Pecutan Terakhir Matematik UPSR 2019 Bersama Cikgu Fadli Salleh

Inilah dia 3 SERANGKAI atau 3 BERSAUDARA yang sangat penting anak-anak kita di tahap 2 hafal dan kuasai.

3 BERSAUDARA ini biasanya cikgu-cikgu akan minta murid hafal terus. Aku juga sangat tekankan agar murid aku hafal hubungan antara PECAHAN, PERATUS dan PERPULUHAN.

Dari hubungan 3 bersaudara ini ia akan berkembang kepada 10 beradik penukaran unit berikut.

1) Pecahan
2) Perpuluhan
3) Peratus
4) Nombor bulat (kepada juta)
5) Masa dan Waktu (jam)
6) Isipadu Cecair (liter-mililiter)
7) Jisim (kg-g)
8) Panjang (km-m)
9) Panjang (m-cm)
10) Panjang (cm-m)

Haaa, nampak tak betapa pentingnya 3 BERSAUDARA tersebut?

Kuasai asas 3 BERSAUDARA, kemudian kuasai perkaitan antara 10 beradik itu. InsyaAllah kuasai yang ni, mudah nak jawab soalan Matematik.

 

Ini Soalan Sebenar UPSR 2018. Biasanya soalan nombor 1-20 adalah soalan mudah dan asas.

Cuba pastikan anak-anak kuasai asas seperti cara membaca garis nombor, bentangan, penukaran unit, ciri-ciri garisan, sudut, operasi asas dan seumpamanya. InsyaAllah mereka boleh score untuk 20 soalan pertama ini.

Dan biasanya murid-murid lemah, para guru akan drill mereka agar tidak hilang markah di sini. 20 soalan pertama sangat penting dijaga jika ingin lulus atau ingin mendapatkan A dalam Matematik.

Cuba banyakkan buat soalan sebenar, soalan percubaan dan sebagainya.

Minta anak hati-hati dan cuba score 20 markah untuk 20 soalan pertama. Ianya mudah, hanya asas dan sangat rugi kalau hilang markah di sini.

 

Bengkel Pecutan Akhir UPSR yang aku run seluruh negara hingga ke Sarawak awal tahun hari tu, memang aku ajar teknik pantas jawab Kertas 1.

Aku juga ajar teknik jawab Kertas 2 untuk menghidupkan peluang murid yang selalu gagal agar cerah peluangnya untuk lulus.

Aku gunakan contoh sebenar soalan peperiksaan UPSR 2018. Aku bedah satu persatu soalan dan tunjuk pada murid cara jawab pantas tanpa perlu terperangkap dengan soalan tricky.

Soalan yang sebelum ini mengambil masa 4-5 minit untuk dijawab kini mereka hanya perlu kurang 30 saat untuk menjawab dengan tepat.

 

Memandangkan UPSR sudah tak lama lagi..

Ini adalah buah tangan dari saya untuk calon-calon UPSR khususnya. Satu Modul yang yang buat khas.

Modul ini saya bedah soalan sebenar UPSR dan mendedahkan Teknik Rahsia cara kira pantas untuk kertas 1 dan cara menghidupkan NYAWA Matematik melalui Kertas 2.

Boleh klik gambar di bawah untuk tonton Live tersebut :)

 

UPSR dah tak lama lagi…

Semua guru-guru dan ibubapa risau kemain. Rasa tak cukup masa, rasa tak tahu nak sentuh mana dulu. Dah mula rasa seram sejuk ni.

Tapi calon-calon UPSR, macam umur 6 tahun. Ke sana ke mari dengan gembira. Seolah-olah tak ada peperiksaan. Tenang je mereka hadap Beyblade, pergi taman, naik basikal lajak, main tiktok, layan Insta dan sebagainya.

Seolahnya gini, “Oh. UPSR 10 hari lagi ke? Okey.” Kemudian mereka terus bermain tanpa perasaan. Haha.

Gitu la biasanya. Sebab itu hampir semua sekolah akan panggil pakar motivasi untuk menaikkan semangat budak-budak ini untuk belajar. Tapi budak. Nama pun budak.

Dia punya semangat tu tak lebih 24 jam. Bukan main lagi masa motivasi menangis meraung bagai. Terus cari cikgu minta maaf, minta halal ilmu dengan tangisan tak henti-henti.

Balik rumah peluk mak peluk yang sedang masak, cium ayah yang tengah tidur. Punya dia terkesan dengan motivasi tu. Hmmmm, petang tu dia dah kat taman permainan dengan gaya tarzan. 😑

Gitu la juga bila sekolah panggil pakar Matematik buat bengkel dan seminar di sekolah. Penceramah ajar teknik-teknik power, tips paling berkesan, cara jawab paling baik. Pagi tu kemain lagi dia semangat dan aktif buat dalam latihan.

Pulang je rumah mak tanya, “Best tak bengkel hari ni? Penceramah ajar apa?”

