Kesilapan Yang Sering Ibu Bapa Lakukan Dalam Mendidik Anak

Anak-anak ibarat selembar kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Mereka lahir ke dunia tanpa apa-apa pengetahun dan segala tindakan dan perbuatan mereka adalah berasal daripada ajaran ibu bapa sendiri. Jika ibu bapa bertutur dalam Bahasa Melayu, sudah tentu anak akan berbahasa Melayu. Begitu juga dengan segala perkara.

Kegagalan dalam mendidik anak dan menjadikan anda berada dalam kelompok ibubapa yang ‘gagal’ adalah perkara yang tidak diinginkan oleh semua ibubapa. Walaupun tidak ingin berada di dalam kelompok sedemikian, masih ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.

 

Ini ialah 7 kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa:-

 

  1. ANAK KENA MARAH WALAUPUN BERCAKAP BENAR

  • Situasi ini mesti pernah berlaku dimana bila anda tengah marah, sampai semua benda yang betul pun anda nak marah sekali. Tambahan pula bila anak tengah bercakap benar atau memberitahu perkara yang betul, pun anda marah. Untuk menjadi ibubapa yang prihatin, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengasingkan hal di pejabat dengan peribadi.

 

  1. MARAH DAN PUKUL ANAK DI DEPAN ORANG RAMAI

  • Bila anak buat salah sikit saja, nak tenking anak, nak pukul anak. Bukan tak boleh nak marah anak tetapi elakkan untuk melakukan sedemikian di hadapan orang ramai. Cuba bayangkan kalau kita diperlakukan sebegitu, mesti malu kan?

 

  1. TERLAMPAU BANYAK PERATURAN, TAPI TAK DIDIK ANAK UNTUK MEMATUHI

  • Kebanyakkan ibubapa selalu menetapkan peraturan di rumah atau dari segi pelajaran dalam kehidupan anak-anak. Contohnya, kena basuh pinggan selepas makan, kena selalu dapat tempat pertama dalam peperiksaan atau kena bangun awal untuk belajar. Masalahnya di sini adalah, peraturan yang ditetapkan tidak diiringi dengan bimbingan dari ibubapa. Sebaliknya, anda perlu mendorong anak-anak dengan ayat yang sedap didengari supaya mereka lebih bersemangat mengikut peraturan yang ditetapkan, bukan dengan menggunakan ayat yang keras dan memerintah.

 

  1. TIDAK MEMBERIKAN KASIH SAYANG YANG SECUKUPNYA

  • Kasih sayang yang secukupnya adalah amat penting dalam proses mendidik anak-anak. Pernah tak anak-anak menjadi lebih nakal semata-mata untuk menarik perhatian anda? Ini menunjukkan bahawa anak anda memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa. Jangan pula pada masa ini, anda membiarkan anak terumbang-ambing menagih kasih sayang pula ya.

 

  1. TAK MENYOKONG ANAK DI SAAT MEREKA PERLUKAN

  • Situasi begini akan berlaku apabila anak-anak sedang berada dalam minggu peperiksaan. Jika anda nampak anak tengah mengalami masalah ketika belajar dan membuat persediaan pada malam hari untuk menghadapi peperiksaan, jangan pula dibiarkan sahaja.

 

  1. SELALU MEMBANDINGKAN ANAK

  • Situasi ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Bila pergi ke mana-mana sahaja seperti kenduri atau majlis keraian malah dengan jiran tetangga pun, perkara yang nak dibincangkan oleh ibubapa adalah dengan membandingkan anak-anak. Topik yang dibincangkan itu pula berlarutan sampai ke rumah dan diperkatakan depan anak-anak. Membandingkan salah seorang anak dengan adik-beradik yang lain pun tidak patut dilakukan juga.

 

  1. TIDAK MENUNJUKKAN TELADAN YANG BAIK

  • Merokok dan selalu ‘melekat’ dengan gajet adalah salah satu teladan yang buruk untuk ditunjuk di hadapan anak-anak. Mana tidaknya, sudahlah kasih sayang tidak diberi dengan cukup, malah ibubapa masih menunjukkan teladan sebegini di hadapan anak-anak. Anak diibaratkan sebagai kain putih, ibubapa yang akan mencorakkannya. Jadi, jangan salahkan anak-anak berperangai sama dnegan anda apabila mereka dewasa kelak .

 

Oleh itu, jadilah ibubapa yang lebih prihatin dan didiklah anak mengikut cara yang betul supaya mereka akan membesar menjadi orang yang lebih berguna ya.

 

 

Spread the love
  • 18
    Shares