Posts

[Kisah Inspirasi] Autisme Bukan Halangan Untuk Pelajar Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan dan puan.

Kisah inspirasi ini menceritakan mengenai klien daripada CMN Academy yang telah lama bersama CMN Academy iaitu sejak 2015.

Beliau bernama Tuan Syaifuddin, yang mengambil perkhidmatan kami sejak 3 tahun yang lalu. Anak beliau mempunyai ‘mild autisme’ dan Tuan Syaifuddin berkata beliau mencari tutor yang sesuai untuk mengajar anaknya dan penyabar untuk mengajar anak beliau.

Alhamdulillah, anak beliau yang bernama Faris yang merupakan ‘mild autisme’ telah mengalami peningkatan dalam pembelajaran dan suka belajar bersama Cikgu Azeli.

Tuan Syaifuddin mencari CMN Academy di facebook dan beliau berkata bahawa untuk mendapatkan tutor yang sesuai adalah susah tetapi di CMN Academy dapat memberikan beliau seorang tutor yang boleh mengajar anak beliau yang memerlukan pendekatan istimewa  walaupun syaifuddin berkali-kali tukar tutor kerana beliau akan bertanya dulu adakah tutor tersebut sanggup tak untuk mengajar anaknya yang mengalami mild autisme. Alhamdulillah Cikgu Azeli dapat mengajar Faris dengan baik sejak 2015.

Anak beliau darjah 4 dan akan menduduki UPSR lagi 2 tahun. Anaknya bercerita tentang cikgu beliau iaitu Cikgu Azeli yang telah bersama CMN semenjak 2013 lagi bahawa beliau seorang yang penyabar dan boleh ajar anak Tuan Syaifuddin dengan baik.

INGIN DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN UPSR SECARA PERCUMA?

Akhir sekali, Tuan Syaifuddin mengucapkan terima kasih kerana dalam keadaan anaknya yang istimewa, agak sukar  untuk mendapat seseorang yang sanggup untuk mengajar anaknya dan ibu bapa di luar sana boleh mencuba Home Tuition Mentoring dari CMN Academy untuk anak-anak mereka.

Kami mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan dan kami percaya adik Faris berjaya juga mampu berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah.

 

Di bawah ialah video Tuan Syaifuddin berkongsi pengalaman beliau sebagai bapa kepada anak istimewa ini bersama Puan Nurwahidah dari CMN Academy.

Membentuk Peribadi Pelajar Seperti PUZZLE!

Pada pertengahan bulan Ogos tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan sebanyak 402 buah sekolah yang terlibat dalam kategori masalah disiplin dan penyalahgunaan dadah.

Saya tidak berpihak kepada sesiapa dalam mengenai kes ini memandangkan ini adalah tanggungjawab bersama oleh masyarakat.Tugas memanusiakan manusia bukan sahaja tugas seorang guru, malah ibubapa atau penjaga perlu membentuk sahsiah keperibadian pelajar dengan jayanya.

Masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat tradisi di mana masyarakat bersikap individualistik, anak sukar dikawal malah pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak mereka kepada pihak sekolah.

Pelajar ini ibarat seperti sebuah puzzel kerana mereka di susun dan dicorakan oleh ibu bapa,kawan-kawan, guru sekolah dan masyarakat. Untuk membentuk peribadi pelajar bukanlah perkara yang mudah. Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.

Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,keadaan,akhlak dan kesopanan.

Ibu bapa merupakan peranan yang penting untuk mencorakkan puzzle pelajar, kerana ibu bapa ialah tiang bagi anak mereka sendiri. Ibu bapa haruslah memberi kepercayaan kepada guru sekolah mereka sendiri, pada zaman sekarang banyak ibu bapa yang tidak percaya pada guru dan menyalahkan guru atas sikap disiplin anak mereka.

Selain itu, ibu bapa mestilah mendidik anak mereka mengenai nilai murni dan kehormatan. Sekiranya ibu bapa tidak mendidik anak mereka, maka ia akan menyebabkan anak mereka tidak mempunyai sikap disiplin dan nilai murni.

Di samping itu, guru sekolah perlu memberikan perhatian kepada anak murid mereka, bukan membiarkan anak murid mereka melakukan kesalahan. Guru sekolah merupakan ibu yang ke 2 untuk anak murid semasa di sekolah, mereka perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak murid mereka.

Seterusnya, Kawan ataupun sahabat juga merupakan peranan untuk membentuk peribadi pelajar. Kawan perlulah meluangkan masa bersama dengan perkara yang berfaedah, seperti melakukan aktiviti sukan atau membantu orang yang memerlukan dan sebagainya. Selain itu, sahabat juga perlu lebihkan masa bersama untuk mengulang kaji pelajaran. Berlajar bersama rakan jugak satu cara untuk membentuk peribadi pelajar bersama-sama dengan rakan mereka.

Akhir Sekali, masyarakat sekeliling merupakan impak yang besar dalam membetuk peribadi pelajar kerana pelajar sekarang suka mengikut tingkah laku dan jugak benda viral dengan cepat dan mudah. Bagi saya masyarakat perlu berhenti menghukum dan menukar budaya menghukum tersebut dengan mebantu.

Sekiranya masyarakat terus menghukum ia akan menyebabkan kesan emosi kepada pelajar mahupun remaja, masyarakat harus membantu dan mendidik remaja dan pelajar sekolah ke arah kebaikan. Sekiranya keadaan sekeliling baik ia akan meningkatkan nilai modal insan dalam diri pelajar.

Kesimpulannya, peribadi pelajar juga perlu lah di ambil berat oleh pelajar sendiri kerana mereka tidak boleh bergantung 100% dengan ibu bapa, guru sekolah mahupun kawan-kawan.

Bagi ibu bapa haruslah mengambil berat tentang anak mereka supaya tidak mendekati dengan perkara negatif.

Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak meningkatkan kemahiran atau pembelajaran anak-anak dengan mengikuti tuisyen, home tuition atau kelas-kelas berbentuk kemahiran seperti pengucapan awam dan kelas robotik.

Seorang Tutor juga mampu menunjukkan sikap yang baik serta memberi motivasi selain dari mengajar akademik.

Selain itu, guru sekolah pula harus membimbing anak muridnya supaya dapat menjadi murid yang berjaya pada masa hadapan.

Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak lain kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing maka peribadi pelajar dapat dibentuk dengan baik dan visi kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 akan tercapai.