Kisah Inspirasi Dari Tutor 2012 Kepada Manager
Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua.
Nak tak kami kongsikan salah sebuah kisah inspirasi seorang Tutor yang biasa menjadi luar biasa?
Beliau dikenali sebagai Amir Syazwan Bin Manaf atau mesra dipanggil CAS iaitu Coach Amir Syazwan.
Artikel ini mengisahkan tentang bagaimana beliau memulakan kerjayanya sebagai tutoring dan seterusnya dapat berkongsi journey beliau kepada tutor-tutor yang ingin berjaya dalam bidang tutoring.
Beliau memulakan kerjaya tutoring pada tahun 2012. Dimana beliau perlu berkorban untuk berkhidmat dalam dunia kepolisan iaitu KOR SUKSIS UPM Serdang.
Perjalanan hidup beliau bermula apabila beliau terlibat dalam latihan kepolisan di Kem Bitara Malaysia yang diadakan ketika itu di Kuantan semasa berlakunya peristiwa kekecohan di Lahad Datu Sabah.
Namun, dengan nekad dan pilihan yang beliau ada dalam diri sebagai seorang tenaga pengajar ketika itu, beliau meninggalkan kem latihan tersebut semata untuk menghadiri temuduga sebagai Tutor di CMN.
Bertindak sebagai seorang pelajar ketika itu, beliau juga terlibat dalam dunia kepolisan dan masih terus kekal dalam semangatnya untuk mengajar pelajar-pelajar di rumah pada waktu malam dan hari minggu.
Pengorbanan ini berbaloi kerana beliau mampu menyimpan untuk membeli emas sebagai aset, melabur di dalam ASB dan mampu untuk menyimpan sehingga ke tahap melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang sama universiti.
Selesai tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia di dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi, beliau terus sambung khidmat beliau dari Part Time Tutor kepada Manager di CMN .
Diberi amanah untuk mengendalikan pengurusan Tuisyen dan Mengaji di rumah, beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan tutor dan bagaimana membantu klien-klien dan ibu bapa untuk mendapatkan manfaat daripada tutor-tutor di bawah syarikat ini.
Sekarang!
Beliau telah dilantik sebagai ‘Head of Tutor Affairs‘ di CMN Academy yang mana beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan ‘Tutor Journey’ dan kualiti seseorang tutor di dalam syarikat tersebut.
Beliau banyak mambantu tutor untuk fokus pada hala tuju bidang ini, kualiti seorang tutor berkaitan dengan ‘trending’ tutor terkini seterusnya dengan membantu Tutor Profesional yang ingin fokus pada pembinaan modul dan juga pembinaan karakter yang menarik minat pelajar terhadapa pembelajaran oleh tutor.
Beliau banyak berkongsi dalam Bengkel Beyond Expectation Tutor bagaimana ingin menjadi tutor sukses yang mempunyai mindset serta visi dan misi yang jelas dalam lapangan ini.

Bengkel Beyond Expectation Tutor
Beliau juga pernah berkongsi bersama guru-guru sekolah di PPD Rompin tentang bagaimana memastikan kerjaya guru lebih menarik dan dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana. Beliau juga sedang menyambung pelajaran dalam Master dalam Psikologi Pendidikan untuk meningkatkan ilmu bagi memberi manfaat yang lebih lagi dalam bidang pendidikan.

Bersama Puan Zarina, Pegawai SISC+ Matematik PPD Rompin
Khulasahnya, pesan akhir beliau ialah , jadilah seorang tutor yang dapat meninggalkan kesan dan moment-moment menarik dalam hidup pelajar agar perkongsian kita sebagai seorang tutor dapat memberi gambaran yang holistik dalam kehidupan pelajar kita bukan sekadar didunia malah diakhirat sana.
Jemput tonton perkongsian dari beliau ini :)
Berminat membina Kerjaya dan Legasi sebagai Tutor Profesional?
Daftar di CMN Tutor Profesional Malaysia