Sarhan Razi bin Rosli

Photo

Cikgu Sarhan

Bachok

Assalamualaikum w.bt. Saya Sarhan Razi bin Rosli, berumur 22 tahun dan berasal dari Bachok, Kelantan. Saya merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) di Kuala Lumpur. InsyaAllah pada tahun hadapan (2021) saya akan habis belajar dan akan ‘posting’ di sebuah sekolah yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dalam tempoh belajar di IPGKBM, saya mengambil Bahasa Melayu (SK) sebagai subjek major dan Matematik (SK) sebagai subjek minor.

Antara pengalaman mengajar saya ialah semasa mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 1 dan fasa 2 pada tahun 2019 dan PBS fasa 3 pada tahun 2020. PBS ini merujuk kepada satu program yang wajib dilaksanakan oleh semua pelajar IPG di sekolah pilihan pelajar selama seminggu. Dalam pelaksanaan PBS, pelajar perlu membuat tugasan atau ‘assignment’ yang diberikan oleh pensyarah. Namun, saya pernah diamanahkan oleh pentadbir sekolah untuk menguruskan kelas. Saya diberi kebebasan untuk melaksanakan sebarang aktiviti atau mengajar. Tapi saya pilih untuk melaksanakan aktiviti bahasa seperti seloka dan pantun. Hal ini kerana saya ingin mengenali watak atau peribadi murid di samping mewujudkan satu hubungan baik antara saya dengan murid sebelum terus mengajar.

Pada Disember 2019, saya telah mencari pendapatan sampingan dengan mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen Anda di Bachok, Kelantan. Dalam tempoh sebulan, saya ditugaskan untuk mengajar BM dan Matematik bagi murid tahun 3, 4, 6 dan tingkatan 3 serta 4. Alhamdulillah saya dapat melaksanakan amanah saya dengan baik.

Pada Februari 2020, seorang pensyarah Matematik saya menawarkan saya untuk mengikuti beliau serta beberapa rakan yang lain untuk mengajar tuisyen anak staf Universiti Malaya di Universiti Malaya. Saya ditawarkan untuk mengajar subjek Sains bagi murid tahun 3 dan 4. Alhamdulillah saya dapat laksanakan amanah tersebut dengan baik. Namun, pengalaman tersebut hanya sekejap sahaja kerana tidak lama selepas itu, negara kita diuji dengan musibah Covid-19 sehingga hari ini.

Pada Februari 2021, saya mula menjalani Praktikum Fasa 1. Praktikum atau lebih dikenali sebagai praktikal dilaksanakan selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Semasa memegang gelaran guru praktikal, saya ditawarkan untuk mengajar Bahasa Melayu dan Matematik bagi murid tahun 2 dan tahun 4. Murid tahun 2 bagi subjek Bahasa Melayu ialah seramai 38 orang, murid tahun 2 bagi subjek Matematik ialah seramai 37 orang, murid bagi Bahasa Melayu tahun 4 seramai 30 orang dan murid subjek Matematik tahun 4 ialah 29 orang. Maka, keseluruhan murid saya semasa menjalani praktikal ialah 134 orang. Angka tersebut memang sedikit mencabar kerana murid terlalu ramai memandangkan saya baru sahaja mencipta pengalaman sulung mengajar di sekolah. Tambahan pula, sekolah tersebut terdiri daripada murid perempuan sahaja dan terdapat ramai murid mengalami masalah dari segi berbahasa dan penulisan Bahasa Melayu. Namun, saya sangat seronok kerana banyak benda yang saya belajar di sekolah tersebut. 134 orang murid merujuk kepada 134 ragam murid. Sebagai guru, saya tidak pernah lupa dengan tanggungjawab saya untuk mewariskan ilmu saya kepada murid saya sehingga mereka berjaya.

Dalam menjalani praktikum, saya mempunyai pengalaman mengajar secara dalam talian kerana pada permulaan praktikum, sekolah belum dibuka. Setelah sekolah dibuka, barulah saya dapat bersemuka dengan murid. Alhamdulillah dengan bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing semasa menjalani praktikum, saya dapat menyelesaikan praktikum dengan baik. Gambar yang saya lampirkan tadi merupakan kenangan terakhir saya bersama dengan murid tahun 4 bagi subjek Matematik. Pada waktu itu, murid sudah ramai tidak hadir ke sekolah kerana kes baharu Covid-19 mula menunjukkan peningkatan.

Jadi, itulah sedikit sebanyak mengenai latar belakang saya, latar belakang pendidikan dan pengalaman mengajar saya.

Subjects

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • sains
  • Home Tuition, Online Tuition
  • Updated 7 months ago

There are no reviews yet. Be the first one to write one.