“Best mak. Penceramah ajar teknik kira pantas dan teknik hidupkan NYAWA Matematik. Lepas ni adik boleh lulus dah.”

“Macam teknik kira pantas dan hidupkan NYAWA Matematik tu dik? Cuba tunjuk kat mak.”

Kertas soalan diambil. Dia keluarkan. Punya semangat nak tunjuk kat mak teknik baru yang dia belajar. Sebaik soalan depan mata, terus dia jadi blur. Hancur lebur pensel digigitnya.

“Errrr. Lupa la mak. Tadi ingat.”

Haaa, gitu lah perangai calon UPSR sebenarnya. Bukan anak kalian seorang je gitu, anak orang lain pun sama. Aku tahul lah, aku kan cikgu. Huhu.

Sebab tu aku buat Modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE ni. Agar peringatan itu boleh diulang-ulang sampai lebam.

Video aku mengajar, memberi ceramah, memberi penerangan tentang cara jawab boleh diulang tayang setiap masa. Setengah jam sebelum exam sebenar pun boleh bagi anak tengok lagi tau.

Banyak mesej masuk berterima kasih aku buat Modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE ini. Mereka dah lama nak join Bengkel Pecutan Akhir UPSR yang aku buat, namun masa dan lokasi itu membataskan.

Kata mereka, tengok baru dua video dah teruja sangat. Ada pula koleksi soalan-soalan sebenar, percubaan dan ramalan. Terus anak mereka buat.

Dan jelas nampak kefahaman anak dan peningkatan tumpuan masa menjawab kata si ibu.

Penerangan dan pengajaran aku secara video sangat jelas dan mudah difahami. Lagi pun rakaman tempoh hari, aku tayangkan slide besar-besar, tunjuk contoh yang jelas agar murid lebih faham.

7 video yang berdurasi lebih sejam setengah tau ada dalam Modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE ini. Dah macam bengkel sebenar dah pun.

Yang mana belum dapatkan, dapatkan segera sebagai langkah kita untuk membantu anak-anak yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Dan diingatkan, ia bukan hanya sesuai untuk calon UPSR tau. Ia juga sesuai untuk murid tahun 4 dan 5 sebagai persediaan awal mereka.

 

Dalam Modul BENGKEL PECUTAN AKHIR UPSR ONLINE 2019 ini terkandung :

1) 7 video pengajaran dan penerangan saya yang berdurasi lebih satu jam setengah. Lengkap dan jelas seperti seminar dan bengkel saya secara real live.

2)Soalan sebenar UPSR 2016-2018 beserta skema jawapan

3) Soalan percubaan negeri Kelantan 2018 / 2019 beserta skema

4) Soalan percubaan Perak 2019 + skema

5) Soalan percubaan Pahang 2019 + skema

6) Soalan percubaan Penang 2019 + skema

7) Soalan Ramalan UPSR oleh portal KSSR beserta skema (saya diberi keizinan untuk berkongsi soalan ramalan ini)

Semuanya LENGKAP dengan SKEMA!

 

Jadi kawan-kawan. Inilah dia buah tangan terakhir dari saya untuk membantu calon-calon UPSR 2019 khususnya. Dapatkan dengan hanya harga #RM50 sahaja.

Dibedah satu persatu soalan sebenar UPSR 2018 dalam modul ini.

Ramai guru-guru sekolah, tutor peribadi, guru pusat tuisyen dapatkan Modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE di link ini : www.pecutanupsr.com.

Kemudian mereka berbengkel bersama guna video dan bahan yang aku beri sahaja.

Ia umpama mereka berada dalam bengkel sebenar aku. Ada pula soalan yang terus boleh murid-murid buat dan praktikkan untuk setiap teknik yang diajar.

Bertalu-talu wasap dan pm berterima kasih kepada aku kerana lancarkan Modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE ini. Sangat membantu kata mereka.

 

Satu demi satu soalan saya bedah dan dedahkan sebenarnya untuk menjawab Kertas 1, jika kena dengan cara kira, kurang 30 minit atau kurang 40 minit calon dapat selesai jawab 40 soalan.

Masa lebihan itu boleh digunakan untuk semak semula soalan yang was-was atau soalan KBAT yang memerlukan masa yang lama untuk difahami dan diselesaikan.

Ramai guru-guru, guru tuisyen dan tutor personal dapatkan Modul ini dan bentangkan kepada murid-murid mereka. Alhamdulillah, makin tersebar ilmu bermanfaat.

Tapi pembeli paling ramai Modul ini datangnya dari ibubapa yang seronok melihat video saya sebelum ini. Dalam modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE ini, ada 7 video saya bedah soalan dan kongsi teknik rahsia dalam ni.

Untuk info lanjut boleh klik link ini :

www.pecutanupsr.com
www.pecutanupsr.com
www.pecutanupsr.com

 

Cikgu Fadli Salleh

Guru Paling Berpengaruh di Facebook

 

Disokong oleh

Spread the love
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − three =