NUR FAZLIN BINTI MD RAFI
NUR FAZLIN BINTI MD RAFI
Umur 24 Tahun
Berasal Kota Bharu, Kelantan sekarang menetap di Senai Johor
Pendidikan
Universiti Sains Malaysia USM Penang (Bacelor Sains Matematik, Major Matematik, Minor Pengajian Islam)
Matrikulasi Melaka – (Modul 2- Sains Fizik)
Sekolah Menengah Long Ghafar, Kelantan
*Saya merupakan antara tenaga pengajar yang aktif melibatkan diri dalam seminar-seminar Sains dan Matematik terutamanya ketika berada di alam kampus USM. Seminar Maths Day Out, Bengkel Kuiz Matematik Sekolah Menengah Peringkat Negeri dan banyak lagi.
*Saya merupakan tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Pintar Utama Jelutong Penang dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu Sekolah Rendah selama 7 bulan. Jumlah pelajar dalam satu sesi yang dibantu lebih kurang 5-10 orang pelajar.
Bagi subjek Matematik alhamdulilah kebanyakan pelajar tersebut dalam improve dari sudut tidak pandai mengira sehingga dapat menguasai konsep tambah tolak darab bahagi dalam Matematik. Malah pelajar dapat memahami soalan soalan objektif subjek untuk menjawab soalan.
* Pengalaman mengajar matematik kepada murid sekolah rendah area Gelugor Penang. Saya banyak bantu dari segi sifir, teknik memahami konsep yang betul. Alhamdulillah saya dapat bantu pelajar tersebut selama 6 bulan dan pelajar tersebut berjaya tingkatkan Gred nya dari C kepada A.
*Untuk subjek Bahasa Melayu pula, alhamdulillah pelajar dari tidak dapat membaca sehingga dapat membuat karangan dengan baik.
* Pengalaman mengajar mengaji dewasa dewasa selama setahun dari “0” hingga kenal huruf dan sekarang alhamdulillah pelajar sudah dapat membaca Al Quran dan khatam dengan jayanya. Pelajar di Batu Kawang Penang.
In shaa Allah saya bersedia untuk bantu pelajar-pelajar terutama dalam Subjek Matematik. Semoga membantu. Terima kasih
Yakin Sebelum Berjaya
Subjects
- Additional Mathematics
- Al-Quran
- Mathematics
- Mengaji
- Pendidikan Islam
There are no reviews yet. Be the first one to write one.