Subjek Add Maths Payah? Jom Lihat Cara Yang Mudah Untuk Cemerlang

SPM semakin hari semakin mendekat. Bagaimana persediaan adik-adik? Beyond A atau Below A? Yakin sekali Beyond A yang adik-adik akan pilih. Moga dipermudahkan. Namun, cukupkah dengan hanya menyebut perkataan di permudahkan?

Jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah pepatah Melayu yang disebut. Jika tiada usaha, bagaimana mungkin dapat hasilnya. Adik-adik wajib pastikan mental, fizikal dan minda adik-adik sudah cukup bersedia dan mantap untuk hadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Adik-adik Pelajar SPM KISAS

Bagaimana nak mulakan persediaan? Bermulalah dengan teruskan konsisten belajar dan dapatkan ilmu yang lebih dan tentunya secara efektik. Kenapa efektif? Jika belajar tidak secara efektif, adik-adik akan penat dengan sendirinya dan tiada sebarang peningkatan dalam pelajaran.

Pelajar KISAS Menerima Cenderahati Dari University Of Cyberjaya (UOC)

 

Adik-adik sangat bertuah kerana terdapat banyak pendidikan yang disediakan pada masa kini secara percuma. Contohnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, banyak badan-badan organisasi swasta yang menyediakan pembelajaran online secara percuma.

Antaranya slot khas di televisyen, slot khas di CMN Academy dan banyak lagi. Jadi, gunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya.

Cuba adik-adik risik rakan-rakan yang boleh dikategorikan sebagai pelajar cemerlang? Adakah dia turut sama berhenti belajar sewaktu PKP hari itu. Semestinya dia juga tidak turut PKP yang mana berkurung dalam rumah tanpa ulangkaji pelajaran. Saya amat yakin dia teruskan pembelajarannya walaupun secara atas talian.

Usaha CMN Academy untuk bantu adik-adik masih lagi diteruskan. Terkini, terdapat beberapa buah sekolah yang telah dijelajahi untuk menyampaikan Seminar BEST SPM bagi subjek Add Maths. Antara yang masih lagi berbekas kesannya ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kolej ini amat terkenal dengan latarbelakang pelajarnya yang amat dedikasi untuk berjaya. Bagi melayakkan diri untuk sertai sekolah ini juga perlu mempunyai pencapaian yang baik dari segi pelajaran dan sahsiah.

CMN Academy Berada Di KISAS Bawah Tajaan University of Cyberjaya (UOC)

Tidak bermaksud sekolah yang biasa tidak seperti KISAS ya adik-adik. Sekolah biasa juga tidak kurang hebatnya. Yakin dengan kebolehan yang ada dalam diri adik-adik. Menerusi perkongsian dari CMN Academy, Seminar BEST SPM (Funtastic Add Maths ini) mendapat sambutan yang hangat dari pelajar. Masakan tidak, semuanya melontarkan kata-kata yang bersemangat dan positif semasa dan selepas tamatnya sesi program yang diadakan.

Kehadiran speaker yang hebat (berkecimpung dalam bidang pendidikan Add Maths lebih dari 10 tahun) iaitu Sir Rajinder menggamit suasana yang hebat. Pelajar dapat memahami konsep yang disampaikan dengan mudah, kreatif dan lain dari kebiasaan! :)

Program juga dimeriahkan dengan kehadiran Coach Mohd Noor (Pengasas CMN Academy), Coach Isa (sebagai host program), Cikgu Hana (Fasilitator) dan Teacher Zy (Fasilitator) juga turut sama berada untuk menjayakan program dengan gilang gemilang. Terima kasih juga Cikgu Adham, Guru Add Maths KISAS yang berdedikasi atas usaha beliau menjemput kami dan tidak lupa kepada University of Cyberjaya yang menaja Seminar BEST SPM ini.

Cikgu Hanna Dan Pelajar SPM KISAS

Selesai sahaja program, pelajar meninggalkan banyak komen yang positif dan memberangsangkan sepanjang program berlangsung. Mereka amat teruja dengan pembelajaran Add Maths yang di sampaikan oleh Sir Raj. Teknik yang disampaikan amat mudah untuk di fahami. Antara komen yang ditinggalkan seperti:

Apa kata Pelajar KISAS?


Adakah cukup terkesan dengan coretan rakan-rakan di KISAS? Nak macam tu jugak?

Boleh.. Klik link di bawah dan daftar segera:

http://cmnacademy.com/bestspm/

Jika mahu Team CMN Academy datang ke sekolah anda, mohon Whatsapp Coach Isa: 011-13172015

 

Spread the love