Sains UPSR : Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah

Dah cuti sekolah laa…

Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan yang menyambutnya.

 

Jom kita ulangkaji salah satu Kemahiran Proses Sains (KPS) Mengawal Pemboleh Ubah.

 

Kenapa Pelajar UPSR 2020 perlu kuasai topik Pembolehubah?

Pelajar akan dapat kuasai & jawab soalan TUJUAN, PEMERHATIAN, INFERENS, HIPOTESIS dan KESIMPULAN dengan betul, bila sudah kuasai topik ini.

 

 

Jom kita terus ke topik sebenar.

Apa itu pembolehubah?

 

Ada 3 Jenis Pemboleh Ubah:

 

➊ Pemboleh ubah Dimanipulasi (PM)

Pemboleh Ubah dimanipulasi (PM) adalah perkara yang perlu diubah / ditukar / dibezakan dalam satu eksperimen. Jika tidak diubah / ditukar / dibezakan eksperimen tidak akan berjaya dan ini biasanya menjadi sesuatu yang berbeza dari awal eksperimen. Fakta pemboleh ubah dimanipulasi (PM) boleh digunakan sebagai Inferens.

 

➋ Pemboleh ubah Bergerak balas (PB)

Pemboleh ubah Bergerak balas (PB) adalah Hasil Eksperimen atau Keputusan Penyiasatan yang kita cari. Di akhir penyiasatan, hasil eksperimen yang diukur perlu ditulis Sebagai (PB).. Jadi Pemerhatian perlu dimulakan dengan berdasarkan Pemboleh ubah bergerak balas (PB)

 

➌ Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM)

Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM) adalah Perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi keputusan eksperimen. Eksperimen akan terganggu jika semua perkara diubah dan menghasilkan keputusan yang Salah..

 

 

SYARAT-SYARAT MENULIS PEMBOLEH UBAH.

 

⑴ Secara umumnya, untuk menulis sesuatu pemboleh ubah ianya mengandungi dua perkara iaitu PARAMETER dan OBJEK. Parameter adalah Ciri bagi pemboleh ubah tersebut.. Pastikan pemboleh ubah kita lengkap dengan parameter untuk mengelakkan kehilangan markah.

⑵ Pemboleh ubah = PARAMETER + OBJEK.. Jika salah satu tidak ada maka jawapan Pemboleh Ubah tidak akan diterima..

⑶Contoh – contoh PARAMETER + OBJEK:

 Isipadu + Air yang tinggal
 Masa + Ais melebur
 Panjang + Kain
 Suhu + Udara kandang
 Kuantiti + Anak ayam
 Jenis + Permukaan
 Bilangan + Tuala
 Baka + Kambing
 Tempoh + Air mendidih
 Jarak + sumber cahaya dari objek
 Keadaan + Tanah
 Kecerahan + Mentol
 Kehadiran + Udara dan Air
 Saiz + Ladang
 Warna + Bola

 

Contoh soalan:

Apakah PEMBOLEH UBAH dimanipulasi dalam penyiasatan ini?
Apakah PEMBOLEH UBAH Bergerakbalas dalam penyiasatan ini?
Apakah PEMBOLEH UBAH dimalarkan dalam penyiasatan ini?
Tuliskan dua maklumat yang dikenal pasti dalam penyiasatan ini
Berikan satu maklumat dalam penyiasatan ini?

 

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEMBOLEH UBAH

 

① Pembolehubah tiada parameter.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Air dipanaskan
Jawapan Betul  Masa Air dipanaskan

 

② Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Saiz Ayam semakin Bertambah
Jawapan Betul  Saiz Ayam

 

③ Tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
Eksperimen mengenai saiz jengkal murid dengan bilangan ukuran Meja (jengkal). Soalan minta PM

Contoh :
Jawapan Salah☒ Bilangan ukuran Meja
Jawapan Betul  Saiz Jengkal Murid

 

④. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak

Contoh :
Jawapan Salah☒ Kehadiran udara dan keadaan tikus selepas 2 hari
Jawapan Betul  Keadaan tikus selepas 2 hari

 

⑤ Untuk soalan berikan maklumat, calon menyatakan maklumat yang salah

Contoh :
Jawapan Salah☒ Katak bertambah berbanding belalang
Jawapan Betul  Bilangan katak, Bilangan belalang

 

Semoga bermanfaat ;)

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

 

Jika anda perlukan bantuan Home Tuition dalam subjek Sains UPSR atau apa-apa subjek dan level, boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

 

 

Spread the love