Posts

[Kisah Inspirasi] Autisme Bukan Halangan Untuk Pelajar Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan dan puan.

Kisah inspirasi ini menceritakan mengenai klien daripada CMN Academy yang telah lama bersama CMN Academy iaitu sejak 2015.

Beliau bernama Tuan Syaifuddin, yang mengambil perkhidmatan kami sejak 3 tahun yang lalu. Anak beliau mempunyai ‘mild autisme’ dan Tuan Syaifuddin berkata beliau mencari tutor yang sesuai untuk mengajar anaknya dan penyabar untuk mengajar anak beliau.

Alhamdulillah, anak beliau yang bernama Faris yang merupakan ‘mild autisme’ telah mengalami peningkatan dalam pembelajaran dan suka belajar bersama Cikgu Azeli.

Tuan Syaifuddin mencari CMN Academy di facebook dan beliau berkata bahawa untuk mendapatkan tutor yang sesuai adalah susah tetapi di CMN Academy dapat memberikan beliau seorang tutor yang boleh mengajar anak beliau yang memerlukan pendekatan istimewa  walaupun syaifuddin berkali-kali tukar tutor kerana beliau akan bertanya dulu adakah tutor tersebut sanggup tak untuk mengajar anaknya yang mengalami mild autisme. Alhamdulillah Cikgu Azeli dapat mengajar Faris dengan baik sejak 2015.

Anak beliau darjah 4 dan akan menduduki UPSR lagi 2 tahun. Anaknya bercerita tentang cikgu beliau iaitu Cikgu Azeli yang telah bersama CMN semenjak 2013 lagi bahawa beliau seorang yang penyabar dan boleh ajar anak Tuan Syaifuddin dengan baik.

INGIN DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN UPSR SECARA PERCUMA?

Akhir sekali, Tuan Syaifuddin mengucapkan terima kasih kerana dalam keadaan anaknya yang istimewa, agak sukar  untuk mendapat seseorang yang sanggup untuk mengajar anaknya dan ibu bapa di luar sana boleh mencuba Home Tuition Mentoring dari CMN Academy untuk anak-anak mereka.

Kami mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan dan kami percaya adik Faris berjaya juga mampu berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah.

 

Di bawah ialah video Tuan Syaifuddin berkongsi pengalaman beliau sebagai bapa kepada anak istimewa ini bersama Puan Nurwahidah dari CMN Academy.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang Dan Pelajar Gagal

Semua pelajar mengimpikan kecemerlangan dalam akademik. Namun, “pelajar cemerlang” sebenarnya bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga cemerlang pada segi akhlaknya. Pelajar cemerlang merupakan aset negara dan pencorak masa depan negara kita.

 

Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang? Rajin membaca? Minat bersukan?

Berikut merupakan antara ciri-ciri pelajar cemerlang yang anda perlu tahu untuk menjadi salah seorang daripadanya:

 

  • Sentiasa menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas.
  • Rajin melakukan ulangkaji pelajaran, terutama pada waktu lapang.
  • Melakukan persediaan awal menjelang peperiksaan dengan banyak membaca dan membuat latihan.
  • Sentiasa berusaha mendapatkan markah yang terbaik bagi setiap subjek yang diambil dalam peperiksaan.
  • Sentiasa berdisiplin dengan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan.
  • Tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial seperti minum arak, melakukan vandalisme, menagih dadah dan pergaulan bebas.
  • Lebih banyak mendengar daripada bercakap (bercakap hanya apabila perlu).
  • Seorang ceria, yakin dan mudah didampingi oleh ramai orang.
  • Sentiasa menjaga tutur kata seperti tidak mencarut dan memaki.
  • Melaksanakan segala tugas yang diberikan dengan sepenuh hati dan berusaha mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Sentiasa memastikan tahap kesihatan diri dalam keadaan baik.
  • Seorang yang jujur, amanah dan boleh dipercayai.
  • Sentiasa yakin pada kebolehan diri sendiri dan tidak menghiraukan cemuhan orang lain yang boleh mematahkan semangat.
  • Seorang yang bertanggungjawab dengan setiap tugas yang diterima.
  • Menepati waktu apabila berjumpa dan menggunakan waktu lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  • Berusaha mendapatkan ilmu apabila terlepas sesuatu kelas kerana sakit dan tidak datang ke sekolah.
  • Sentiasa menghormati orang-orang di sekelilingnya, terutama ibu bapa dan guru-guru.
  • Sentiasa berdoa dan meminta pertolongan Tuhan. Berserah diri dan tidak putus asa apabila menghadapi kegagalan.

 

Berikut pula merupakan ciri-ciri pelajar gagal yang anda perlu hindari:

 

  • Sering berasa malas dan tidak mahu berusaha langsung dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
  • Suka berangan-angan tanpa melakukan apa-apa untuk mencapai impian.
  • Sering tidak menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepadanya.
  • Datang lewat dan sering ponteng sekolah.
  • Mudah terpengaruh untuk melakukan gejala-gejala yang tidak sihat.
  • Sering mempunyai masalah sendiri dan suka mencari masalah dengan orang-orang sekeliling.
  • Cepat berputus asa dan tidak yakin pada diri sendiri.
  • Menjadikan apa-apa kesusahan yang dihadapi sebagai penghalang untuk berjaya.
  • Sering bergantung kepada orang-orang sekeliling.
  • Malas membaca buku dan mengulangkaji pelajaran.
  • Sering mengabaikan tanggungjawab kepada Tuhan.

 

Untuk berjaya, kita mesti mempunyai sikap ingin berubah ke arah lebih baik dan bertambah maju ke depan. Kejayaan yang diinginkan perlu bermula dengan tindakan diri sendiri. Kita tidak akan berjaya jika hanya bercakap atau berangan-angan sahaja tanpa melakukan sebarang usaha.

Anda tentu tidak mahu menjadi pelajar yang gagal mencapai kejayaan. Jika begitu, buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda adalah yang sebaliknya… ANDA MERUPAKAN PELAJAR CEMERLANG!

Semoga berjaya!