MUHAMAD AISAMUDDIN BIN RIDHUAN
Muhamad Aisamuddin Ridhuan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ai merupakan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perakaunan. Minat beliau dalam bidang pendidikan Matematik di mana fokus beliau kepada penyelesaian masalah sehingga modul S.K.O.R. belia memenangi Anugerah Emas Inovasi Pdp The Teachers’ Innovation Carnival ( T-NOVATE 2018u ) di UIAM, Tempat Pertama dalam Rampai Penyelidik STEM di UKM 2018 dan Pingat Perak dalam Pertandingan Hari Inovasi Fakulti Pendidikan UKM 2017.
Beliau juga Ahli Berdaftar Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM) , Certified Speaker Rahsia Ceramah Memukau, Certified Speaker Smart Study Osman Affan, Certified Master Practitinor of Take Charge! Learning Facilitator System dan Certified Microsoft Innovative Educator.
Kini, Cikgu Ai bergiat aktif mengendalikan program matematik berbentuk bengkel dan seminar untuk pelajar sekolah rendah dan menengah serta guru sekolah memfokuskan kepada pembelajaran strategi penyelesaian masalah Matematik menerusi modul S.K.O.R. yang di asaskan oleh beliau. Selain itu, Beliau juga membantu badan-badan NGO dan Korporat bagi menjalankan program berbentuk CSR di peringkat komuniti.
Hampir 7000 peserta telah mendapat manfaat daripada siri-siri program yang diadakan sejak 2017. Beliau juga menghasilkan empat modul asas aritmetik iaitu Modul Tambah, Darab, Tolak dan Bahagi bagi Program Jom Pandai Matematik. Tahun 2018, beliau terus melangkah ke hadapan dengan menerbitkan satu set buku Teknik Ajaib Kuasai KBAT Matematik UPSR untuk digunakan oleh tenaga pengajar seperti guru-guru, tutor-tutor dan juga ibubapa dalam membantu anak didik menguasai soalan penyelesaian masalah Matematik dengan lebih mudah.
2019, beliau dijemput untuk membentangkan modul beliau di Teachers Conference (TECOF) Mathematics , mengendalikan LADAP bagi guru-guru Matematik di Kuching, Sarawak dengan kerjasama UKM yang memfokuskan kepada pembelajaran strategi masalah Matematik KBAT.
Dengan Tagline Hidup untuk memberi, Memberi perlulah dengan kasih sayang, Kasih sayang lahir dari iman yang mantop, beliau berhasrat mengembangkan ilmu Matematik yang amat diminati ini. Moga Allah membantu beliau dalam usaha murni ini. Aamiin Allahumma Aamiin!
Subjects
- Mathematics
- Online Teaching
- Seminar
Education
-
2004/2009
SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN PERAKAUNAN at UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Experience
-
2013
Perunding Pendidikan Matematik at JomPandai Matematik
-
Membina modul pembelajaran, membuat kajian keberkesanan modul , mengajar tutor dan mengendalikan bengkel Matematik.
There are no reviews yet. Be the first one to write one.

