‘AINA SYAZWANA BINTI ‘AFAN

Photo

'Aina - Arabic Tutor

Perak

Nama diberi ‘Aina Syazwana binti ‘Afan, berusia 23 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Kini, sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan akan tamat pada bulan Jun 2021.

Saya pernah menjalankan latihan industri di sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan mendapat tugasan untuk mengajar subjek Bahasa Arab Kontemporari (Al- Lughah Al-Arabiah Al Mu’asirah) tingkatan 3. Saya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang melibatkan komunikasi dua hala kerana ia sangat penting bagi meyakinkan saya bahawa pelajar faham dengan apa yang dipelajari. Dengan cara tersebut, saya mendapat respon yang baik daripada pelajar-pelajar. Mereka mudah faham apa yang diajar dan lebih minat untuk belajar Bahasa Arab.

Menurut pemerhatian saya, ramai pelajar tidak minat subjek Bahasa Arab kerana susah dan tidak menarik. Jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk menarik minat mereka cintakan Bahasa Arab, iaitu bahasa yang sangat penting dalam kehidupan, terutamanya orang Islam.

Jadi, saya akan cuba yang terbaik untuk bantu adik-adik rasa seronok dengan Bahasa Arab.

هيا نتعلم ونحب اللغة العربية وهي لغة القرآن!

Selain itu, saya juga mempunyai asas dalam bidang Al-Quran dan Sunnah dan juga Syariah Islamiah kerana ia merupakan subjek yang wajib kami ambil di UIA. Malah, saya juga belajar ketika di sekolah.

Apapun yang saya akan ajar, saya cuba yang terbaik untuk memberi kefahaman kepada adik-adik. InshaAllah

Subjects

  • Bahasa Arab
  • Fardhu Ain
  • Jawi
  • Pendidikan Al-Quran Sunnah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiyah
  • UPKK
  • Online Tuition
  • Updated 7 months ago

There are no reviews yet. Be the first one to write one.