Posts

Bengkel STEM Inquiry-Based Learning yang Menarik Untuk Pendidik?

Inquiry Based Mathematics Education (IBME)

Menurut World Economic Forum (WEF) yang bersidang pada tahun 2018, Data Analyst and Scientist akan menjadi pekerjaan paling diperlukan pada masa hadapan.

Pekerjaan ini memerlukan murid yang boleh berfikir secara analitikal, kreatif dan inovatif. Ini boleh diperoleh melalui mata pelajaran matematik dan sains. Anak-anak kita mesti dikukuhkan penguasaan matematik dan sains mereka.

Walau bagaimanapun, pada masa ini matematik menjadi mata pelajaran yang paling tidak disukai dan sukar dikuasai oleh murid. Salah satu puncanya ialah kaedah PdP yang berpusatkan guru dan berfokuskan keputusan ujian.

Sebenarnya PdP matematik boleh menjadi menarik, menyeronokkan dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid. Ini boleh dilaksanakan melalui Pembelajaran Matematik Berasaskan Inkuiri (IBME).

IBME adalah kaedah PdP yang berasaskan inkuiri, berfokuskan proses dan berpusatkan murid. Kaedah ini memberi ruang dan peluang untuk murid menyuburkan curiosity dan berimaginasi. Ini membawa kepada aktiviti hands-on yang membantu murid lebih memahami apa yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal formula dan cara penyelesaian masalah matematik.

 

CMN Academy akan menganjurkan bengkel IBME pada 9 Nov 2019 bertempat di pusat operasi mereka yang baharu di Bangi Gateway. Bengkel ini sesuai dihadiri oleh guru-guru mahupun ibu bapa.

Terbuka kepada guru sekolah kerajaan, swasta mahupun pusat tuisyen serta ibu bapa yang mahu membantu anak-anak di rumah.

Jangan lepaskan peluang ini, hubungi pihak CMN Academy 013-715 3776 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Dr Ihsan Ismail

Ketua Pusat STEM Negara

Trainer Bengkel Funtastic STEM IBME