RAHSIA PELAJAR CEMERLANG, BAGAIMANA?
RAHSIA PELAJAR CEMERLANG??
Pelajar Cemerlang menjadi idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri.
Calon sendiri nampak kool sahaja dan selamba mengambil peperiksaan….tetapi itulah fenomena sekarang. Apakah yang bermain dalam fikiran mereka? Bagaimana mereka mengatur kehidupan? Bagaimana pula mereka mengatasi masalah harian? Adakah kejayaan itu hanya milik mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja?
Semua persoalan ini terjawab apabila mencapai kecemerlangan keputusan peperiksaan nanti. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran, ada beberapa panduan yang boleh diadaptasikan dan seterusnya dipraktik secara berterusan. Para pelajar sebenarnya perlu menanam di dalam diri iaitu niat mencapai kecemerlangan dan nah! Ayuh mengejarnya. Antaranya ialah:
MATLAMAT ATAU SASARAN
Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Meletakkan tujuan kenapa perlu belajar dan mengejar berapa “A” yang mereka mahukan. Perlu jelas untuk mengambil jurusan apa semasa di univerisiti serta berusaha mencapai kehidupan yang berkerjaya.
PERCAYA
Pelajar cemerlang percaya mereka akan dapat kecemerlangan. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.Percaya bahawa hanya dengan berusaha sahaja akan dapat mencapai apa sahaja visi dan misi dalam hidup.
TUMPUAN
Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu.Fokus dan terus fokus itulah adalah intipati kejayaan cemerlang para pelajar.
PERANCANGAN
Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka. Jadual secara sistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.
STRATEGI BELAJAR
Rahsia kejayaan mereka juga diukur dengan mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota serta belajar secara berkumpulan. Tidak hairan lah bila secara berkumpulan segala idea dapat dikongsi bersama. Ini secara langsung meransang pemikiran mereka lebih menjadi lebih proaktif berbanding belajar berseorangan.
MENJAGA MASA
Tidak membazir masa begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.
PERGAULAN
Pergaulan bersama dengan semua orang tidak mengira lapisan masyarakat. Para pelajar perlu tahu memilih kawan semasa pergaulan . Ini kerana kawan yang baik akan dapat membantu kita terutamanya di dalam pembelajaran khasnya. Perkongsian maklumat dan idea akan senang diadaptasikan.
PEMANTAUAN
Kemestian para pelajar sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat postmortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka menyelesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta.
HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU
Membuat perhubungan yang baik dengan para guru adalah rahsia paling besar kejayaan. Ini berkait rapat dengan ilmu yang dicurahkan menjadi berkat kepada para pelajar. Tidak segan untuk bertemu guru bertanyakan segala persoalan atau permasalahan di dalam soal menjawab dan sebagainya. Namun begitu, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek. Inilah resipi yang berkesan kerana impaknya sangat besar.
KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH
Sikap berterusan dan istiqamah di dalam belajar adalah satu kemestian. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda.Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar.Buat sedikit tetapi berterusan.Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari.
SANGGUP BERKORBAN
Remaja mana tidak sukakan hiburan dan keseronokan.Tetapi pelajar cemerlang mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.
AGAMA NOMBOR SATU
Bagi pelajar beragama mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah.Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan.Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan. Dengan menjadi insan yang beragama sahajalah segala keinginan dan kemahuan senang dikecapi. Dengan agama jugalah nanti akan menentukan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran. Semuanya adalah dari kurniaanNya.
Bersama Peneraju Home Tuition Mentoring Di Malaysia
Ketahui bagaimana Rahsia pelajar biasa menjadi
Tonton video ini
Ia tidak lagi mustahil dengan Sistem Pembelajaran Home Tuition yang berkesan bermula di rumah anda!
ANAK KURANG TUMPUAN DALAM KELAS??
ANDA DAN KELUARGA MAHU MENGAJI AL-QURAN BERSAMA??
INGIN PEMBELAJARAN BERFOKUS DI RUMAH ANDA??
![]() | Kami membantu anak tuan/puan belajar dengan FOKUS & SERONOK di rumah & mengalami peningkatan dalam akademik mereka. |
![]() | Kami juga membantu tuan/puan dan keluarga mempelajari Al-Quran dengan suasana lebih seronok. |
Ramai di kalangan pelajar mempunyai cabaran untuk belajar dalam suasana yang ramai.
