MUHAMAD AISAMUDDIN BIN RIDHUAN
Muhamad Aisamuddin Ridhuan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ai merupakan pengasas Kuasai KBAT Matematik UPSR Teknik S.K.O.R, Certified Speaker Rahsia Ceramah Memukau, Certified Speaker Smart Study Osman Affan,Ahli Berdaftar Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM), Certified Master Practitiner of The Take Charge! Learning facilitator System dan Certified Microsoft Innovative Educator.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia. Minat beliau dalam membantu meningkatkan kemahiran berfikir melalui Matematik sehingga berjaya mendapat pengiktirafan Pingat Emas dalam Inovasi Pdp The Teachers’ Innovation Carnival ( T-NOVATE 2018 ) di UIAM, Tempat Pertama dalam Rampai Penyelidik STEM di UKM 2018 dan Pingat Perak Inovasi Fakulti Pendidikan UKM 2017.
Cikgu Ai juga telah menghasilkan beberapa 4 modul asas aritmetik Matematik yang digunakan di Pusat Latihan Jom Pandai Matematik yang berpusat di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan kini bergiat aktif dalam mengendalikan program matematik berbentuk bengkel dan seminar untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru sekolah, serta agensi kerajaan dan swasta bagi program CSR.
Pada tahun 2019, modul S.K.O.R. cikgu Ai terpilih bagi geran Yayasan Guru Tun Hussein Onn untuk Latihan Dalam Perkhidmatan Guru-Guru Matematik di Kuching, Sarawak melalui kerjasama dengan Fakulti Pendidikan UKM. Modul ini juga telah dijemput untuk pembentangan di Teachers Conference, TECOF Mathematics.
Subjects
- Mathematics
Education
-
2004/2009
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian at universiti kebangsaan malaysia
Experience
-
2009/2012
acc executive at nasra pharmacy sdn bhd
-
2012/2013
treasury executive at ctrm sdn bhd
-
2013
Perunding Pendidikan Matematik at JomPandai Matematik
There are no reviews yet. Be the first one to write one.

