Pengaruh Internet Terhadap Pendidikan Anak-anak

Internet merupakan keperluan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu secara pantas. Seiring kemajuan teknologi pada zaman kini, bilangan peminat pelbagai jenis gajet semakin bertambah dan pengguna internet juga sudah tentulah mengalami perubahan yang sama. Daripada Yahoo sehingga Google, para pengguna tentu mengenali kedua-dua medan internet itu. Daripada menggunakannya atas urusan menghubungi individu yang berada jauh daripada kita, fungsi internet semakin bertambah apabila ia juga sangat bermanfaat untuk urusan membeli barang, mendapatkan perkhidmatan tertentu dan sebagainya.

 

Setiap orang mempunyai niat tersendiri menggunakan internet. Ada yang menggunakannya untuk mendapatkan maklumat yang bermanfaat dan mendidik diri menjadi lebih baik. Tidak kurang juga ada yang menggunakannya untuk perkara sebaliknya seperti bermain games dan melayari laman-laman web yang tidak elok. Sama juga dengan sesuatu alat seperti telefon bimbit dan lain-lain, bagus atau tidak internet untuk diri seseorang itu bergantung kepada untuk apa ia digunakan.

 

 

Antara kebaikan penggunaan internet yang boleh anak-anak terima termasuklah:

 

  • Memudahkan pencarian maklumat-maklumat dengan pantas. Tidak perlu ke perpustakaan untuk mencari buku-buku sebagai rujukan.
  • Mampu menambah ilmu tentang sesuatu topik pelajaran yang diajar guru di dalam kelas. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar.
  • Menjadi sumber rujukan yang bersifat menyeluruh kerana ia merupakan medan ilmu yang luas.
  • Memupuk sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung bantuan daripada orang lain apabila mempunyai masalah dalam belajar.
  • Meningkatkan tahap pemikiran anak-anak dengan ilmu yang lebih luas.

 

Antara keburukan penggunaan internet yang boleh menjejaskan pendidikan anak-anak ialah:

 

  • Sumber maklumat yang tidak sahih atau kurang tepat.
  • Bahan-bahan tertentu yang tidak ditapis.
  • Membuat anak-anak leka dengan media sosial dan games.
  • Membazir masa dengan web-web yang tidak bermanfaat.
  • Mengurangkan interaksi secara langsung dengan kawan-kawan dan guru-guru apabila kurang memahami sesuatu subjek.
  • Mudah terdedah dan terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tersebar di internet.

 

Kesimpulannya, internet mempunyai lebih banyak manfaat jika digunakan dengan tujuan yang betul. Internet mampu mengubah tahap pendidikan anak-anak menjadi lebih cemerlang. Anak-anak yang cemerlang sangat diperlukan untuk kemajuan negara pada masa depan. Semua pihak, khususnya ibu bapa wajar sama-sama menghulur tenaga untuk bantu mewujudkan generasi pintar yang bakal memimpin negara.

Spread the love