Bukan kerana mereka tidak pandai, cuma tiada orang yang dapat bantu dan bimbing mereka untuk belajar dengan teknik & cara yang betul.
Atau mungkin mereka malu untuk bertanya guru semasa dalam kelas terutamanya apabila pelajar ramai.
Dengan pembelajaran secara berfokus ini, tutor kami dapat membantu mengenali potensi anak tuan/puan dan membantu mereka untuk cemerlang dalam akademik di samping mempunyai sahsiah yang terpuji.
Sebahagian dari pelajar kami yang cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM, IGCSE





ANAK DAPAT A PERCUBAAN UPSR LEPAS TUISYEN DI RUMAH!
“Banyak perubahan anak saya selepas tuisyen dengan tutor dari CMN Academy. Dulu anak agak lemah terutamanya subjek Sains & Matematik… Tapi lepas tuisyen di rumah, markah yang dulunya selalu dapat B & C, dah naik ke A”
Pembelajaran Home Tuition secara fokus di rumah anda
Pembelajaran Home Tuition untuk kumpulan kecil
Pembelajaran Quranic Home Based bersama keluarga
6A PERCUBAAN UPSR!! WOW & TAHNIAH ADIK AISHAH!
Anak kepada Puan Feldatun ini bertukar sekolah semasa tahun 6 dan adik ini amat aktif dengan aktiviti sekolah… tapi boleh dapat 6A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini dari peperiksaan pertengahan tahun dapat 3A.
Pembelajaran Al-Quran tanpa mengenal usia
Pembelajaran Quranic Home Based dan Fardhu Ain untuk anak-anak
Pembelajaran Al-Quran bersama organisasi kerjaaan dan syarikat
Siapakah kami?
CMN Academy berdiri teguh bagi membantu ibu bapa & anak-anak untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik & Al-Quran, menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition, Online Tuition & Quranic Home Based dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini.
CMN Education Group telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya. Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia. Selain itu, Modul Funtastic menerima 2 Silver Award di ‘Teachers Innovation Carnival’ (T-NOVATE 2018) di UIA dan EDUINNOVATION 2018 di UKM selain menerima pujian semasa pembentangan bersama PPD & JPN semasa pembentangan di Seminar Antarabangsa Pendidikan (ProSET) di Unisel. Modul Bahasa Arab bersama CMN Al-Qudwah telah mendapat Gold Medal dalam Pertandingan Inovasi Bahasa Arab sempena World Arabic Language Day di UKM.
Kami juga telah dijemput untuk berkongsi Teknik Pengajaran & Pembelajaran bersama Guru-guru Sains & Matematik di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin dalam Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’. Bersama Puan Zarina, Pegawai SISC+ PPD Rompin di mana kami dijemput untuk berkongsi dalam Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 “Beyond Expectation Teachers” bersama Guru-guru Sains & Matematik. |
Untuk meningkatkan kualiti Tutor, kami sentiasa menganjurkan Bengkel “Home Tutor Beyond Expectation” untuk upgrade kemahiran dan silibus terkini serta mengiktiraf Home Tutor yang berkelayakan.
CMN juga telah mengasaskan Tutor Profesional Malaysia yang menghubungkan Tutor-tutor dari seluruh Malaysia melalui Simposium Tutor Profesional Malaysia
TESTIMONI KEJAYAAN PELAJAR
(Baca lebih lanjut tentang: Feedback dan testimoni klien Home Tuition & Quranic Mengaji CMN Academy)
PEMBELAJARAN LEBIH MENARIK, EFEKTIF, SELESA, SERONOK & BERIMPAK KINI DIBAWA KE RUMAH ANDA MELALUI PRIVATE TUTOR & ONLINE TUTOR KAMI!!
PENDAFTARAN HOME TUITION MENTORING CMN ACADEMY KINI DIBUKA!
>>>Mohon Whatsapp ‘Nama penuh_Free Notebook_CMNA_Home Tuition Mentoring/Quranic Home Based’ ke 011-15775761 <<<
======
SIAPA KAMI?
======
👔 CMN Academy merupakan anak syarikat di bawah CMN Global Consultant Sdn. Bhd.
👔 Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan & telah bantu ramai ibu bapa & pelajar.
👔 Kami menawarkan 2 pakej iaitu “AMAZING HOME TUITION” & “WONDERFUL HOME QURAN”
👔Cawangan-cawangan kami di seluruh negara:
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Bangi
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Seremban
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuala Lumpur
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Gombak
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kajang
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Melaka
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Johor Bahru
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuantan
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Ipoh
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuala Terengganu
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kota Bharu
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kota Kinabalu
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuching
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Sungai Petani
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Georgetown
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Butterworth
CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kangar
Mengapa anda perlu pilih Home Tuition Mentoring by CMN Academy?
Mari kami ceritakan…
Apa ISTIMEWANYA Home tuition Mentoring by CMN Academy?
🔍 Cara pengajaran lebih EFEKTIF
Belajar di rumah sendiri, sama ada seorang atau kumpulan kecil (maksimum 5 pelajar* dalam 1 masa)… lebih fokus & selesa.
🔍 Penerapan modul berteraskan KBAT
KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Lebih banyak aktiviti berbanding cuma tengok buku saja.
Pelajar tak bosan, lebih senang faham & ingat teori dengan sendirinya. Pelajar lebih banyak berfikir dari hanya menghafal.
🔍 Subjek PILIHAN Tuisyen mengikut keperluan
Kami sediakan konsultasi percuma untuk anda pilih subjek yang betul.
Anda boleh pilih subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains…
serta subjek tambahan seperti Matematik Tambahan, Akaun, Fizik, Biologi, Kimia Bahasa Arab…
🔍 Dijamin ada PENINGKATAN dalam pembelajaran**
InsyaAllah, selepas minimum sebulan kelas, ada peningkatan dalam mood study anak anda.
Bila mood dah naik, performance akan turut naik dengan sendirinya!
🔍 Dahulukan apa yang PENTING
Kami tidak nafikan pelajaran mengikut silibus atau “habiskan” silibus itu penting…
Kami tekankan pembelajaran ikut keperluan… maksudnya dahulukan bahagian yang pelajar belum mahir & perlu bimbingan, bukan ikut flow untuk kejar silibus.
Bagi kami, jika asas pelajar itu kuat, soalan pusing macam mana pun, insyaAllah pelajar dapat jawab dengan yakin.
+ Aplikasi CARA PEMBELAJARAN MENARIK & SESUAI untuk setiap pelajar.
Private & Home Tutor kami menerima LATIHAN BERKALA berkaitan PENDEKATAN pembelajaran yang MENARIK & asas Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Kami percaya setiap pelajar mempunyai keistimewaan & tahap tersendiri, serta cara pembelajaran yang berbeza.
🔍 Online Tuition
Anak anda boleh belajar menggunakan laptop, PC dan tablet dari mana-mana sahaja dengan wifi internet. Kami mempunyai software untuk membantu pembelajaran tuisyen melalui online. Online Tutor kami dapat membantu anak anda belajar dengan teknik pembelajaran terkini melalui online.
🔍 Penganjur Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM)
Kami juga merupakan Penganjur kepada Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) yang diadakan setiap tahun untuk mengumpulkan tutor-tutor dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia bagi memberikan perkhidmatan dan kualiti pembelajaran yang terbaik kepada klien dan pelajar.
🔍 Anda boleh TAHU setakat mana PENCAPAIAN/pembelajaran semasa anak anda.
Best bukan? Kami sediakan LAPORAN BULANAN di mana prestasi pelajar & tutor dapat dilihat, untuk anda & kami monitor bersama.
🔍 Dibuka untuk semua pelajar SEKOLAH RENDAH & MENENGAH.
🔍 MASA lebih FLEKSIBEL mengikut permintaan anda.
🔍 JIMAT masa, tenaga & minyak kereta anda.
🔍 SELAMAT & SELESA kerana pembelajaran dibawa ke rumah anda.
Jika anda sebagai ibu bapa tidak berpuas hati dengan Tutor pada kelas PERTAMA, kami akan menggantikan dengan Tutor lain atau anda TIDAK PERLU membayar apa-apa!
30 Pendaftaran Awal untuk 2019 akan mendapat Notebook KHAS “YAKIN SEBELUM BERJAYA” yang disukai ramai ini :)
TEMPAT TERHAD!
BERMINAT?
Ya, saya ingin mengetahui maklumat lanjut sekarang!
Mohon Whatsapp ‘Nama penuh_Free Notebook_CMNA_Home Tuition Mentoring/Quranic Home Based’ ke 011-15775761
P/S: Yuran kami adalah berpatutan dengan servis yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran