Mudahnya Belajar Sains!

Yakinkan Diri, SAINS Bukan Mata Pelajaran Yang SUSAH

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Pengetahuan Sains telah dikenal pasti sebagai salah satu cabang ilmu yang memerlukan pemahaman pada peringkat terawal, dan disertai dengan pengamatan yang terperinci dan pemahaman konsep asas yang bersesuaian. Oleh itu pembelajaran sains hari ini sepatutnya berbeza pendekatannya dengan pembelajaran sebelum ini.

Sains adalah merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya, melibatkan proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat.

Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.Ia perlu lebih realistik dan bermakna di mana teori dan aplikasi sesuatu ilmu sains itu perlu seiring, barulah ilmu sains itu dapat di’internalize’ dengan lebih berkesan. Jadi pelajar akan mudah berkata “ooh.. begitu..” dan seterusnya dapat menyambung ilmu itu dengan sendiri… “.. jadi kalau saya buat begini, begitulah akan terjadi, ya?”.

Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang sangat menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Ini bermakna ilmu itu telah dihayati dan mereka dapat membina aplikasi atau ilmu baru di atasnya secara sendiri. Bukan dengan penghafalan semata-mata,

Berikut Cikgu kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk belajar dengan cemerlang dalam mata pelajaran Sains.

☛ Letakkan Keseronokan Belajar SAINS Dalam Fikiran

Kalau sebelum mula belajar Sains, sebelum menjawab soalan Sains Anda dah kata susah macam mana nak Cemerlang?? Letakkan dalam Fikiran anda “Belajar Sains Itu Seronok” , “Aku Akan Dapat A Untuk SAINS”… Itu akan menjadi satu motivasi pada diri sendiri untuk berjaya.

 

☛ Belajar Sains Setiap Hari.

Tiada Jalan Singkat Untuk Berjaya Dalam Pelajaran… Tidak kisah Bagaimana, bila dan dimana, Anda perlu belajar Sains pada setiap Hari. Jangan hanya bersemangat mempelajari subjek-subjek lain dan mengabaikan Sains. Setiap hari perlu siapkan latihan Sains yang diberikan dan tidak menunggu sehingga Tarikh peperiksaan hampir tiba. Sains perlu diingat dan diulang setiap hari…

☛ Buat Ulangkaji Selalu.

Tidak Mahu Mengulangkaji Tetapi Mahu Cemerlang… Itu tindakan yang Kurang Bijak. Sepatutnya jangan biarkan topik-topik Sains bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Mengulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji. Jadi, kena mula study awal-awal. Bukan last minutes! Ambil Mudah dalam belajar macam mana nak Capai Kejayaan!!!

☛ Cuba Jawab Semua Bentuk Soalan.

Belakang Parang Jika Di Asah Akan Tajam Juga… Anda perlu cuba menjawab semua bentuk soalan Sains, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau KBAT. Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yang anda sukai sahaja.

Beli buku kerja yang menyediakan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yang disediakan. Korbankanlah sedikit wang untuk membeli buku latihan, yang nak BERJAYA tu KITA kan… jadi KITA lah yang perlu Berkorban…

☛ Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.

Alah Bisa Tegal Biasa… Ini TIPS untuk mereka yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR… Tujuan beli buku-buku ini adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu bentuk-bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.

Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkin soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikit berbeza.

Dengan cara ini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat mengulang kaji dan mengingati point-point penting bagi topik tersebut.

☛ Beri Tumpuan

Untuk merawat seorang pesakit, mula-mula sekali kita perlu merawat mindanya… Jika anda masih ingat perkara pertama yang Cikgu kongsikan tadi ialah meletakkan SAINS dalam fikiran… Bila Sains dalam fikiran dah ada motivasi untuk dapat A barulah semangat untuk belajar Sains dengan betul dapat dilaksana…

Beri Tumpuan 100% semasa guru mengajar Sains di kelas. Sifat sambil lewa semasa belajar pasti MERUGIKAN anda!!!! Tumpuan yang penuh akan memudahkan anda mempelajari ilmu yang baru dan dapat menambah Keyakinan anda untuk Cemerlang dalam Sains.

Sebenarnya jika anda telah Belajar Sains dengan cara yang betul dan sesuai, anda sebenarnya akan dapat menjawab Soalan Sains dengan lebih baik. Sekiranya anda mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik dalam subjek Sains. anda Perlulah segera berjumpa dengan guru-guru sains untuk bertanyakan soalan. Lebih rajin anda Bertanya lebih besar peluang anda untuk dapat A untuk subjek SAINS.

 

Kredit: Tutor Cikgu Shahrul

Spread the love
  • 11
    Shares