Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

 

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

 

Terdapat 3 golongan yang solat tetapi tidak diterima nilai ibadahnya.

Dalam sebuah hadis dikatakan:

“Ada tiga orang yang solatnya tidak naik atas kepalanya barang sejengkal pun. Orang yang mengimami jemaah sedang mereka tidak sukakanya. Seseorang yang bermalam sementara suaminya dalam keadaan marah kepadanya, dan dua orang bersaudara yang saling bermusuhan.” (HR. Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

 

Berikut adalah 3 golongan tersebut.

  1. Imam yang tidak di sukai oleh makmumnya

  • Imam yang solat dan tidak di sukai oleh makmumnya, solatnya tidak akan diterima
    oleh Allah S.W.T

     2. Isteri yang membuat suaminya marah

  • Isteri yang melakukan kesalahan dan perlu meminta maaf kepada suami, sekiranya isteri tidak meminta maaf maka solat tidak diterima Allah S.W.T

     3. Saudara yang saling bermusuhan

  • Saudara yang saling bermusuhan perlu berbaik-baik dan minta maaf antara satu sama lain supaya solat berjamaah bersama saudara akan diterima Allah S.W.T

 

 

 

 

 9 Kesalahan Berkaitan Solat

Dalam sembahyang mempunyai rukun yang wajib dilaksanakan dan perkara-perkara sunat jangan diabaikan. Kecuaian seseorang dalam melaksanakannya boleh menyebabkan sembahyang itu tidak tidak sah atau sekurang-kurangnya tidak sempurna.

Berikut adalah 9 kesalahan berkaitan solat :-

1. Meninggalkan sembahyang.

2. Melengah-lengahkan solat.

3. Meninggalkan solat berjemaah.

4. Tidak thuma’ninah dalam solat.

5.  Membaca Di Dalam Hati

6.  Mengerjakan Sembahyang Dengan Cepat

7.  Sujud Dengan Tidak Mengendahkan Kedudukan Jari Kaki

8.  Dahi Tertutup Oleh Sesuatu

9.  Salah Bacaan

 

Spread the love