Siti Zulaikha binti Mohd Yusof

Photo

Teacher ZY - Tutoring Scientist

All over Malaysia

Merupakan seorang yang amat meminati subjek Sains dari sekolah rendah dan bercita-cita untuk menjadi saintis sejak darjah 3. Sepanjang persekolahannya, beliau gemar memberi tunjuk ajar untuk subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris kepada rakan-rakannya. Tamat sahaja Asasi Sains, beliau bekerja di Petrosains, KLCC sebagai ‘Science Communicator Apprentice’ dan di sana beliau didedahkan dengan cara mengajar Sains melalui pendekatan EKSPERIMEN kepada pelbagai lapisan masyarakat dan umur.

 

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran Degree dan Masternya di Universiti Sains Malaysia dalam Ijazah Sains Gunaan (Bioteknologi Industri). Dalam tempoh itu, beliau menamatkan latihan industrinya di Industrial Biotechnology Research Centre, SIRIM Berhad dan dilantik menjadi ‘Graduated Research Assistant’ di mana beliau berpeluang untuk mengajar beberapa kelas dalam subjek “Fermentation Technology” dan “Biochemical Engineering”. Minat mengajar beliau diasah dari kecil dan kemudian berkembang apabila beliau memulakan bisnes home-tutor, sementara menunggu keputusan Masternya.

 

Kini, pelajar Sains terdiri daripada pelbagai individu yang unik termasuk pelajar berumur 40 tahun yang ingin pertama kali menduduki SPM, pelajar disleksia serta pelajar ADHD. Ramai pelajarnya yang lulus setelah berulang kali gagal dalam setiap ujian, ada yang dapat A daripada C dan ada yang dah boleh membaca dan menghafal sifir. Beliau gemar akan cabaran yang wujud dalam membantu setiap pelajar untuk memahami dan menguasai subjek dengan cara masing-masing. Beliau percaya pembelajaran ini bukan sekadar untuk menduduki peperiksaan sahaja tetapi untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian dan sebagai persiapan untuk masa depan yang makin mencabar.

 

Dalam bulan Februari 2020, beliau telah membimbing 5 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 daripada Bait Al-Hasanah untuk menyertai pertandingan ‘Asian Youth Innovation Award’ yang dianjurkan oleh ‘Malaysia Technology Expo” di PWTC, Kuala Lumpur. Penyertaan saat akhir mereka bertajuk “3R + 1 Cat Food” telah mendapat dua anugerah iaitu “Gold Award” dan “The Best Awards” daripada 40 penyertaan. Pengalaman yang amat mengujakan buat beliau yang pertama kali menyertai pertandingan taraf antarabangsa. Beliau juga merupakan salah seorang fasilitator dalam Bengkel Funtastic KBAT STEM bersama guru-guru Pejabat Pendidikan Daerah Baling, Kedah. Kemudian, beliau mula mengajar secara online untuk Funtastic Sains PT3 dan Funtastic Sains SPM serta sesi offline untuk Program ‘Creative Critical Thinking Skills’ dan Bengkel HEBAT SPM bagi Pelajar Tingkatan 5 di Asrama Bait Al-Hasanah, Lembaga Zakat Selangor.

Subjects

  • sains
  • Science
  • Virtual Classroom
  • Online Tuition, School Tuition, Seminar
  • Updated 1 year ago

No Title

Rated 0 out of 5
September 22, 2021

No Title

Rated 0 out of 5
January 21, 2021

ibrahim

Rated 0 out of 5
January 21, 2021

hi cikgu zy

muhammad ibrahim bin md saroul alam

ibrahim

Rated 1 out of 5
January 21, 2021

hi ka

muhammad ibrahim bin md saroul alam

No Title

Rated 5 out of 5
January 11, 2021

No Title

Rated 0 out of 5
January 11, 2021

No Title

Rated 0 out of 5
January 11, 2021

No Title

Rated 0 out of 5
January 11, 2021
NUR ALIA HIDAYAH