Persediaan Sains UPSR 2020 : KEKUATAN DAN KESTABILAN
Kami nak kongsikan kepada pelajar UPSR untuk tahun hadapan berkenaan tajuk yang agak popular bagi Sains Tahun 5 ..
Ada yang nak tak ?
Jom Baca perkongsian dari kami topik :
🏡 KEKUATAN DAN KESTABILAN
✎ Definisi Kekuatan
📝Keupayaan struktur untuk menahan daya yang bertindak ke atasnya
📝Penerangan: Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat, tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.
✎ Kekuatan Objek
🏢 Struktur Yang Kuat Dan Stabil
📝 Struktur yang kuat dan stabil di sekeliling kita dibina berasaskan pelbagai bentuk seperti:
📦 Hemisfera (Pusat Sains Negara)
📦 Kuboid (Bangunan Parlimen)
📦 Silinder (KLCC)
📦 Piramid (Masjid Negara)
📦 Sfera
📦 Kubus
📦 Kon
📝Bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk tersebut akan menghasilkan struktur binaan yang kuat dan stabil.
📝Struktur yang kuat ialah strukur yang teguh, kukuh dan mantap.
🏢 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kekuatan Struktur (Johor Bahru)
1. Bentuk struktur
📝 Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata.
📝Jambatan dan terowong dibina secara melengkung supaya lebih kuat
2. Jenis Bahan binaan
📝 Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza.
📝 Konkrit adalah bahan yang paling kuat diikuti oleh besi, kayu, plastik dan kaca.
🏭 Kestabilan Objek
🎪Definisi Kestabilan
📝Keupayaan struktur untuk tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya padanya
📝 Penerangan: Struktur yang stabil ialah struktur yang tidak mudah terbalik, roboh, goyang dan jatuh apabila dikenakan daya…
🏭 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kestabilan Struktur
1. Ketinggian
📝Semakin tinggi struktur, semakin kurang stabil struktur itu..
📝Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama…
2. Luas tapak
📝Semakin bertambah luas tapak sesuatu struktur, semakin bertambah kestabilan struktur.
📝Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua
🏰 Kelebihan binaan yang kuat dan stabil:
🌉 Lebih tahan lama.
🌉 Boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
🌉 Tidak mudah rosak.
🌉 Kos penyelenggaraan binaan kurang
🌉 Lebih selamat dan memberikan kesejahteraan hidup manusia.
🗼 Amalan Penggunaan Bahan Lestari
📝 Penggunaan bahan yang berhemah dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan kos. Bahan daripada sumber-sumber alam juga tidak mudah kehabisan.
📝 Contoh amalan penggunaan bahan yang lestari:
🗼 Membawa bekal menggunakan bekas makanan dan tidak menggunakan bekas polisterina.
🗼 Menggunakan semula botol plastik sebagai pasu bunga.
🗼 Membaiki barang atau peralatan lama kerana dapat menjimatkan wang.
🗼 Membawa beg barang semasa hendak membeli belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
🗼 Menggunakan buku latihan terpakai dan belum digunakan untuk membuat nota dan mengulang kaji pelajaran.
~~
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu murid-murid untuk memahami lebih tepat tajuk KEKUATAN DAN KESTABILAN ini ..


