“Susah Nak Ingat Sebab Banyak Sangat Fakta Yang Kena Hafal” Betul Ke Ini Dilema Pelajar UPPKK?

“SUSAH NAK INGAT SEBAB BANYAK SANGAT FAKTA. LEPAS TU BANYAK NAK HAFAL..” – BETUL KE INI DILEMA PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN UPKK?

 

Selama 6 tahun sebagai guru kafa dan mengajar murid yang bakal menduduki peperiksaan besar KAFA iaitu UPKK dan PSRA, inilah keluhan murid-murid kalau ustazah tanya apa yang susah dalam subjek UPKK dan PSRA.

 

Sebenarnya,bukan mereka ini tak bijak pandai tau. Bila ditanya lagi, “apa yang kamu buat kalau banyak sangat nak ingat?”

Mereka kata, “lupa macam tu je lar” “biar je ustazah, nanti nak dekat peperiksaan baru hafaz balik..”

 

Cuba bayangkan, setelah 5 tahun bersekolah KAFA tapi bila tiba peperiksaan di sekolah KAFA, markah cukup-cukup makan “atas pagar” je..rugi tu.

 

Begitu juga lah dilema murid yang baru sahaja hadir Bengkel Ulangkaji UPKK daripada Alam Damai, Cheras sebagai persediaan awal sebelum peperiksaan percubaan mereka. UPKK ni masuk topik daripada darjah 3 sehingga darjah 5. Agak-agak lah macam mana ustazah handle beberapa subjek untuk mereka ni supaya fakta di ingat, mereka seronok dan fokus.

Antara pendekatan yang ustazah gunakan untuk subjek Sirah adalah bila ustazah bercerita, ustazah akan tanya seorang demi seorang sambil buat mind mapping. Murid ni bosan bila banyak sangat ayat panjang. Jadinya dalam mind mapping tu ustazah keluarkan isi penting je. Apa yang perlu ditekankan. Selain itu, ada juga aktiviti bersama mereka. Bermain dan Soal jawab sambil belajar juga.

 

Hot seat (Perkongsian Peserta tentang Topik Yang DIpelajari)

 

Teknik buat Nota nota yang ustazah kongsi dengan mereka :

 

Qistina – “Mudah nak ingat Sirah dan jelas”.

Antara maklumbalas yang diterima daripada salah seorang peserta bengkel ulangkaji UPKK anjuran CMN Academy & Intensif Mumtaz

Dan maklumbalas daripada ibu bapa juga sangat positif.

Harapan ustazah, murid belajar sesuatu daripada perkongsian ustazah disamping ingat fakta-fakta penting dalam topik yang ditekankan. Inshaaallah mudah untuk jawab peperiksaan UPKK nanti.

Ustazah Zuliati

Pengajar & Trainer UPKK & PSRA

Spread the love