NURSHAFINAS BINTI SHAFFIE
Nama saya Nurshafinas dan telah menjadi tutor separuh masa selama 2 tahun. Saya pernah mengajar di Sekolah, Pusat tuisyen dan sekarang ini saya menjadi Guru Pelatih dan Tutor secara Part Time. Saya merupakan pelajar tahun akhir dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif)
Antara pengalaman saya dalam dunia pendidikan ialah mengajar subjek UPSR (Sains dan RBT), PT3 (Sains, Sejarah & Asas Sains Komputer), SPM (Sains, Sejarah, Sains Komputer, ICT).
Bagi pelajar yang baharu, saya akan mengenal pasti dahulu titik kelemahan serta keputusan terkini mereka untuk diberikan perhatian yang khusus bagi membantu kelemahan tersebut. Dalam masa yang saya akan menyuntik semangat dan kata-kata motivasi kepada pelajar untuk tidak mudah mengalah dalam pelajaran.
Motto hidup saya ialah “Success is a process, a quality of mind and way of being, an outgoing affirmation of life”. Untuk berjaya perlukan usaha secara berterusan dan saya percaya bahawa setiap pelajar ada potensi untuk berjaya akan tetapi memerlukan usaha yang mana ianya bermula dengan proses pembelajaran
Subjects
- Asas Sains Komputer
- Coding
- CSS
- Html
- Online Teaching
- Programming
- sains
- Science
- Sejarah
- STEM
There are no reviews yet. Be the first one to write one.

