Peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulkaedah

Hai, semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Haaaa, sekarang kan kita dalam bulan Zulkaedah jadi nak share sikit tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalm bulan Zulkaedah. Pertama sekali, jom kita kenal ape itu Zulkaedah. Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam kalendar takwin hijrah. Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Baiklah, antara peristiwa penting dalam bulan Zulkaedah ialah terjadinya Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah ialah, Nabi Muhammad SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginanNya Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu menunaikan ibadah umrah. Terdapat pelbagai kesan dan hikmah daripada Perjanjian Hudaibiyah ini yang boleh kita pelajari.

Peristiwa kedua ialah berlakunya peperangan Bani Quraizah. Perang ini telah berlaku pada akhir bulan Zulkaedah. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ia telah berlaku pada tahun ke-5 Hijrah, iaitu selepas perang Ahzab. Peperangan ini berlaku akibat kedegilan kaum yahudi yang melanggar isi perjanjian antara orang Islam dan yahudi. Kaum Muslimin yang pada awalnya telah meletakkan senjata, kembali ke medan perang disebabkan oleh pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah. Pada hari ke-25, kaum Bani Quraizah telah menyerah kalah setelah dikepung oleh 3000 pejuang Islam. Salah satu iktibar yang boleh didapati daripada peristiwa ini ialah jangan mudah untuk memberikan peluang kepada golongan yang memerangi Islam untuk mencari kesalahan kita dan dijadikan fitnah serta bahan dalam memerangi minda umat Islam.

Peristiwa yang terakhir yang ingin dikongsikan ialah berlakunya Haji Wida’ atau Haji Wada’. Secara amnya, Haji Wida’ ini merupakan ibadah haji yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada bulan Zulhijjah 10 Hijrah. Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya pada haji terakhir ini sebelum wafat. Haji ini merupakan haji pertama Nabi Muhammad setelah dilantik menjadi rasul. Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida’, baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Berikut adalah kisah-kisah yang berlaku dalam bulan Zulkaedah. Semoga dapat manfaat dan jangan lupa berkongsi ilmu ini kepada orang sekeliling.

 

 

Spread the love