Rahsia Penting Kertas 2 Sains UPSR

Hari ini Cikgu ingin kongsikan RAHSIA PENTING Kertas 2 Sains UPSR yang sepatutnya sudah TIDAK MENJADI RAHSIA kepada semua calon-calon UPSR 2019. Namun masih ada murid yang tidak tahu atau terlupa perkara asas ini sebelum menjawab soalan-soalan kertas 2 Sains… Semoga perkongsian ini berguna kepada guru dan murid-murid yang membacanya…

 

1. Fakta Sains dari Tahun 3 hingga Tahun 6 perlu dihafal.

Mengikut kiraan Cikgu dari kertas 2 Sains UPSR dari Tahun 2016 hingga 2019 terdapat jumlah yang berbeza bagi soalan Fakta bagi setiap tahun. Data soalan Fakta adalah seperti berikut:-

 

2. Pemboleh ubah terdiri dari 3 iaitu

 

3. TUJUAN PENYIASATAN INGAT “UMHD” PM dengan PB

✎ U – untuk
✎ M – menyiasat
✎ H – hubungan
✎ D – diantara

✎ PM – Pemboleh ubah diManipulasi
✎ PB – Pemboleh ubah Bergerakbalas

g. CONTOH : Untuk Menyiasat Hubungan Diantara bilangan sel kering dengan kecerahan mentol.

 

4. PEMERHATIAN MESTI DIMULAKAN DENGAN “PB”

✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.

✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali

✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

 

5. INFERENS PERLU ADA ‘KERANA’

⚑ JIKA TIDAK ADA PEMERHATIAN DALAM SOALAN PERLU DIMULAKAN DENGAN PEMERHATIAN
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu paling besar berbanding kolam ikan yang lain KERANA ikan dalam kolam pak abu mendapat makanan yang paling banyak

⚑ JIKA PEMERHATIAN TELAH DIBERIKAN DALAM SOALAN TERUS JAWAB ‘KERANA’
CONTOH: KERANA ikan pak abu kurang persaingan untuk mendapatkan makanan dan ruang

⚑ INFERENS BOLEH RUJUK PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI

 

6. CORAK ATAU POLA PERUBAHAN CUMA ADA 3 JENIS JAWAPAN

⚑ BERTAMBAH (meningkat/menaik) – ditulis apabila nombor atau pola semakin membesar

⚑ BERKURANG (menurun) – ditulis apabila nombor atau pola semakin mengecil

⚑ SAMA (mendatar) – ditulis apabila nombor atau pola tidak berubah

 

7. MERAMAL ADALAH BERDASARKAN POLA ATAU FAKTA SAINS

 JIKA berdasarkan pola, perlu buat garis nombor
CONTOH : 2, 4, 6, 8, 10, X jadi X adalah 12

 JIKA berdasar fakta, Perlu fikir logik dan berdasarkan fakta
CONTOH : ramalkan apa yang akan berlaku jika Bumi di kedudukan Utarid? Jawapan: Semua hidupan akan mati

 

8. HIPOTESIS ATAU HUBUNGAN guna kaedah ‘H’

 Jika PM dan PB mempunyai pola guna Semakin… Semakin

CONTOH :

Semakin Bertambah bilangan mentol
Semakin berkurang kecerahan nyalaan mentol

 

 Jika PM dan PB tidak mempunyai pola guna Jika… Maka

CONTOH :

Jika jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

 

9. KESIMPULAN juga guna kaedah ‘H’

 Jika PM dan PB mempunyai pola guna Apabila… maka

CONTOH :

Apabila bilangan mentol Bertambah
maka kecerahan nyalaan mentol Berkurang

Apabila jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

 

 Kesimpulan juga boleh menggunakan inferens sebagai KESIMPULAN UMUM

CONTOH: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

 

10. Jadual dan Carta Perlu betul kedudukan PM dan PB

 

~

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua para pembaca dan dapat memberi input yang berguna kepada calon-calon UPSR 2019.. InsyaAllah

Spread the love