kemungkinan 3) Kecil Kemungkinan 4) Sama Kemungkinan 5) Pasti
KELAPAN
Koordinat. Satu lagi topik mudah yang ramai murid dapat cari markah bagi yang kuasai. Dalam topik ini, paling penting murid faham bacaan koordinat bermula dengan paksi X baru baca paksi Y.
Juga penting dalam menulis jawapan dengan betul. Tanda koma dan kurungan WAJIB tulis. Jika tidak, markah terbang melayan begitu sahaja. Ini contoh yang salah dan betul :
3,5 = ❌ (3 5) = ❌ (3,5) = ✔️
Cukuplah dahulu perkongsian aku kali ini. Banyak lagi perlu di jelaskan secara lebih detail sebenarnya, namun ini antara nota yang kalian perlu ambil berat.
Kongsikan nota penting ini dengan kawan-kawan dan saudara mara yang ada anak di tahun 4,5 dan 6 juga. Biar mereka pun pastikan anak-anak mereka hafal dan ingat setiap formula asas ini.
Kita nak berjaya, jangan seorang-seorang sahaja. Heret bersamalah sanak saudara dan kawan-kawan sekali ya!
Aku juga sering berkongsi Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa di Telegram aku :
t.me/MohdFadliSalleh
Untuk Download Ebook Soalan Percubaan UPSR untuk anak anda:
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/2.jpg550750cmnac7102https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmnac71022019-01-09 03:47:172019-03-04 07:20:17Teknik Yang Memudahkan Matematik [Tuisyen Di Rumah]