Nak Tahu Petua istiqamah belajar akaun?

Nak Tahu Petua istiqamah belajar akaun?

Sesi Funtastic Online Booster bersama seorang pelajar iaitu Adik Izzah Zalikha dan seorang guru akaun, Cikgu Akin bersama moderator hebat tak lain tak bukan Coach Isa dari CMN. Topik menarik yang dibancangkan adalah Petua atau Tips untuk istiqamah belajar matapelajaran akaun? Wow. Susah sangat ke subjek akaun ni sampai perlu istiqamah nak belajar? Jom kita teliti perkongsian daripada dua jemputan ni.

Pengenalan sedikit tentang adik Izzah Beliau merupakan seorang pelajar smk bukit Rahman Putra dan berasal daripada Shah Alam, Selangor. Beliau yang pada awalnya agak pemalu di awal permulaan sesi tuisyen bersama Cikgu Akin. Bermacam cara yang dicuba oleh Cikgu Akin untuk menangi hati Izzah ni supaya jatuh cinta dengan subjek prinsip akaun ni.

Kata Izzah, Cikgu Akin lebih mendekatkan diri seperti kawan dengan pelajar membuatkan pelajar lebih selesa untuk menimba ilmu dan tidak malu bertanya. Kembali pada topik, apa petua darpada Cikgu Akin untuk mengajak pelajar istiqamah/konsisten dalam belajar subjek Prinsip Akaun?

  1. Hubungan antara pendidik dengan pelajar mesti lebih seperti rakan
  • Ini bagi memudahkan sesi pembelajaran. Pelajar akan lebih terbuka untuk bertanya. Dengan itu, tutor boleh focus dengan masalah pelajar dan bantu mnyelesaikan segala persoalan dalam fikiran pelajar. Pelajar juga akan lebih bermotivasi untuk medalami subjek tersebut.
  • Tutor perlu elakkan megulangi benda yang sama malah masukkan ‘Added Value’ dalam perkongsian dengan pelajar supaya pelajar tidak hilang minat.
  • Kongsikan dengan pelajar, knowledge tentang aplikasi subjek tersebut selepas persekolah atau industry.
  1. Susun waktu belajar. Amalkan ‘Backward Learning Study Time’ dalam jadual waktu belajar.
  • Susun Ikut kesusahan subjek. Subjek yang lebih susah, lebih panjang masa yang diperlukan untuk ulangkaji. Bergantung kepada setiap pelajar. KenaL Pasti di mana patut letakkan subjek Prinsip Akaun dalam jadual.
  • Susun mengikut topik dalam sesuatu subjek.
  • Contoh; URGENT, NOT URGENT, IMPORTANT, NOT IMPORTANT
  • Sesi pembelajaran akan lebih teratur dan efektif. Pelajar juga akan lebih berdisiplin.
  1. Tunda VS Tanda
  • Bila ada kelas tunda atau batal, ambil inisiatif untuk ulang kaji subjek yg tertunda tersebut. Dengan cara, penggunaan masa pelajar akan lebih bermanfaat.
  • Untuk tanda pula, buat planner atau ‘To-do-list’. Dengan cara ini, pelajar akan lebih jelas dengan apa yang hendak dilakukan. Seperti nak mula dgn topik apa dsb.
  • Mula dengan subjek atau topik yang senang untuk ‘build confident’.

Sedikit nasihat daripada adik Izzah kepada pelajar yang lain terutama yang mengambil subjek Prinsip Akaun, perlu ‘Open Minded’ untuk belajar sesuatu yang baharu dan betulkan niat untuk menuntut ilmu. Fikirkan segala manfaat yang akan datang darpada ilmu tersebut.

Sebagai penutup daripada Cikgu Akin, jika hendak belajar benda baharu, kita perlu ‘Go For It’. Jangan teragak-agak sebab segala yang dipelajari pasti ada manfaat. Selain itu, jangan ‘Give Up’. Ambil masa sampai jumpa orang yang betul untuk datangkan semangat belajar tu seperti guru, kawan, keluarga atau kaunselor.

Berikut merupakan sedikit sebanyak yang dapat dipetik daripada sesi perkongsian Cikgu Akin dan adik Izzah tentang Petua untuk Istiqamah atau Konsisten belajar Prinsip Akaun. Banyak lagi tips, perbincangan dan cerita menarik yang dikongsikan oleh dua jemputan ini seperti tips menjawab soalan sewaktu peperiksaan dan sebagainya.

Untuk tahu lebih banyak, boleh tonton rakaman sesi Live tersebut di link yang tertera di bawah.

https://fb.watch/2Oay3SCvxZ/

 

 

Spread the love