Posts

Boboiboy The Movie 2..Ada Kaitan Dengan Tutor?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

 

Haaaaaa… Semua tutor dah tengok ke BOBOIBOY The Movie 2? Amacam best tak? Bagi tutor yang ada anak-anak mesti dipaksa anakkan untuk tengokkan?

Sebenarnya, banyak je manfaat yang boleh kita dapat daripada cerita Boboiboy ni.

Lagi-lagi kalau dapat kaitkan dengan dunia tutoring. Coach Amir dan Coach Isa ingin kongsikan apa pengajaran yang boleh kita ambil sebagai seorang tutor sukses yang sentiasa dahagakan ilmu untuk jadi yang terbaik.

Antara manfaat yang boleh kita dapat daripada cerita Boboiboy dalam dunia tutoring ialah :

  1. Tutor perlu meningkatkan diri untuk menjadi lebih berjaya dan jangan duduk dalam zon yang selesa
  2. Bergabung dengan orang lain untuk berkongsi dan bertukar pendapat untuk mendapatkan idea yang menarik
  3. Tutor kena berani menghadapi perubahan untuk lebih maju ke hadapan

 

Sebenarnya, banyak lagi manfaat yang kami kongsikan dalam video tersebut.

Anda ingin tahu lebih lanjut? Boleh klik video yang kami kongsikan di bawah ini :

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tutor-tutor yang berada di luar sana..

Ingin menjadi tutor yang hebat?

Yakin Sebelum Berjaya!