Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 4 : Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI DUA)
Pada minggu ini, kami ingin mengupas tajuk-tajuk tahun 4 yang masih belum disoal dalam Kertas 2 Sains UPSR dari 2016 hingga 2018.. Dari analisa kami setiap tahun akan ada 2 soalan akan dibina dari tajuk tahun 4..
Pada tahun 2016 soalan Kertas 2 Sains diambil dari tajuk tahun 4 ialah Pengukuran Masa ( Tahun 4) dan Faktor Pengaratan ( Tahun 4). Pada tahun 2017 soalan dari tahun 4 pula adalah dari tajuk Sistem Suria dan Perkembangan Teknologi… Pada tahun lepas pula, soalan dari tahun 4 adalah dari tajuk Kadar Penafasan ( Tahun 4 ) dan Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari ( Tahun 4)
Jadi tajuk mana yang masih belum disoal? Mula-mula kita senaraikan tajuk-tahun 4 dahulu.. Keseluruhannya Sains Tahun 4 ada 8 tajuk besar… Namun Tajuk Sistem Suria telah 2 kali disoal tetapi menggunakan tajuk kecil yang berbeza dalam Sistem Suria…
Tajuk besar Yang Tidak Pernah Disoal Lagi dalam Kertas 2 Sains sehingga kini adalah
1. Proses Hidup Haiwan
2. Proses Hidup Tumbuhan
3. Sumber Bahan
Jadi dalam SIRI SATU ini kami akan membincangkan 2 tajuk penting yang sering calon-calon UPSR lupa adalah dari tajuk Tahun 4 iaitu Proses Hidup Haiwan Dan Proses Hidup Tumbuhan..Untuk SIRI DUA kami akan kongsikan Tajuk sumber Asas Bahan…
1. Apakah SUMBER ASAS BAHAN?
Sumber asas boleh menghasilkan bahan-bahan untuk membuat pelbagai objek.
Terdapat 4 sumber asas:
🌲Tumbuhan
💠 Batuan
🐆 Haiwan
⛽ Petroleum
🌳 Tumbuhan

BAHAN : KAYU, KAPAS, GETAH
CONTOH OBJEK: pintu kayu, buku, tuala, baju, sarung tangan, tayar, pemadam
🔶Batuan
BAHAN: LOGAM, TANIH
CONTOH OBJEK: emas, kunci, duit syiling, kaca, guli, gelas, seramik, pasu, cermin, jubin
🐏 Haiwan
BAHAN: KULIT, SUTERA, BULU
CONTOH OBJEK: tali pinggang, beg tangan, kasut kulit, kain sutera, selimut, baju panas
⛽ Petroleum
BAHAN: KAIN SINTETIK, PLASTIK
CONTOH OBJEK: baju hujan, khemah, payung, sudu plastik, baldi, penyedut minuman

2. Apakah SIFAT – SIFAT BAHAN?
Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
🌠 Kebolehan menyerap air
🌠 Kebolehan terapung di permukaan air
🌠 Kekenyalan bahan
🌠 Konduktor dan penebat elektrik
🌠 Konduktor dan penebat haba
🌠 Kebolehan penembusan cahaya
💰 Kebolehan menyerap air
Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
►Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.
► Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air.
💰Kebolehan terapung di permukaan air
► Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tenggelam di dalam air.
💰 Kekenyalan bahan
► Kekenyalan ialah keadaan sesuatu bahan yang dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan atau dimampatkan.
► Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.
💰 Konduktor dan penebat elektrik
► Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
► Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
► Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
💰 Konduktor dan Penebat Haba
► Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
► Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.
► Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik.
💰 Kebolehan Penembusan Cahaya
► Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
► Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
► Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
► Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.
~~~
Ini adalah Nota yang kami rasakan perlu untuk mengingatkan Calon UPSR mengenai tajuk yang masih belum disoal dalam Kertas 2 Sains… Semoga Perkongsian kami ini memberi manfaat pada Calon UPSR dan guru-guru.. Kami sertakan juga beberapa contoh soalan bagi tajuk ini untuk latihan.









