Posts

Penggunaan ‘Idiom’ Dalam Seharian Kita

Dalam menggunakan bahasa Inggeris, selain dari mempelajari perkataan-perkataan baru, tatabahasa atau grammar, seorang yang ingin menjadi betul-betul mahir perlu juga memahami penggunaan idiomIdiom ini sama juga fungsi peribahasa, simpulan bahasa dan ungkapan dalam bahasa Melayu. Idiom adalah bahasa tersirat yang mungkin sukar difahami oleh mereka yang baru mula belajar bahasa Inggeris. Kita juga boleh memasukan perkataan idiom dalam percakapan seharian kita agar penggunaan Bahasa Inggeris kita semakin meluas dan berkembang.

 


Berikut adalah contoh perkatan-perkataan idiom yang boleh kita gunakan:-

1. Break a leg

 

Idiom ini yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Peribahasa ini bukanlah menyuruh kita untuk mematahkan kaki kita, tetapi ia bermaksud “semoga kita berjaya dengan melakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh”. Seperti contoh perbualan di bawah:

Aina: “Hafiz, petang ini kamu ada perlawanan bola peringkat negeri kan?

Hafiz: “Ya, betul”

Aina: Break a leg ya Hafiz!”

2. Just around the corner

Idiom ini pula bermaksud sesuatu yang sudah semakin hampir masanya. Ia tertuju kepada sesuatu tarikh atau perkara yang penting yang akan berlaku seperti peperiksaan. Idiom ini boleh digunakan seperti dibawah.

Ali: “Faris, minggu depan kamu nak ikut tak pergi bercuti?”

Faris: “Maaf Ali, minggu ni saya ada peperiksaan, ianya just around the corner. Jadi saya kena bersedia”

3. Packed like sardines

Apa yang anda lihat ketika membuka setin sardin? Ya, beberapa ekor ikan sardin berhimpit-himpit di dalam tin tersebut. Jadi, packed like sardines menggambarkan tempat atau situasi yang sangat padat dengan manusia (atau haiwan). Misalnya, stadium bola yang sedang berlangsung perlawanan bola.

Semalam saya menonton perlawanan bola di Stadium Merdeka. Ramai manusia di sana, packed like sardines.

4. Under the weather

Bolehkah kita berada di bawah cuaca? Jika anda membayangkan berdiri di bawah awan, hujan, dan matahari, tetapi itu tidak masuk akal untuk idiom tersebut.

Under the weather bermaksud anda berasa tidak sedap badan. Perasaan sakit itu tidak serius, mungkin hanya berasa lemah kerana terlalu banyak belajar, atau sakit kepala kerana akan atau telah terkena selsema. Boleh dikatakan anda tidak ada ‘mood‘.

Kenapa dengan Farah, Mak?”

“Farah berasa agak under the weather jadi biarkan sahaja dia berehat.”

5. When it rains, it pours

Idiom ini mempunyai maksudnya sama seperti peribahasa Melayu iaitu “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Perkara buruk atau masalah yang terjadi secara berterusan.

“Kasihan Ahmad, semalam anaknya dimasukkan ke Hospital kerana sakit dan hari ini pula keretanya ditarik oleh Pihak Berkuasa kerana tidak dapat bayar ianya seperti when it rains, it pours“.

6. Would not harm a fly 

Idiom ini bertujukan kepada seseorang yang baik hati dan lemah lembut. Mereka dianggap seseorang yang tidak sanggup untuk menyakitkan sesiapa walaupun seekor lalat yang mengganggu. 

“Jangan risau, guru Matematik baru kamu bukanlah seorang yang garang. Kami gelarkan dia sebagai seorang yang would not harm a fly

 


Berikut adalah idiom dalam bahasa Inggeris yang dapat kita gunakan dalam masa seharian. Terdapat beratus-ratus idiom yang boleh kita pelajari. Jadi, tiada sebab untuk kita berkata tidak untuk mempraktikkan idiom kerana ia dapat membantu menigkatkan pengetahuan dan memberikan impak kepada pandangan orang lain keatas kita sekiranya kita menggunakan idiom dalam percakapan seharian kita.

 

Subjek “English” Penting Untuk Masa Depan Pelajar?

Subjek “English” penting untuk masa depan? Perlu ke belajar Bahasa Inggeris? Apa kelebihan Bahasa Inggeris ni?

Selamat sejahtera, hari ini menceritakan mengenai “English” adakah ia penting? kenapa penting? untuk pengetahuan semua, bahasa inggeris ini merupakan subjek yang wajib di seluruh dunia. Kebaikan bahasa inggeris pula ialah kita dapat berkomunikasi dengan orang luar negara dan peluang perkerjaan yang sangat luas. Di sekolah, bahasa inggeris merupakan subjek yang wajib untuk lulus, sekiranya pelajar gagal dalam mata pelajaran tersebut akan menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk sambung belajar.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1 SAINS UPSR

Dalam bahasa inggeris juga terdapat “idioms” apa itu? wajib ke? idioms tidak wajib tetapi sekiranya pelajar dapat belajar bahasa idioms tersebut, pelajar tersebut dapat membuat karangan atau ayat yang baik dan lengkap. Idioms merupakan expression yang memiliki maksud tersendiri. Idioms juga sering digunakan dalam mata pelajaran bahasa inggeris, sekiranya pelajar menggunakan ayat idioms mereka akan mendapat markah lebih dari cikgu mereka.

 

Contoh idioms dan maksud.. :-

1. A Hot Potato Bercakap mengenai isu yang hangat
2. A Little Bird Told Me Seseorang memberitahu rahsia
3. A Ripp Off Sangat mahal
4. Dead Wood Orang atau barang yang tidak berguna lagi
5. Feel Blue Berasa sedih
6. Grab A Bite Makan sesuatu
7. Keep In Touch Tidak memutuskan hubungan
8. Piece Of Cake Sangat mudah

 

Di bawah adalah video yang menceritakan seronoknya belajar idoms : –

 

INGINKAN TIP PEMBELAJARAN MENTORING #IMPACTRESULTS YANG FOKUS & BERKESAN UNTUK ANAK ANDA DI RUMAH?

 

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah