[Sains UPSR] Apa Yang Pelajar Perlu Ingat Dalam Tajuk Asid & Alkali?

Sains UPSR: Apa Yang Pelajar Perlu Ingat Dalam Tajuk ASID DAN ALKALI
Di bulan puasa ini, pelajar selalu hilang Fokus.. Semalam semasa Cikgu berbincang soalan-soalan Sains Pertengahan Tahun, ada pelajar yang tidak dapat membezakan ASID DAN ALKALI…
Maka dengan itu, Cikgu nak kongsikan Nota PENTING yang perlu dingati oleh murid-murid dalam tajuk ASID DAN ALKALI berserta latihan.. Semoga guru-guru serta pelajar-pelajar dapat menggunakannya tips-tips ini dalam peperiksaan UPSR nanti…
๐. Mendefinisi Secara Operasi Sifat Kimia Bahan
โข Bahan ASID adalah bahan yang dapat menukarkan warna kertas litmus BIRU kepada MERAH

โข Bahan ALKALI adalah bahan yang dapat menukarkan warna kertas litmus MERAH kepada BIRU

โข Bahan NEUTRAL adalah bahan yang TIDAK dapat menukarkan warna kertas litmus

๐.. 2 Kaedah Menguji Sifat Bahan
โ Menguji dengan Kertas Litmus
โ Menguji dengan Merasa bahan Makanan
๐. Rasa Makanan Mengikut Sifat Bahan
a. ASID
๐ Rasa MASAM
๐Contoh Makanan : Lemon, Nenas, Oren, Tomato
b. ALKALI
๐ Rasa PAHIT
๐Contoh Makanan : Terung, Peria, Badam, Serbuk Penaik
c. NEUTRAL
๐ Rasa MANIS, MASIN dan TAWAR
๐Contoh Makanan : Gula, Garam, Madu, minyak masak
๐ Formula DISAMBALKALI
disa MB alkali
………โ
โ MERAH โ BIRU = ALKALI
โ BIRU โ MERAH = ASID
โ TIADA PERUBAHAN = NEUTRAL

Soalan-soalan yang sering ditanya dalam kertas 1 atau Kertas 2 SAINS biasanya menguji kemahiran murid untuk MENGINGATI rasa makanan mengikut sifat bahan dan dapat mengenalpasti perubahan warna kertas litmus


