Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Rajah 1 menunjukkan empat komponen dalam PBS.

 

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016.

PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran.

Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Ciri Utama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disediakan untuk memberi kefahaman dan membantu pentadbir sekolah dan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi mendapat maklum balas berkaitan perkembangan pembelajaran murid dan keberkesanan pedagogi.

Maklumat daripada pentaksiran tersebut digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau selepas PdP. Melalui panduan ini guru diberi pendedahan tentang konsep, tujuan, ciri-ciri, kaedah, aspek yang ditaksir, pertimbangan profesional, dan keperluan melaksanakan PBD serta cara mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

 

Untuk info lanjut mengenai Pentaksiran Bilik Darjah boleh DOWNLOAD Ebook: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Spread the love
  • 44
    Shares