Nurul Fathin binti Noor

Nama saya Nurul Fathin Noor. Saya merupakan graduan Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) dalam jurusan Bachelor of Engineering ( Hons ) Electronics. Saya telah menjadi tutor selama 7 tahun. Saya mempunyai pengalaman mengajar untuk subjek Matematik & Sains ( Sekolah Rendah ) Matematik, Sains, Fizik & Matematik Tambahan ( Sekolah Menengah ).

Saya mengajar mengikut penguasaan pelajar. Setiap pelajar, saya akan mengenal pasti titik kelemahan mereka dan memberi perhatian khusus terhadap kelemahan tersebut. Saya akan menggunakan contoh atau kaedah yang lebih mudah untuk pelajar memahaminya. Semasa kelas, saya juga sering memberi semangat kepada pelajar supaya mereka ada keyakinan diri untuk berjaya.

Bagi saya, setiap pembelajaran yang dipelajari bukan hanya digunakan untuk menjawab soalan. Ia juga boleh digunakan dalam kehidupan kita. Setiap pelajaran yang dipelajari, jika dikaitkan dengan kehidupan ia boleh menjadikan pembelajaran itu lebih menarik dan mudah difahami. Sekiranya saya dipilih untuk menjadi tutor,saya akan cuba menjadi tutor yang terbaik dan disenangi pelajar.

Subjects

  • Matematik
  • Mathematics
  • Online Teaching
  • sains
  • Science
  • Home Tuition, Online Tuition
  • Updated 4 weeks ago

There are no reviews yet. Be the first one to write one.