Stres Mengajar Secara Online? STOP! Anda Perlu Punya Kemahiran Kendalikan Kelas Online.

Pelajar tidak memberi respon sewaktu kelas berlangsung. Paling sedih, apabila kelas diadakan, pelajar tidak muncul.

Perasaan Pendidik pastinya remuk mengenangkan betapa semangatnya beliau demi mencurahkan ilmu kepada pelajarnya. Namun, hanya dibawa angin lalu.

Pelajar fasa pandemik adalah pelajar yang telah di digitalkan (norma baharu). Jadi, cara mengendalikan pelajar juga sudah berubah. Biasanya secara offline, namun kali ini secara online dalam jangka masa yang lama.

Banyak perubahan yang perlu dihadapi oleh pelajar dan pendidik. Tidak ketinggalan juga ibu bapa pelajar.

Belajar secara online mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun, masihkah kita mahu melihat pada kekurangan dan biarkan anak didik ketinggalan?

Pada saat ini, kelebihannya telah mengatasi kekurangan. Saya amat yakin pada ketika ini pengajaran secara online sudah tidak terasa berat seperti permulaan pelaksanaannya.

Bagaimana dengan penglibatan pelajar anda semasa kelas online? Adakah:

Tutup kamera?

Tiada respon apabila di ajukan soalan? Krik krik~~

Tidak fokus?

Lain yang ditanya, lain yang di jawab?

Contoh soalan matematik asas bagi pelajar SPM:

X+X=?

Dijawabnya baby cikgu. Pelajar ini bayangkan subjek biologi. Tangan ligat main game dalam talian. Kamera belajar ditutup dengan alasan masalah kamera.

Jadi, stres ke tu? Berapa banyak perkataan adoi yang dah terlafaz tu? Situasinya seperti ini. Klik pada gambar.

Pelajar Boring, Tutor Stres.

 

Bertabahlah wahai pendidik, usaha anda amatlah di hargai. Apa kata anda mulakan dengan mengkaji punca terjadinya perkara ini.

Adakah pelajar anda  tidak teruja untuk hadir kelas anda dan kenapa?

Tukarkan kenapa kepada bagaimana cara untuk mengatasinya. Belajar secara online sangat berbeza dengan belajar secara offline.

Elemen ‘funtastic’ sangat penting. Lebihkan pujian dalam sesi pembelajaran. Pelajar pastinya teruja dengan adanya elemen seperti ini.

Lihat gambar dibawah:

Kelas Online Kimia Bersama Cikgu Ruzanna

 

Kelas Online Biology Bersama Cikgu Zanna

 

Kelas Online Sains Bersama Teacher Zy

 

Kelas Online Bahasa Melayu Bersama Cikgu Muna

Pelaksanaan kelas secara online dengan adanya peralatan atau bahan pembelajaran di tangan seperti kelas biasa amatlah di galakkan. Pelajar pastinya seronok untuk menyertai kelas itu.

Tahap penerimaan pelajar tidak sama apabila belajar secara online. Tarikan di sekeliling mereka lebih banyak berbanding belajar secara online.

Tindakan pendidik pada waktu ini ialah berusaha untuk buat mereka tetap fokus pada skrin dan perhatian pelajar tidak berganjak.

Persoalannya bagaimana? Buntu? Perlukan bantuan yang lebih dalam mengendalikan kelas secara online? Jom selami caranya dengan Simposium Tutor Profesional 2020.

Spread the love