Pemansuhan Aliran Sains Tulen? Apa Bakal Terjadi Pada Pelajar SPM?

Pemansuhan aliran sains tulen. Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran (MP) baharu bagi tingkatan 4 dan 5 telah diperkenalkan oleh KPM.

Pakej ini disusun berdasarkan keperluan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat lepasan menengah seperti universiti, Matrikulasi, Tingkatan Enam, Kolej Komuniti, politeknik dan setaraf dengannya.

Walaupun disusun berdasarkan minat dan kebolehan murid, ia masih bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar di sekolah.

Dari segi pelaksanaan, murid masih perlu mengikuti 3 kumpulan MP iaitu MP teras, MP wajib dan MP elektif.

MP teras ialah BM, BI, Sejarah, Matematik, Sains dan PI/PM. Manakala MP wajib ialah PJPK. Bagaimanapun terdapat juga pengecualian bagi subjek teras (rujuk gambar).

Bagi MP elektif pula menawarkan 2 pakej utama iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dan pakej Sastera & Kemanusiaan.

Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria:

1. Mengambil semua MP sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan,

2. Mengambil mana-mana 2 MP sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya 1 MP elektif STEM sains gunaan dan teknologi ATAU MP bukan daripada elektif STEM; atau

3. Mengambil mana-mana 2 MP elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana 1 MP Vokasional (MPV).

Pakej Sastera dan Kemanusiaan

Gabungan MP yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas.

Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 6 2019

Sumber: Facebook Wan Hazim

Spread the love