HANUN HAMIZA BINTI ZULKIFLI

Photo

Guru- Bahasa Melayu, Al-Quran / Qiraati

Kota Bharu, Kelantan

Bismillah.

Assalamu’alaikum w.b.t

Saya Hanun Hamiza binti Zulkifli seorang graduan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam bidang Sains Politik. Saya telah berkecimpung dalam dunia mengajar bermula pada tahun 2016 ketika belajar di UIAM. Pada tahun 2016-2019, saya menjadi guru Al-Quran dan Qiraati di Surau Fatimatul Az-Zahra, Gombak untuk anak-anak mukim di sana yang berumur 5-12 tahun. Kemudian, pada setiap cuti semester universiti, saya menjadi guru ganti di Pusat Tusyen Lagenda Ilmu yang mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik dan English bagi pelajar Tahun 3 dan Tahun 4. Saya juga menjadi guru untuk Kelas Membaca dan Kelas Qiraati di pusat tusyen tersebut.

Setelah menamatkan pengajian di UIAM, pada tahun 2021 saya mendapat pekerjaan menjadi seorang guru di SRITI AL-FATEH, Kota Bharu dan mengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 3 dan Tahun 4 serta menjadi guru Tahfiz dan Al-Quran untuk pelajar Tahun 1. Pada malam hari, saya mengajar Al-Quran di Masjid Al-Husna, Baung Bayam untuk pelajar Tingkatan 1-4.

Alhamdulillah, selama saya mengajar, saya mendapat respon yang positif dari ibu bapa yang mana anak-anak mereka suka apabila berada di dalam kelas bersama saya. Anak-anak murid juga sentiasa bersemangat untuk menghadiri kelas al-Quran yang dikelola oleh saya.

In shaa Allah, jika Tuan/Puan memilih saya untuk menjadi guru al-Quran, saya akan memberi yang terbaik supaya anak-anak lebih mencintai dan menyukai dalam mempelajari ilmu al-Quran:)

Sekian, Terima Kasih.

Subjects

  • Al-Quran
  • Bahasa Melayu
  • Jawi
  • Mengaji
  • Pendidikan Islam
  • Home Tuition, Quranic Home Based, School Tuition
  • Updated 2 months ago

There are no reviews yet. Be the first one to write one.