Pendidik Berjayakah kita?

Menjadi seorang pendidik pada masa kini sememangnya suatu bidang yang sukar. Sesetengah individu menganggap bahawa kerjaya guru, tutor, pensyarah atau pendidik secara umumnya merupakan kerjaya yang enteng dan tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Namun, harus kita sedar bahawa semua karakter berjaya bermula dengan pembelajaran bersama seorang guru.

 

Siapakah pendidik?

Seorang pendidik bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Ilmu yang dimaksudkan bukanlah keduniaan semata, atau subjek pelajaran di sekolah sahaja; guru menjahit, mentor teknik perniagaan, pusat kemahiran membaiki kereta, dan sebagainya. Kesemua yang tersebut adalah pendidik secara dasarnya.

 

Pendidik berjaya? Atau sebaliknya?

Jadi, apakah yang membezakan antara seorang pendidik berjaya dengan seorang pendidik yang biasa-biasa?

Jawapannya terletak pada anak didik itu: Fahamkah dia?

Seorang pendidik berjaya akan berasa bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anak didiknya mendapat setiap butir ilmu yang ingin disampaikan kepadanya. Sikap sekadar “melepaskan batuk di tangga” bukanlah ciri seorang pendidik yang berjaya. Ini membuatkan saya teringat kepada seorang pensyarah saya sewaktu di universiti dahulu. Dr. Chooi namanya. Mengajarkan subjek Teori Nombor. Pada suatu hari, kelas agak lengang kerana ramai pelajar ‘menyambung’ cuti umum hari sebelumnya. Kata-kata Dr. Chooi pada waktu itu tidak dapat saya lupakan:

“Wow! So many people absent today ah? But don’t mind, we will proceed the class as usual. The rest of you who are here right now, good for you. Lack of students won’t make me less a teacher I am. But remember, you came here to study, and your parents sent you here for you to study, and don’t waste that. Always study and give your best for today. The subject is too hard?  Don’t worry and  study your best for it.  Give your best in everything.  And if it ever occurred any difficulties for you, you can  always come  and see me and  I WILL do my best to help you.  Yesterday’s story was yesterday’s story. Just do your best for today and don’t worry too much about the past and the future.”

Dan kuliah dimulakan selepas itu. Saya boleh katakan bahawa kata-katanya itu merupakan motivasi saya sehingga kini. Seorang pendidik yang begitu bersemangat dalam mendidik anak muridnya. Dr. Chooi juga meluahkan rasa kecewanya kepada sesetengah pendidik yang mendidik secara sambil lewa dan sekadar mengajar untuk melunaskan tanggungjawab mereka. Bagi mereka, sama ada pelajar faham atau tidak, itu bukanlah urusan mereka. Dan itu merupakan suatu petanda kekurangan dalam sistem pendidikan kita.

 

Apakah solusinya? 

Sebagai pendidik, tidak kira pada tahap rendah atau tinggi, pendidikan formal atau tidak formal, kita haruslah memberikan 110% semangat sewaktu mendidik. Tidak dinafikan sesetengah ilmu mempunyai konsep yang sukar, atau anak didik itu berperangai dan sukar diajar, namun itu tidak seharusnya menjadi peluntur semangat juang didik kita. Menurunkan ilmu itu adalah suatu yang sukar, namun akan memberi pulangan yang lumayan kepada kedua-dua pihak. Maka, teruslah berjuang wahai pendidik!

Spread the love
  • 1
    Share
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *